Wati

Maafkan aku! Ampunkan segala dosa aku. Aku tahu aku pemusnah. Akulah racun dan aku memang kejam.

Kau bina hubungan kita begitu baik, begitu kasih dan begitu jujur. Tapi aku runtuhkan semuanya sekelip mata.

Jika ada 100 kesilapan dan dosa dalam percintaan, 100 kesilapan dan dosa itu aku lakukan.

Kau tetap bersabar, kau tetap mengalah. Betapa mulia hatimu. Tetapi tidak aku…

Aku masih ingat lagi, kau sediakan hidangan makan tengah hari. Hanya melihat saja tanpa disentuh. Aku berkata masakkan kau tidak sedap.

“Abang rasa la dulu,” lembut suara kau sambil menghulur mangkuk masakan asam pedas pada aku.

Aku dengan wajah selamba mengambil mangkuk itu lalu aku lempar ke lantai.

“Aku kata tak sedap, tak sedap la! Tak faham bahasa ke! PALOI! (b*d*h)”

Itu kata-kata yang keluar dari mulut aku.

Kau menangis dalam keadaan duduk, tangan kau mengutip lauk yang berselerak di lantai.

“Maaf abang, saya masak lauk lain ya,” Kau masih minta maaf pada aku sedangkan kau tidak bersalah.

Tapi aku BODOH pada masa itu.

Aku masih ingat lagi bila kau keluar berjalan dengan aku.

“Jangan nak pegang tangan, nanti aku belasah,” kata amaran aku. Perlahan kau menjawab.

“Maaf abang,”

Masih lagi Kau minta maaf sedangkan kau tidak buat apa salah pun. Tetapi aku BODOH pada masa itu. Kalau di karaoke kau sering nyanyikan lagu ini, lagu kegemaran kau.

“~ SAMAKAH AKU BAGAI BURUNG DI SANGKAR YANG DI JUAL ORANG~

~HINGGA SEMAHUNYA KAU LAKUKAN ITU APAKAH ERTINYA~

~DULU SEGENGGAM EMAS KAU PINANG AKU… HOHOHO~

~DULU BERSUMPAH SETIA DI DEPAN SAKSI… HOHOHO,”

Begitulah lebih kurang bait lirik lagu itu. Aku yang berada di meja depan, menjerit sakan mengutuk kau.

“Hoi! Suara macam TAIK B*B*! HOI! Nyanyi dalam jambam la! Hoi balik la!”

Aku tahu kau malu sangat tapi ada aku kisah. Selesai menyanyi kau duduk di sisi aku.

“Abang maaf, saya tahu abang tak suka lagu tu,” Itu kata-kata kau memohon maaf sedangkan kau tidak buat salah apa pun. Tetapi aku BODOH pada masa itu.

Dua kali aku menipu mengatakan akan berkahwin dengan kau. Dan setiap kali aku menipu, aku akan hilangkan diri selama 2-3 bulan.

Apabila aku munculkan diri aku buat muka tidak bersalah seperti tidak ada apa yang berlaku. Bila kau bersua dengan aku.

“Abang! Abang pergi mana? Puas saya cari abang. Maaf saya bertanya, kenapa hari itu abang tak datang jumpa pakcik saya,”

Itu kata-kata kau masih minta maaf sedangkan aku yang menipu kau.

“YA ALLAH! BETAPA BAIKNYA KAU,” Tetapi aku BODOH pada masa itu. Jika kepala aku MASUK AIR. Kau, aku belasah seperti BINATANG. Masih aku ingat kemuncak keb*d*han aku.

Ketika itu aku tidur lena diulit mimpi, keletihan kerana semalaman enjoy.

Kau cuma alihkan kotak rokok aku dari lantai kemudian kau letak di atas meja. Bila aku terjaga, dalam keadaan mamai tangan aku tercapai-capai mer4b4 mencari kotak rokok tapi tidak ada.

“Mana rokok aku!!!” jerit aku marah.

“Oh abang, saya letak atas meja takut nanti terpijak,” ada ketakutan pada wajah kau.

“TAIK B*B* KAU! Takut terpijak! Kau ingat 100 orang ke tinggal dalam rumah ni,” tinggi nada suara aku.

“Maaf abang. Saya tak sengaja,” bergetar suara kau ketakutan. Tertunduk muka kau.

“Asyik-asyik maaf! Nak minta maaf tunggu RAYA la. Cepat ambil rokok aku,” kata aku bersandar di dinding.

Entah macam mana apabila aku pegang saja kotak rokok itu BASAH.

“TAIK B*B* KAU!!! Kau basahkan rokok aku,” bagaikan suara singa jantan Afrika mengaum aku bertempik sambil menarik tangan kau secara kasar.

“Tak abang, masa saya letak kat meja, rokok itu memang dah basah,” kata kau bercakap benar. Tersekat-sekat nada suara kau. Ketakutan sudah tidak dapat sembunyikan lagi di wajah kau. Air mata penuh bertakung, hanya menunggu tumpah di pipi.

“BULAK! (bohong) Kau ingat aku b*d*h!” Jerkah aku kuat.

Pantas dan kasar aku menolak kuat kau. Kau tercampak kebelakang, terkapai-kapai laju hingga terjatuh.

Entah bagaimana kepala kau terhentak ke bucu meja. Darah mula mengalir di kepala kau. Kau mengeluh kesakitan sambil menyebut nama aku.

Aku menolak kau dengan kasar setiap kali kau menghampiri aku minta tolong. Sudah berapa kali juga kepala kau terhentak ke dinding.

“Abang tolong. Tolong saya. Kepala saya sakit,” merayu dalam kesakitan nada suara kau.

“Hoi perempuan! Kau dah kotorkan rumah ni!” Jerit aku marah bila kelihatan tompok darah di lantai.

Aku berdiri terus menyentap dan menarik tangan kau, menolak kau ke arah pintu keluar.

Darah sudah memenuhi muka kau.

Ya! bercampur air mata.

Suara rayuan kau tidak putus.

Ya! Bercampur tangisan.

“Abang maafkan saya. Saya janji tak buat lagi. Tolong abang! Sakit.”

Aku tidak peduli langsung. Seolah-olah dalam diri ini tiada perasaan.

Sememang pada masa itu dalam diri ini hanya terkandung seketul Batu saja.

Batu yang keras, hitam dan busuk.

Aku terus seret kau keluar dari rumah kemudian aku kunci pintu. Kau mengetuk pintu berulang kali.

“Abang buka pintu. Saya minta maaf sangat-sangat. Sumpah abang, saya tak buat lagi. Abang tolong la jangan buat macam ni. Saya merayu abang. Saya sakit, kepala saya berdarah. TOLONG ABANG!”

Menangis, merintih dan merayu kau pada aku. Sedikit pun tidak tersentuh kesian hati aku pada kau. Sebab aku binatang jelmaan manusia.

Di dalam rumah, aku pekakkan telinga dan akhirnya aku masih boleh tertidur lagi. Keesokkan hari aku bangun, aku mengintai dari jendela kau sudah tiada.

“Tahu pun kau berambus,” bisik hati aku.

Hari yang sama.

“Kenapa kau buat macam tu kat dia semalam?” Satu suara lelaki keras menjentik keasyikkan aku yang sedang menjamu selera. Tersentak, pantas aku menoleh kebelakang.

“Ohhh 9! Duduk la. Dah makan,” kata aku merenung ke wajahnya.

“Aku dah kenyang. Kenapa kau buat macam tu kat dia semalam? Kau tahu tak dia pengsan kat tepi jalan semalam,” kata 9 berdiri di depan aku.

Wajahnya serius, nada suaranya tegas.

“Ahhh!!! Lantak dia la,” kata aku yang faham maksud 9.

“Kenapa kau buat macam tu? Kau tak kesian ke!” kata 9 berulang.

Tangannya dicekak ke pinggang.

“Aku dah bosan dengan dia. Aku dah suruh dia BLAH dari aku tapi dia degil. Ini je caranya.” Kata aku dengan berselera menyuap nasi. Muka aku tidak ada rasa bersalah pun.

“Kenapa kau nak dia blah? Dah bosan kan,” kata 9 ringkas.

“Hoi bro! Apa masalah kau! Kau dengan aku 2 X 5, 5 x2 je. Dapat perempuan mesti nak SARAPAN. Jangan nak tunjuk baik la. Nak tunjuk baik masuk IMAM MUDA la,” kata aku dengan nada marah.

Merah wajah aku mula terbit. Aku tidak dapat terima kata-kata 9 walaupun aku yang bersalah.

“Aku tak buat macam kau buat,” kata 9 menafikan.

“Aku tahu kau buat apa? Kau suka JILAT kan. Betul tak!” Mata aku menjeling sinis pada 9. Senyuman menyindir tercipta dibibir aku.

Aku tahu ada pelanggan yang terdengar kata-kata aku pada 9. Ada aku kisah.

“Tu yang aku malas nak cakap dengan kau. Orang cakap lain, Kau cakap lain,” 9 kelihatan bosan dengan perangai aku. Amarahnya kekal.

“Malas, duduk rumah,” perli aku. Akhirnya 9 tinggalkan aku.

Pada masa itu aku memang kejam sedangkan kesalahan kau kecil. Hanya sekotak rokok yang boleh dibeli baharu jika sudah basah. Tetapi kau, aku belasah. Aku memang kejam dan BODOH pada masa itu.

– Zambri Perasan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *