Assalammualaikum. Aku Aminah. Berusia 30 lebih dan sudah berkahwin. Perkahwinan aku sudah hampir 10 tahun. Aku seorang yang bekerja di bidang professional dan menjawat jawatan yang baik dalam organisasi.
Ya, aku anak luar nikah. Bila aku tahu? Selepas aku bertunang. Aku dan suami tak melalui fasa bercinta. Kami memilih untuk bertunang dan menikah. Anggaplah sebagai suami kiriman Tuhan.
Selepas bertunang aku uruskan document pernikahan. Masa kecil dahulu, aku mempunyai curiosity yang tinggi dan aku tahu aku anak luar nikah. Tapi apalah sangat masa kecil.. Bukan faham sangat pun. Fyi ic aku ada binti. Jangan tanya apa beza sebab aku pun tak tau.
Masa nak buat documentation, aku hint parents aku. Kalau ada apa2 ceritalah. Aku tak nak penikahan aku dimulai dengan pembohongan dan nasab anak2 aku bermasalah.
Fast foward parents aku mengaku status aku. Menangis nangis, peluk cium kaki aku. Aku? Sedih. Marah? Tak. Tapi kosong. Aku tanya kenapa? SEBAB BUKAN MENANTU PILIHAN.
Ya Allah ampunkan dosa parents aku, ampunkan mereka ya Allah. Terimalah taubat mereka. Kasihanilah mereka yang bersusah payah membesarkan aku.
Jadikanlah iktibar. Jangan memberatkan urusan pernikahan. Lepas dah nangis, aku jadi rasional. Aku tanya berapa lama aku menyusu. 3 bulan.
Alhamdulillah aku dan adik beradik lain consider anak susuan. Sebab syarat anak susuan 5x kenyang berdasarkan kaunseling aku pergi. Settle bab aurat. Aku cakap biar aku settle dengan tunang aku. Dan parents in law. Jangan campur tangan.
Kemudian aku call tunang. Dah la tak kenal, ada pulak masalah. Tunang aku suruh istikharah banyak banyak. Aku tak kisah kalau pertunangan diputuskan. Yela. Sedar diri. Siapalah kita.
Fast foward parents in law aku call, tanya baik baik, rujuk ahli agama. Aku cakap tak perlu call parents aku sebab aku tak nak mereka malu dan tertekan. Lama guys. Berbulan bulan tunang aku dan parents in law perlukan masa untuk berfikir. Aku pulak? Hidup macam biasa.
Kemudian parents in law datang tetapkan tarikh. Aku malu. Aku balik kerja lambat. Aku saja melengah lengah. Bila sampai, aku senyum salam terus ke dapur. Tak tahu ape nasib pertunangan kami.
Alhamdulillah mertua aku baik. Tarikh ditetapkan. Mereka berlapang dada. Katanya aku tak bersalah. Kenapa aku perlu dihukum? Mereka peluk cium parents aku. Mereka sama sama galas aib ni.
So apa aku buat?
1. Aku pergi jabatan agama selepas parents aku confessed. Aku mintak kaunseling. Ustazah explain pasal nasab, pewarisan harta, wali hakim, adik beradik susuan dll.
2. Selepas tarikh ditetapkan aku submit documens. Kemudian aku ke mahkamah. Masa ni parents dan tunang aku perlu datang. Dalam mahkamah, hakim interview. Masa ni aku nangis. Teresak esak.
Hakim cakap pada aku. Aminah, awak sangat istimewa. Nama awak pun istimewa. Masa nikah nanti cari saksi yang beriman solat cukup waktu. Semoga perkahwinan awak diberkati Allah dan penuh rahmat. Terima kasih hakim. Terima kasih atas doanya.
3. Kemudian aku macam pasangan lain. Aku tempah bridal photographer dll. Aku menikm4ti proses ini dengan lapang dada. Sebab tunang aku juga berlapang dada. Alhamdulillah.
4. Hari pernikahan. Aku menikah di masjid yang jauh dari rumah. Sebab itulah pertama kali kami berjumpa. Itulah alasan kami.
No mic during akad nikah. Wali hakim pesan hanya pengantin dan saksi serta fil and bapak aku sahaja di depan dia. Alasannya, wali hakim tak sihat. Dia tak nak ramai kerumun
Ahli keluarga lelaki yang lain membuat bulatan di belakang pengantin. Kerana bila nikah. Nama aku berbinti abdullah. Aminah binti abdullah. Alhamdulillah, kami meneruskan majlis macam pasangan lain. Ada majlis dua dua pihak. Diraikan selayaknya.
Hantaran? Hampir 10 tahun dulu, suami aku berikan hantaran 11k. Bila ditanya kenapa? Hadiah. Ikhlas. Terima kasih abang terima saya seadanya. Malah menilai saya yang hina di mata manusia ini dengan meninggikan martabat saya. Terima kasih.
Semasa kaunseling dengan ustazah. Aku bertanya sekiranya aku m4ti. Talkin dibacakan. Pada siapa aku dibintikan? Sedih. Tengah type pun aku nangis.
Ustazah kata, dibintikan dengan emak. Di akhirat nanti nasab awak pada mak. Berkumpul dengan mak di syurga nanti. Ampunkan makbapak aku ya Allah.
Harta. Untuk mengelakkan adik beradik aku tahu rahsia ni. Aku memilih untuk bersuara tidak mengambil apa apa semasa perjumpaan family. Konon konon aku berbesar hati nak memberi.
Dan aku pesan supaya parents aku buat wasiat mulut atau bertulis awal2. Padahal aku tak layak. Di dunia ini aku tidak layak mewarisi harta. Dinafikan hak berbinti, hak pewarisan, hak memandikan jenazah bapa aku nanti. Allah..
Untuk mertua, terima kasih menerima aminah. Memudahkan urusan aminah. Memberi aminah keluarga baru dan tidak pernah membezakan aminah. Terima kasih mama baba. Terima kasih menutup aib aminah.
Untuk suamiku. Sesungguhnya abang suami kiriman Tuhan tepat pada masa. Abang menerima saya dengan lapang dada. Tidak pernah abang atau keluarga mengungkit asal usul saya. Malah saya bersyukur menjadi isteri abang.
Abang dan anak anak adalah nasab saya di akhirat nanti. Izinkan saya menjadi penghulu bidadari abang di dunia dan syurga. Terima kasih suamiku.
Untuk anak anak. Ibu melahirkan kamu dengan penuh rasa cinta. Ketika mempunyai anak lelaki. Ibu seperti tak percaya.
Menyentuh kamu dengan wudhu tanpa membatalkannya membuatkan ibu rasa sebak. Sesungguhnya kamu darah daging ibu.
Membesarlah seperti pahlawan perang Allah, gagah perkasa, bijaksana berilmu dunia akhirat dan melindungi insan lemah. Jadilah sebaik baik manusia di atas muka bumi ini. Jadilah insan yang soleh.
Buat kamu yang senasib. Anak luar nikah bukan sumpahan. Ianya titik tolak kehidupan kita supaya menjadi lebih baik. Aku doakan semuanya dipermudahkan.
Doakan aku dan juga suamiku mempunyai rumah tangga yang bahagia, anak anak soleh dan dirahm4ti Allah. Dijauhkan hutang dan diberkati rezekinya. Doakan juga parents aku.
Sesungguhnya aku istimewa.
Yang teristimewa,
– Aminah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit