Khilaf Seorang Isteri

Assalamualaikum, Hi warga iiumc, nama aku Ain.. alhamdulillah aku baru berkahwin selama setahun lebih dan sekarang sarat mengandung (emosi turun naik).

Tujuan aku menulis ni, ikhlas ingin meminta pendapat dan pandangan kalian yang membaca. Kalau aku cerita pada orang yang kenal aku, risau mengaibkan suami dan diri sendiri.

Biasalah, kesalahan kita jarang kita nampak kan.. ibarat kuman di seberang laut nampak, tapi gajah di tepi mata tak nampak. So, kalau aku salah aku mohon sangat bagitahu aku and nasihat aku apa patut aku buat.

Aku pernah kecewa teruk dalam cinta sebelum ni dan aku juga di uji dengan keluarga. Make it simple.. aku jadi susah nak percaya dengan semua orang.

Agak lama aku membujang, dan akhirnya ada seseorang yang aku baru nak kenal ingin memperisterikan aku, namanya Ahmad. Dalam masa yang sama sebenarnya aku ada suka pada seseorang (Khai) tapi sangkaan aku dia suami orang dan tak mungkin suka pada aku.

Kami bertemu di tempat kerja, aku kuli dia orang atasan. Oleh sebab itu, kami memang jarang bertemu

Alasan aku suka padanya oleh sebab pandang pertama, orangnya kemas, tinggi, tegap dan bergaya.. Yelah orang atasan katakan. Jadi aku hanya pendam perasaan itu dan tidak luah kepada sesiapa.

Oleh kerana sangkaan aku hubungan bersama Khai bagaikan bumi dan langit, aku memberi ruang kepada Ahmad untuk mengenali aku lebih dekat.

Kali ni aku memang nekad untuk tidak bercinta sebab pada aku bercinta lama mana pun, kalau bukan jodoh tetap tidak bersama. Pemikiran ni tercetus hasil dari pengalaman aku dan trauma dengan keluarga sendiri.

Jadi aku memang serahkan segalanya pada Allah. Aku yakin Allah lebih mengetahui segalanya sebab Dia yang mencipta kita.

Jadi, aku istikarah.. dan semuanya tersusun baik dan mudah bersama Ahmad.

Sejujurnya, Ahmad bukan lelaki yang aku idam-idamkan. Seperti yang aku cakap tadi, aku serah semuanya pada Allah ketika itu. Dan aku tak ada alasan untuk tolak dia seperti mana aku reject lelaki-lelaki lain sebelum ini.

Takkan sebab luaran dia aku nak menidakkan niat baik dia kan. Dan kedua belah pihak keluarga bersetuju dengan keputusan kami untuk mendirikan rumah tangga. Jadi perancangan mula dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Dan saat ini lah, munculnya kisah Khai. Orang yang aku dah lama suka, orang aku idam-idamkan, orang yang aku anggap hanyalah impian rupanya berniat untuk berkenalan dengan aku! OMG! Its like a dream come true!

Bayangkan guys.. kami saling tidak kenal, tapi punya perasaan ingin mengenali satu sama lain.. and aku plak memang dah lama sukakan dia.

Aku masa tu berbelah bagi, patut tak aku mungkir janji demi mengecapi impian aku, patut tak aku lukakan orang sudah pasti nak memperisterikan aku.

Akhirnya, atas nasihat orang tua dan sifat kasihan yang ada dalam diri aku.. aku memilih Ahmad.

Saat itu aku fikir..kalau aku sanggup tinggalkan seseorang demi rupa, kenapa tidak orang tu buat balik kepada aku dan kalau aku sanggup tinggalkan seseorang demi kekayaan, kenapa tidak orang tu buat balik kepada aku.

Jujur aku cakap Khai lebih tampan dan kaya jauh berganda-ganda dari Ahmad.

Dan ketika itu aku berkata-kata dalam hati, “biarlah aku merana dari aku buat orang merana”. Sebab aku pernah dikecewakan jadi aku tahu rasa sakitnya dikecewakan. Malah Ahmad dan Khai, kedua-duanya punya kisah dikecewakan.

Sungguh aku buntu. Aku selalu fikir betulkah keputusan aku ni, tak menyesalkah aku tak cuba nak kenal orang yang aku suka..tapi dalam masa yang sama aku fikir mungkin ini ujian bertunang.

Akhirnya.. dalam masa yang sangat singkat, aku selamat menjadi isteri Ahmad. And as expected, aku dan Ahmad banyak isu untuk digaduhkan.. Yelah baru kenal kan.

Ahmad pulak rupanya orang yang panas baran, tidak awalkan solat, jarang ajak aku jemaah, ajar aku agama?

Hmmm… Haa, jangan cepat menilai. Ada juga baik dia. Memang dia cepat marah tapi dia cepat cool, lagi-lagi kalau aku minta maaf dulu, selalunya dia terus lupakan apa yang berlaku. Ada juga dia yang dia minta maaf first.

Dan sepanjang aku mengandung ni, aku tengok dia cuba penuhi apa yang aku nak. Aku ulang ye.. APA YANG AKU NAK. S

o means, dia lelaki yang tiada initiative untuk fikir nak buat something di luar kotak. Like kemas rumah ke without aku suruh. Tapi kalau aku suruh dia buat tapi lambat, but at least dia buat.

Nak surprise kan aku? Bagi aku bunga? Bukakan pintu kereta? Memang tidak sama sekali.

Bayangkan guys.. birthday aku pun tiada 1 hadiah, kek pun tak ada. Time ni aku mula lah teringat, ex aku buat ni buat tu.. aku kira hot girl juga la time bujang. Huhh perasan!

Birthday Ahmad aku plan berbulan-bulan sebelum hari kejadian untuk surprise kan dia… tapi dia? Hmmm hambar sangat.

Aku bukan tak bersyukur tapi Ahmad pernah kantoi dengan aku masih simpan barang dari ex dia. Jadi bila aku ingat kembali hal ni, aku terus fikir.. Ahmad tak sayang aku ke?

Ex Ahmad memang sangat cantik jauh dari aku, bagi aku la. Aku kan cepat kesian kat orang.. puji la sikit huhu..

Hal ini selalu terngiang-ngiang di fikiran aku, adakah dia layan aku macam tu sebab dia tak lupakan ex dia? Dia memang tak sayang aku ke?

Aku pun ada ex jugak, aku berusaha kot untuk lupuskan barang-barang dari ex aku. And dia susah sangat nak bercerita tentang ex dia, pelik sangat aku. Why eh boys? Explain plssss.

Pelik kan perempuan? Tak celebrate birthday je pun, dah rasa tak disayangi. Tapi itulah yang aku rasa.

Well, memang lumrah kan wanita ingin rasa disayangi, dihargai dan dia lah paling penting dalam hidup his man (berangan). Jadi semua ni dapat dibuktikan bila kita sanggup berkorban untuk pasangan kita kan.

Jadi bila Ahmad tak buat semua tu, aku rasa aku tak penting bagi dia. And, bila aku bercakap.. dia macam tak fokus dan tak mendengar.. aku cerita lain tetiba respon lain, ubah topic lain. Aku macam hmmmm, sedih guys.

Lepas kahwin, aku berhenti kerja..jadi aku tiada teman nak berborak. So bila Ahmad tak dengar luahan aku, cerita aku.. aku rasa kosong, sepi.

Adakah aku tak bersyukur? Hmmmm.. Dan Ahmad ni ada satu minat iaitu kereta, dia sanggup habiskan wang dan masa dia dengan kereta.

Boleh kata siang malam pagi petang cerita pasal kereta, aku bosan! Saat mengandung ni kita nak suami luangkan banyak masa dengan kita, kongsi rasa, kongsi penat, kongsi pengalaman…tapi malangnya dia tetap dengan kereta dia.

Kadang-kadang sampai 3, 4 pagi tak tidur lagi lepak dengan kawan-kawan dia, main reason is KERETA. Hmmm aku kecewa.

Dan paling aku stress, aku dan Ahmad masih tinggal di rumah ibunya.. dan Ahmad ni anak mak, korang faham jelah kan mommy’s boy.

Aku paling pantang kalau orang ikut campur dalam hal rumah tangga kita, yelah bukannya dia tahu cerita sebenar dalam kain kita kan. Jadi keluarga Ahmad ni pernah masuk campur dalam hal aku dan Ahmad.

Seriously aku cakap AKU TAK HAPPY! Dan aku dah maklum pada Ahmad tentang perasaan aku ni, tapi dia masih tiada tindakan untuk bawa aku keluar dari rumah tu.

Memang Ahmad tak kaya raya tapi dia berkemampuan, itu yang buat aku terkilan. Sekali lagi aku tak rasa aku penting, bagi aku.. aku cuma sekadar peneman dia. Aku tak ada privasi lansung dalam rumah tu!

Aku ok je nak duduk dengan keluarga dia, but in return why not dia bagi kasih sayang lebih pada aku, dengar luahan aku, beri kejutan sekali sekala, berikan aku privasi, jadi supporter aku kalau aku ditindas. Ini tak lagi burukkan aku pada keluarga dia.

Korang selesa tak tinggal di mana orang buruk-burukan kita?

Aku kecewa guys, hmmm.. saat-saat macam ni lah setan mula hasut aku, kalau dengan Khai maybe hidup kau better, aset dia banyak.. bila-bila masa boleh beli rumah, tak perlu menumpang orang.

Macam-macam aku fikir kemungkinan yang baik-baik dengan Khai. Dan aku rasa berdosa dengan Ahmad tiap kali kemungkinan ini muncul. Yelah aku seolah-oleh fikirkan lelaki lain selain Ahmad.

Jujur aku katakan, niat aku kahwin dengan Ahmad.. aku nak perbaiki diri aku, nak dekatkan diri aku dengan Allah. Dan aku nak pasangan aku pun buat benda yang sama, so that bila aku lupa, aku lemah.. ada orang kuatkan aku and vice versa.

Dan aku dah nyatakan semua niat dan cita-cita aku pada Ahmad, dan dia pun bersetuju untuk itu. Tapi malangnya lepas kahwin, Ahmad sentiasa sibuk dengan kereta-keretanya. Aku rasa tertipu sangat. Hmmm.

And again aku keep imagine kalau aku bagi peluang pada Khai (which duakan Ahmad time tunang), at least aku dapat kenal dua-dua… dan tak menyesal untuk buat pilihan.

Ini tidak, aku pilih Ahmad tanpa aku bagi peluang sikit pun pada Khai demi tidak menduakan Ahmad kerana aku tahu sakitnya diduakan dan aku tak nak diperlakukan sebegitu sekali lagi. Tapi ini yang aku dapat dari Ahmad.

Aku betul-betul nak jadi isteri yang baik, tapi aku juga manusia biasa yang ada perasaan sedih dan kecewa bila tak disayangi dan tak dihargai. Guys, apa patut aku buat untuk lupakan Khai?

Dan apa patut aku buat dengan Ahmad so that aku tidak berdosa dengan dia dan tidak dikategorikan orang yang tak bersyukur. Aku baru lepas menangis saat menulis semua ni akibat kecewa dengan Ahmad.

Kadang-kadang pernah juga aku terfikir mybe kata-kata aku memakan diri.. seperti aku cakap before, “aku rela merana dari buat orang merana”. Adakah aku sedang lalui apa yang aku sendiri ucapkan? Hmmmm..

Aku ucapkan terima kasih in advance yang betul-betul sudi nak tolong aku. Aku betul-betul nak m4ti dalam keadaan husnul khatimah dan bahagia bersama suami, aamiin.

Semoga kalian juga dirahm4ti dan dilindungi Allah. Assalamualaikum.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *