Untuk part I, (https://iiumc.com/nenek-dan-sisinya-yang-misteri/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/nenek-dan-sisinya-yang-misteri-ii/).
Assalamualaikum. Nampaknya kembali lagi aku ke sini setelah dua tahun, berwatak-utamakan orang yang sama lagi, iaitu nenek aku.
Setelah dua tahun berlalu, nenek kini memasuki tahun keempat, bedridden, masih lumpuh belah kanan dan tangan kirinya masih lagi kuat yang mana dah berkurang. Kalau awal-awal dulu kena tiga orang pegang, sekarang dah sorang. Tapi masih lagi gagah perkasa.
Aku sendiri tak menyangka yang aku akan kembali menulis perihal nenek aku. Tapi apakan daya, aku juga buntu.
Sebelum aku dan keluargaku dituduh mencari alasan untuk mempedulikan nenek, disclaimer disini, takde pun dalam kalangan kami yang berniat untuk pedulilan nenek.
Betul, ada yang dah penat, dah kurang balik jenguk nenek tapi masih ada yang setia disisi nenek mendengar segala jeritan lolongan nenek.
Ya, hampir empat tahun, tapi nenek aku masih lagi menjerit dan memaki anak cucunya. Walaupun belakang dan peha nenek dah dipenuhi luka-luka yang dalam sampai ke tulang (luka biasa sebab terlantar), nenek aku masih gagah menjerit nak makan.
Tabiat makannya macam kami tak bagi makan sebulan. Masih berselera walaupun hanya bubur dan tepung pelita yang nenek aku boleh telan.
Keadaan nenek aku kelihatan sangat daif, walaupun cukup makan minum. Kurus kering, yang kelihatan saiz tulang namun buncit diperut.
Rupa nenek aku dah tak macam nenek aku. Walaupun hari-hari dimandi dan dibedakkan, nenek aku kelihatan kotor, macam muka wanita tua siam yang amat daif.
Dari segi aku, adik-beradik dan sepupuku yang perempuan, kami dah tak masuk dekat nenek bila malam. Kalau aku, aku balik rumah sebelum magrib. Kalau sepupu yang tinggal dengan nenek, magrib je memang dah tak masuk dekat dengan nenek.
Sebabnya, dalam perjalanan balik ke rumah, aku kena lalu satu jalan ni, kiri kanan ada pokok buluh dengan takde lampu jalannya. Pernah sekali kena tumpang, lepastu taubat tak balik malam dah haha. Taubat jugak tengok cermin belakang kalau drive memalam.
Dalam post lepas aku pernah cerita macam mana rupa “benda” yang selalu datang tengok nenek. Yang describe tu ustaz. Ustaz tu kitorang dah tak contact sebab macam pelik je. Pelik macam mana?
Dia boleh describe sorang2 cucu nenek aku, mana satu yang nenek aku sayang bila kali kedua kitorang panggil kerumah. Masa tu jugak, dia describe rupa Pak Tam nenek aku, moyang sedara aku yang selalu jaga nenek masa kecil.
Korang bayangkanlah, tak ke terkejut kitorang. Sah2 la ustaz ni pun membela jugak, kalau tak takkan boleh describe orang yang dah lama m4ti.
Start dari tu, kitorang stop dah panggil ustaz ke bomoh ke. Redha je lah, kalau ni ujian atas kami, kami terima. Banyakkan solat banyakkan doa je, sebab memang tu je yang kami mampu.
Tak lama lepas tu, ada satu malam ni, sepupu aku yang lelaki stay dengan nenek dari 11 malam ke 3 pagi. So sepupu cerita, malam tu nenek bercerita banyak. Cerita pasal zaman jepun, masa nenek pergi haji.
So sepupu ni acah nak tanya soalan la tapi nenek tak jawab pun. Tapi masih lagi bercerita. Sepupu pun tanya, nenek cakap dengan siapa ni? Nenek pun jawab. Tu haa, Pak Tam kat tepi kau tu.
Start dari malam tu lah, hari-hari nenek kata Pak Tam dah datang. Kadang-kadang datang sorang, kadang-kadang datang dengan Sami Siam. Kadang-kadang bawak rimau sekali. Kadang-kadang rimau je datang, duk tengok nenek duduk dekat kipas siling.
Kalau hari dia cakap Pak Tam datang dengan rimau, muka nenek yang nampak tua dan kotor tu, akan jadi cantik je. Tak berkedut. Kulit di lutut pun berkilat. Pelikkan? Kalau malam purnama, nenek banyak tidur, tapi kulit nenek jadi cantik sangat. Kulit kita yang muda pun tak secantik tu.
Masa puasa haritu, nenek macam behave sikit. Okaylah, alhamdulillah. Habis je puasa, nada dia naik balik. Tambah pakej orang ketawa malam2 di luar bilik nenek. Asal pukul 12 je, mulalah dia ketawa. Bukan mengilai,tapi ketawa. Hari-hari, mula dari hari raya haritu.
Bayangkanlah, kitorang dah bertahun hadap benda ni. Tapi orang sekeliling tohmah kami kata kami cari alasan nak tinggalkan nenek. Bila panggil tok bomoh/ ustaz orang kata kami percaya kurafat.
Masalahnya, bila kami bawak nenek ke hospital untuk rawat luka nenek, biasanya kami check sekali gula dengan darah. Specialist sendiri suggest kami panggil ustaz. Kami dah takde cara dah.
Kami kesian sangat dengan nenek. Kalau tengok luka tu, kita yg kena cakar kucing pun sakit, ni sampai berlubang tiga tempat. Belakang, dengan peha kiri dan kanan. Pipi kiri kanan pun dah mula luka.
Tolonglah pembaca, kalau ada cadangan untuk kami. Kalau ustaz, taknak ustaz yang kebal sangat.
– Tash (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit