Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, terima kasih kepada admin jika penulisan ini dipilih untuk disiarkan di iium confession.
Aku terpanggil untuk menulis di iium confession sekadar untuk meluahkan segala yang terbuku di hati apabila kejahatan yang jelas lebih dipercayai berbanding kebenaran.
Aku perkenalkan diri aku sebagai Alia (bukan nama sebenar). Aku berumur pertengahan 20-an, dan ex tunang aku yang aku gelarkan sebagai Meon (bukan nama sebenar) juga berumur pertengahan 20-an.
Kewujudan wanita ke 3 yang bakal aku ceritakan ini aku gelarkan sebagai Kiah (bukan nama sebenar) berumur hujung 30-an. Aku cuba pendekkan cerita semampu aku untuk memudahkan pembaca.
Aku berkenalan selama 3 tahun dengan Meon semasa aku di tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda aku dan Meon di semester akhir bagi pengajian diploma di universiti yang berbeza.
Setelah beberapa bulan menamatkan pengajian, aku buat keputusan untuk menyambung pengajian aku ke peringkat sarjana dan Meon?? Dia membuat keputusan untuk menyertai latihan sebagai perajurit muda selama 6 bulan dan kini dia adalah seorang anggota tentera darat.
Kisah ini bermula selepas 3 tahun perkenalan dan Meon mengajak aku untuk mengikat tali pertunangan.
Pada awalnya, aku banyak kali mengguhkan tarikh pertunangan kerana sikap nya yang panas baran, suka maki hamun dan hina aku juga keluarga aku, suka menipu, suka berkasar dan malukan aku depan rakan rakan nya.
(Pada awal perkenalan, sikap nya memang seperti ini tapi tidak terlalu kelihatan, namun semuanya makin jelas). Namun, setelah didesak oleh Meon dan keluarganya, aku pun bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.
Minggu pertama sebagai tunang, aku dilayan cukup baik seperti yang dijanjikan. Namun, semuanya berubah apabila dia mula maki hamun aku kembali, tipu aku, dan selalu ugut aku untuk cari perempuan lain setiap kali berlaku pertelingkahan antara kami.
Di sini, bermula lah buruk sangka aku dan tak percaya aku kerana sikapnya.
Keadaan bertambah teruk, apabila family Meon terlalu suka masuk campur dan Meon suka memburukan aku supaya dia tak nampak bersalah, dan semestinya walau apa pun berlaku keluarganya lebih mempercayai nya.
Paling aku tak boleh lupa ketika berlaku salah faham dan dia sedang marah, dia pernah cakap pada aku,
“Jangan sampai aku kawin dengan kau Alia, kau mengandungkan anak aku, aku pijak perut kau”, “Jangan sampai aku pijak muka kau Alia depan bapak kau, biar bapak kau tahu, dia ada anak tak guna macam kau”.
Tindakkan aku?? Semestinya beritahu keluarganya. Reaksi keluarganya?? Marah sebentar pada Meon dan cakap pada aku “Ala, Meon tu cakap je, tengah marah biasalah, takkan dia buat mcm tu”.
Keluarga aku? Ya, silap aku disini, sepanjang perkenalan aku dengan Meon, sekecil kuman keburukan Meon tak pernah aku cerita sebab aku taknak family aku tak suka, aku nak jaga aib Meon, dan pada masa itu aku sangat sayangkan Meon.
Hari silih berganti, tahu tahu tinggal beberapa bulan sebelum tarikh majlis yang dibincang bersama keluarga. Meon terus berkasar dengan aku dan tidak ambil tahu hal berkaitan majlis.
Disinilah bermula kewujudan Kiah. Kiah juga seorang anggota tentera yang menyertai program di mana Meon merupakan anggota yang terlibat untuk menjadi jurulatih program tersebut.
Pada waktu ni, dah beberapa bulan Meon langsung tak hubungi aku dan alasan nya pada keluarga, dia terlalu sibuk, terlalu penat dan takda masa untuk hubungi aku.
Taknak hubungi aku untuk elakkan pergaduhan dan aku mengongkong nya sedangkan sepanjang aku berkawan, tidak pernah sekali pun aku halang dia keluar dengan kawan kawan dan sebagainya.
Cuma sebagai tunang, aku memang halang dia menggunakan aplikasi chatting, seperti omi, tinder, bigo dan sebagainya kerana dia pernah menggunakan aplikasi ini untuk mencari perempuan.
Lama lama hati aku terus m4ti dengan sikapnya sehinggalah suatu hari, seorang rakan kepada Meon menghubungi aku dan bercerita tentang kewujudan Kiah yang sentiasa keluar dengan Meon kemana mana sahaja Meon pergi.
Dan berserta 3 keping gambar bukti Meon ‘tidur’ bersama Kiah dengan tarikh yang cukup jelass menunjukan mereka curang dibelakang aku ketika aku masih tunangnya. Hati yang dah lama m4ti terasa sedikit pedih dengan penipuan dan segala alasan.
Pada waktu ini, aku yakin jika aku beritahu secara terus pada keluarganya, keluarganya akan cakap aku mencari silap Meon dan pasti mereka takkan percaya cakap aku (Aku dah kenal keluarganya).
Jadi, aku buat keputusan untuk buat status whatsapp yang mana status itu aku tetapkan hanya boleh dibaca oleh kakak, adik Meon, Ayah dan Emaknya.
Status tu sempat dibaca oleh kakak nya sahaja, selepas itu aku terus padam dan kakaknya terus menuduh tanpa henti aku membuka aib dan gambar yang aku beri, langsung dia tidak percaya.
Meon macam biasa mempertahankan diri dan menyalahkan aku dengan alasan, aku tak faham kerja, aku mengongkong, aku buruk sangka. Bukan itu sahaja, aku juga sering dituduh membuka aib kerana aku suka berkongsi kata kata hikmah di FB.
Selepas beberapa hari, aku membuat keputusan untuk putuskan ikatan pertunangan dan menyimpan aib Meon dan Kiah sebab aku mmg tiada lagi perasaan pada Meon dan aku dah mula move on.
Meon pula masih terus memburukan aku dan menyalahkan aku pada keluarga, saudara mara dan rakan rakan dengan mengatakan aku lah punca hubungan kami putus. Keluarga Meon macam biasa masih percayakan Meon.
Kiah jugak tidak ketinggalan untuk terus membuat status FB secara public menghentam aku, memburukan aku, mengata aku dan menyalahkan aku seolah2 dia mangsa dan aku pula menganiaya hidup dia dan Meon.
Setelah beberapa minggu ikatan kami telerai Meon terus mengikat tali pertunangan dengan Kiah dan akan berkahwin dalam masa terdekat.
Namun, Kiah masih lagi rancak mengata aku bersama akak Meon dan terus bercerita perkara yang tidak benar dan menyalahkan aku untuk mendapatkan kepercayaan saudara mereka, rakan rakan dan orang keliling.
Aku pernah menghubungi Kiah melalui whatsapp untuk berbincang secara baik, namun kiah tetap tidak berpuas hati dan mereka masih lagi berlakon seolah olah mereka adalah mangsa dan aku menganiaya mereka.
Aku pernah diugut Kiah dan dituduh terhegeh hegeh dengan Meon hanya kerana aku menghubungi Meon untuk meminta Meon menasihati Kiah dan akaknya untuk berhenti memburukan aku.
Aku telah memberi amaran banyak kali untuk sebarkan gambar gambar tersebut jika mereka tak henti memburukan dan fitnah aku di media sos**l. Namun, amaran aku tidak di endahkan mereka dan kiah masih rancak memburukan dan menfitnah aku.
Oleh kerana mereka tidak henti berbuat demikian di media sos**l, aku telah memberitahu Meon yang aku bercadang untuk menyebarkan bukti bukti tersebut (tapi belum sebar).
Akan tetapi Kiah tanpa segan silu telah mengugut aku untuk membuat laporan polis sedangkan dia merupakan salah satu punca keretakkan ikatan pertunangan aku dan Meon
Sehingga kini, aku masih tidak punya peluang dan ruang untuk membersihkan nama aku dikalangan orang keliling kami dan bercerita hal sebenar kerana ramai yang menasihati aku untuk mendiamkan diri.
Aku teraniaya, aku ditipu, aku mangsa, tapi dimanakah Keadilan untuk aku?
– Alia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit