Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua. Aku Nawal. Ada 3 orang cahaya mata di usia perkahwinan aku dan suami masuk tahun ke 9. Yang sulong 7 tahun, 4 tahun dan 1 tahun.
Apa aku nak ceritakan kat sini perihal suamiku. Kenapa aku katakan dia suami dan lelaki terbaik. Perkenalan aku dan suami di tempat kerja suami yang lama.
Masa bujang laki aku ni seorang yang rajin bekerja dan suka overtime. Dia cakap selagi ada peluang nak buat OT tu buat je la. Esok2 syarikat dah tak bagi OT tak ape la. Atleast simpanan dah ada sikit.
Dan suprising nya masa dia rajin buat OT tu dia boleh kumpul hampir 100k dalam masa 2 tahun sahaja.
Dia OT campur gaji boleh dapat dalam RM4-5k sebulan. Laki aku masa tu ada masalah dengan bank so tak boleh buat loan apa2. So dia tak boleh nak beli kereta macam kawan2 lain.
Masa tu dia hanya ada EX5 je dan aku pakai Atos je. Sebulan duit belanja campur bagi mak ayah dia dalam RM500 je. Yer mesti korang kata dia kedekut kan sebab gaji besar tapi bagi mak ayah sikit je. Takpe nanti aku cerita di bawah.
Lupa nak bagitau gaji aku lebih besar dari suami dari kami mula kenal la. Walaupun masa aku kenal dia tu aku tau duit dia banyak tapi aku tak rasa pun nak habiskan ke apa sebab suami aku ni seorang yang teliti bab duit.
Mula2 perkahwinan life kami macam pasangan yang lain. Kami mula dari susah. Kenapa aku cakap susah sebab suami aku cakap dia tak nak manjakan aku dengan duit awal2.
Kita anggap je simpanan yang dia ada tu macam tak ada. Kata dia la. Sebab itu tabung kecemasan. Tak boleh usik kalau bukan masanya. Aku pun iyekan je la. Duit dia bukan duit aku. Duit gaji, bonus semua aku bagi pada suami.
Sebab suami aku yang manage semua duit kami. Dari situ kami agih2kan mana nak bayar sewa rumah, bil2, hutang kereta, ptptn aku, bagi maka ayah dua2 belah pihak, duit minyak tol, duit dapur etc.
Tinggal untuk aku yang aku akan guna masa kat opis. Untuk lunch dan shoping aku time hari Jumaat. Hari Jumaat kan boleh rehat 2 jam. Panjang langkah aku masuk Alamanda. Hehehe.
Walaupun orang kata jangan percayakan lelaki 100% tapi entah la. Aku ok je dia handle semua kewangan kami.
Tapi luckynya aku lepas aku bagi duit tu semua aku taknak amik tau lagi apa2. Yang aku tau aku nak pegi keje minyak aku full, TnGo aku full, makeup skincare aku cukup, baju tudung kalau aku nak aku order je.
Yer aku suka shoping kasut baju handbag. walaupun tengah bulan kalau aku rasa nak, aku order je dengan suami. Duit maintenance kereta aku pun aku tak amik tau. aku just remind dia je bila tarikh servis dengan roadtax nak expired. Semua dia handle.
Dan alhamdulillah semua itu dia tunaikan. Suami aku cakap aku takyah piker apa2 biar dia pikirkan semua keperluan aku.
Masa mula2 kawen suami suruh aku masak bekal pergi keje. Aku bangun 4.30 am untuk siapkan bekalan dan selalu bila balik rumah aku dah tak yah piker makan malam. Sebab memang aku masak untuk 2x makan.
Walaupun mula2 aku cakap penat semua, suami kata kadang2 je la rehat tak yah masak. Sebab kita nak kukuhkan kewangan kita dulu. Dan sekarang kalau aku tak nak masak pun suami kata takpe, makan je luar tapi aku kesian plak dia bukan suka makan luar.
Aku rasa puas kalau suami dan anak2 kata aku masak sedap. Kadang2 kalau aku bosan dengan masakan sendiri, suami akan ofer untuk aku beli je makanan kat luar tu tapi masak kan untuk dia walaupun sambal telur je. Dia cakap makan luar bukan sedap pun.
Suami aku ni jenis rajin jaga anak, buat kerja rumah. Aku tak pernah basuh baju since kawin. Part aku melipat dengan menggosok je la.
Aku kerja jauh yang perjalanan sejam dari rumah. Bila balik aku selalu dah letih tapi semua suami dah siapkan.
Anak2 dah ambil dari pengasuh, kain baju tinggal aku lipat je malam nanti, makan malam suami dah siap2 panaskan. Aku mandi rehat borak2 pasal seharian kat opis pukul 10 dah tidur.
Sekarang kan masih PKPP, tapi aku dah masuk ofis last week lepas 3m duduk rumah dengan anak2 semua tapi suami masih sambung WFH lagi.
So sekarang dia yang jaga anak2 kat rumah sambil2 WFH. Tapi sebelum pergi kerja aku dah siap2 la masak untuk semua.
Suami aku ni dia suka beli barang dapur. Suka cari mana yang buat offer best2. Sebab dia yang pegang duit dapurkan so dia tau harga ikan, ayam semua la. Korang jangan nak tipu2 dia cakap barang sekarang murah, dia gelak je nanti. Semua harga dalam kocek dia.
Dengan hasil dia manage kewangan kami dengan baik, kami dah ada 4 buah rumah. 2 buah nama suami, 2 nama aku. 3 kami sewakan.
Rumah keempat dalam proses nak siap. Sepatutnya aku dapat kunci bulan 8 ni tapi sebab PKP ni delay ke bulan 12. Doakan aku dapat buat Kitchen cabinet idaman aku kawan2.
Aku dah tunjuk kat suami aku nak design macam mana. Dia cakap simpan je gambar2 tu nanti kita buat. Rumah ke 4 ni pun ada banyak sentimental value untuk aku. First kami tengok rumah ni 2week sebelum aku bersalin anak ke 3.
Dari saja2 jalan2 pergi galeri rumah kami terbeli. Dari nak beli rumah single suami belikan aku rumah double hampir 500k. Second kami dapat tau loan rumah tu lulus masa hari nak bersalin kan baby.
Third aku sign loan bank esok je dekat hospital sebelum discharge sebab suami cakap dengan banker nak balik kampung lepas ni. Terus banker siapkan document dan aku sign depan wad bersalin. Haha. Fourth nya rumah tu atas nama aku seorang tapi suami yang akan bayar nanti monthly.
Suami tambah lagi downpayment rumah tu 10%. Kira 10% dari pemaju, 10% dari kami. Suami cakap dia hadiahkan rumah ini untuk aku sebab aku cakap dengan dia aku sakit gile masa nak bersalin no 3 ni.
Bukan kata bersalin sebelum ni tak sakit tapi no 3 ni sakit lain macam. Huhu. Dia tak dapat rasa macam mana sakitnya aku nak lahirkan anak dia, so dia kata ni je dia mampu bagi untuk happykan aku. Thanks suami!
Suami aku pun berjaya buat tabungan anak2 kami dengan jumlah yang kalau anak2 aku nak ambil diploma tu takyah pinjam PTPTN pun insyaallah cukup.
Setiap tahun pun suami akan masuk kan sejumlah amaun ke dalam ASB aku dan aku tak pernah guna lagi duit tu. kereta pun kami dah tukar 4x.
Bila kewangan kami dah bertambah kukuh ni baru suami tambah lagi amaun untuk bagi mak ayah. Dia cakap dulu bukan tak nak bagi banyak tapi dia takut kalau esok2 dia tak mampu bagi banyak lagi nanti mak ayah kecewa dah biasa dapat banyak tiba2 kene kurangkan.
So sekarang bila2 ayah dia perlukan duit, just call je nanti panadaila dia bagi.
Suami aku ni walaupun semua benda dia buatkan untuk aku tapi apa2 perkara dia mesti nak libatkan aku. Contoh tukar tayar kereta pun dia suka angkut aku dengan anak2 sama. Dia suka aku tengok apa dia buat.
Kemana duit2 habis, duit aku bagi kat dia, dia taknak selewengkan, rasa bersalah dia cakap. Lagi satu dia kata kalau esok2 kalau dia dah takde kalau kereta aku rosak ke aku tau camna nak handle. Tak mudah kene tipu.
Suami aku ni personality dia seorang yang tegas dan Nampak macam garang tapi anak2 manja gila dengan ayah diorang. Balik kerja boleh layan anak2 main ultraman, perang2 nyorok2.
Dia cakap dia tak kan lepaskan moment2 indah anak2 membesar sebab moment ni ada sekali je. Once anak dah besar dah tak akan rasa macam ni lagi.
So hargai la masa yang ada dengan anak2 dan family sebaiknya sebab kita pun tak tau sampai bila kita boleh hidup. Itu pesanan dia selalu.
Antara amalan kami sepanjang perkahwinan ini untuk mencapai kesefahaman, kebahagiaan, saling percaya dan saling tolak ansur ialah:
1. Solat berjemaah selalu. Alhamdulillah tahun ni anak first dah join solat bersama.
2. Keep update whatsapp macam zaman bercinta dulu walaupun just nak inform dah sampai ofis, nak gi makan, nak balik. ada keje skit, jgn kacau yer. Gitulaa whatsapp aku hari2 dengan suami.
3. Jadikan suami tu bff kita. Cerita la semua perkara dengan dia. Tak puas hati dengan bos pun aku citer. Macamtu jugak dia.
Everyday sebelum tidur tu borak2 jap pasal opis. Dengar je la kalau salah sorang ada rasa tak puas hati nak meluah dan bagi pendapat yang boleh calm kan pasgn kita tu.
4. Jangan sorok2 hp dengan pasangan. Password hp kami sama. Balik rumah aku selalunya letak hp merata. Malas dah nak tengok2 whatsapp ofis.
Kadang2 suami rajin jugak belek2 hp aku. Takde apa aku nak sorok kan. Begitu juga dengan hp dia.
5. Jangan kedekut dengan suami dan anak2. Kalau ada rezeki lebih tak salah belanja mereka lagi2 anak aku dah pandai tengok Shopee. Ada je barang dia dalam basket tu.
– NAWAL (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit