Hobby

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Hari ini saya ingin meluahkan perasan saya yang sekian lama terpendam. Terima kasih admin jikalau luahan ini di publish. Kadang kadang saya terfikir apa perasaan admin hari hari baca luahan ya?

Nama saya Nisa berumur 30 tahun. Belum berkahwin dan bekerja. Saya pernah mempunyai ramai kawan kawan, tetapi setelah ditapis tapis tinggal lah seorang dua. Lifestyle saya lebih tenang. Saya duduk bersendirian dan happy.

Kehidupan ni kena ada “hobby”. Hobby ni penting, sebab apa? Sebab hobby akan membuang/ mengurangkan rasa bosan kita.

Hobby ini juga akan membantu kita untuk mengenali diri kita sendiri secara lebih mendalam tanpa menyusahkan orang sekeliling kita dan therapist, unless kalau teruk sangat lah loneliness kau tu.

Tak kisah lah hobby kau tu apa. Asalkan hobby itu tidak menyalahi undang undang, tidak menyusahkan orang dan menyusahkan diri kau sendiri.

“Aku bosan lah”

Tapi bila jumpa, Krik krik main phone, tengok Instagram gossip. Banyak lagi topic yang fun.

Aku okay je nak layan gossip, biasalah kan lepak dengan member member. Tapi kalau 90% gossip lupakanlah. Baik tak payah jumpa. Aku gossip dengan kucing aku lagi best. Cerita pun tak menyampai. ##^@#^×¥#^@##xx

Bila orang cakap macam ni je dekat aku, aku akan fikir “Dia ni bosan sangat ke hidup dia? Takde hobby ke?” . Tipu lah kalau aku tak pernah bosan.

Aku pun pernah heart broken menangis sampai tertonggeng, sampai lupa nak makan. Aku akan bantu bila kawan kawan ada masalah hati, takde lah aku selfish sangat sampai tak nak jumpa semua orang. Kena ada reason lah. Aku pun kadang kadang bosan jugak.

Tapi, aku usahakan untuk overcome rasa bosan aku tu dengan hobby. Ada banyak hobby ni, siapa suka music, layan music. Siapa suka arts, layan arts. Jangan bagi alasan “ala, aku tak reti lah” Sila cuba! Albert Einstein yang genius tu pun ada hobby dia tersendiri.

Hobby aku main lego murah dari China tu. Nak beli yang original tak mampu. Tanam sayur, sayur tu pulak aku boleh makan dan juga aku suka rumah aku bersih.

Bila kita nak rumah kita bersih, kita KENA lah rajin kemas rumah, mop lantai, bersihkan fridge buang semua yang dah expired (jangan lah biar fridge tu kotor cuci lah stains tu semua).

Cuci kipas siling, kipas stand (kipas tu kalau kotor berabuk macam ada ulat bulu tu tak guna letak maximum pun takkan sejuk membazir electric.

Bukan tu je, tak guna mop hari hari sebab habuk dekat kipas tu terbang fiuuu fiuuu fiuuu atas lantai, furniture, celah celah artificial plants kau yang cantik tu, dalam rumah tu semua) basuh baju, kemas almari.

Dapur tu jangan lah biar kotor, singki lepas basuh pinggan jangan biar je saki baki nasi, sayur, ayam dalam lubang singki tu, tersumbat lah singki.

Sampah tu kena lah rajin update plastic baru, buang sampah tu cepat cepat supaya rumah tak bau busuk bau sampah, tak guna pakai lilin Jo Malone pun kalau ada bau sampah.

Bila dapur kotor rumah kotor, jangan lah marah lipas, kalau lipas datang lepak rumah kau dan banyak lagi kalau nak sebut macam mana nak rumah bersih.

Korang tau tak? Kalau lipas tu m4ti dia akan kering dan lama lama dia akan jadi debu, debu tu akan berterbangan dalam rumah kita dan kau secara halus menghidu debu lipas m4ti tu. Kotor tau boleh dapat asthma & kulit gatal gatal.

Lebih elok, kalau kita boleh avoid lipas tu m4ti dalam rumah kita. Kalau nampak lipas tu m4ti buang cepat cepat. Kadang kadang kita tak perasan pun lipas tu ada. Lipas suka tempat yang kotor.

So? Jangan lah kita pun nak jadi lipas jugak. Come on lah gang. Kalau slow boleh belajar, Kalau kau malas? Nasib kau lah hidup kau orang menyampah dalam diam. Entah entah pasal kau pun ada dalam IIUMC ni.

Rumah bersih ni, end up hati kita tenang, nak solat pun lagi tenang. Masa kau pun tak membazir dengan bosan. Penat lah tapi berbaloi. Daripada kau penat melepak sebab kau bosan satu kerja pun tak siap. Banyak sebenarnya yang kita boleh isi kan kebosanan tu.

Kalau anak orang senang alhamdulillah ada maid kan? Panggil cleaner ke. Macam aku tak ada maid, jadi aku jadikan hobby kemas rumah ni sebagai hobby.

Tak ada duit nak beli hobby hobby mahal? Tidak mengapa, hobby kita cipta sendiri yang tidak perlu kita keluarkan duit dan stress. Tak semestinya hobby tu kena yang mahal mahal. Lain lah kalau kau “mampu”.

So far, tak pernah lagi lah aku WhatsApp member member “Jom lepak aku bosan lah” atau “Aku nak datang rumah kau boleh? Aku dah tak boleh dah duduk dalam rumah ni bosan dah”.

Enggggggkau ni tak ada rumah ke nak melepak rumah orang? Aku tak suka lepak rumah orang. Tak kira lah sedara mara ke adik beradik ke, biras ke, menantu ke, mertua ke, bila aku dah tua nanti ada anak, anak aku dah kahwin.

Aku takkan nak sibuk sibuk pergi rumah diorang. Sebab rumah itu privacy. Aku pun taknak kacau golden times diorang. Aku hanya pergi rumah seseorang itu bila ada masa yang penting penting.

Contohnya beraya, open house, tahlil ke apa ke. Kalau aku nak lepak pun kat luar (jika ada benda yang hendak dibincangkan) lepas tu balik.

Takdenye nak melepak kat rumah orang, lepas makan baring main phone, tidur atas sofa, buat macam rumah kau sendiri, pinggan tak reti basuh sendiri, cawan lepas minum merata rata,

Baju gantung merata rata asalkan nampak macam cangkuk je siap lah jadi tempat gantung baju kau sesuka hati, makan berbunyi, pemalas, walaupun tuan rumah kata “Ha buatlah macam rumah sendiri” itu IQ test sebenarnya, common sense kena tinggi ya?

Adab dalam tandas. Bukan setakat baca doa masuk tandas je. Kalau kita mandi nak buang air kecil, sila pergi buang di dalam mangkuk tandas ya? Tak jauh pun toilet bowl tu dengan shower. Sila jangan malas.

Bukan time shower tu kau kencing sambil berdiri shampoo rambut konon nya air kencing tu lalu dengan shampoo/ sabun badan masuk dalam toilet drainer tu. Sebab apa? Sebab bau kencing tu TETAP wujud ye? Tetap wujud.

Kau takkan bau tapi orang lain BOLEH bau. Aku tahu siapa yang suka mandi kencing berdiri ni. Berjaga jaga. Jangan nak jadi pengotor sangat ye? Kau ingat tuhan je yang nampak? Sila lah jadi orang yang bertanggung jawab sikit.

Yang lelaki pula, kalian kan kencing berdiri? Ya saya faham. Bila berdiri tu aim lah betul betul bro.

Walaupun kau power aim sila ada courtesy jirus air atas toilet bowl tu, kalau toilet tu Jenis dry toilet sila kesat pakai tisu tandas yang disediakan. Terima kasih banyak banyak. Jauh sangat topic ni.

Okay terbalik pada hobby tadi. Bila kita tak ada hobby. Bahaya tau. Wujud lah suka visit rumah sana sini sebab lama tak jumpa, merapatkan silaturrahim katanya.

Kalau tiap tiap minggu nak berjumpa. Tak ke serabut? Nak lepak pergi mall kalau setakat window shopping buat apa? Bukan kah itu buang masa? Kalau nak exercise pun planking lah paling sempoi pun. Kemas rumah pun boleh bakar calories kan?

Bukan lah aku ni bagus sangat. Aku pun sedang memperbaiki diri. Cuma aku serabut dengan manusia manusia yang terlalu bergantung dengan orang lain. Cuba jadi Independent sikit. Kadang kadang kita kena go through it not around it. Jangan selalu gunakan alasan “bosan”.

Yang benar,

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *