Baru-baru ini, ada seorang kawan bertanya sama ada aku sudah mempunyai calon atau belum, jawab aku belum.
Dia bertanya aku samada nak tak berkenalan dengan seorang calon. Aku kata tak perlu kot, sebab aku tahu akan gagal.
Dulu pernah la juga bercita-cita nak kahwin awal, tapi setelah beberapa kali gagal. Aku dah sampai ke tahap, aku tukar doa aku
“Andai aku memang ditakdirkan tiada jodoh di dunia ini, m4tikan rasa ingin berkahwin dan ada anak. Kurniakan aku kelebihan di bahagian lain seperti kerjaya dan membuat duit.”
Sejak dari itu, aku terus menolak bila ada orang yang baru yang ingin kenal.
Aku pun sentiasa juga pergi berjumpa ustaz untuk merawat gangguan yang aku ada. Aku jadi penat. Rutin ruqyah menjadi sebahagian hidup aku.
Aku tak lagi fikir tentang jodoh. Bila soal jodoh sahaja, ianya menjadi drama yang hanya membebankan emosi.
Setiap kali bertemu dengan orang yang menyukai aku dan ingin membawa hubungan kami ke arah yang lebih serius, pasti ada halangan yang sangat menyakitkan jiwa.
Usaha orang ketiga yang cuba meruntuhkan, pergaduhan yang serius dengan lelaki itu.
Ada sekali, kerana sangat kerap ditengking, aku bertanya, apa yang buatkan dia rasa benci dengan aku.
Dia kata bila tak jumpa rasa rindu nak jumpa, namun bila jumpa dia rasa panas, dan apa aku buat waima aku angkat air pun dia rasa benci.
Hampir ke semua lelaki yang aku kenal pada timeline berbeza berkata yang sama.
Aku give up.
Bukan aku putus asa dengan kehidupan. Tidak. Aku berusaha keras agar aku dapat kerjaya yang lebih baik. Kali ini, aku agak bijak sedikit berbanding dulu.
Jika dulu, aku berharap agar aku bertemu jodoh yang baik, dan memberi peluang untuk orang mengenaliku.
Kali ini, sesiapa yang datang pada aku, aku jelaskan pada mereka bahawa mereka sepatutnya cari yang lain dan anggap aku sebagai kawan biasa. Itu lebih baik.
Ada yang terus menjadi kawan, namun kebanyakan mereka tidak dapat menerima, terus diam tidak menegur aku. Aku tak rasa begitu kehilangan.
Aku tak marah pun dengan lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku.
Mungkin mereka ini memang serius nak kahwin dengan aku, tapi disebabkan gangguan sihir pemisah yang melekat dengan aku menjadikan perkara ini payah.
Aku pun tak salahkan takdir. Sekurang-kurangnya, aku belajar untuk cuba memahami dari perspektif orang lain.
Aku bukan jenis orang yang sentiasa muram dan selalu meratap nasib. Aku jenis yang periang, gila-gila.
Mungkin juga kerana sikap aku mudah untuk aku bertemu orang dan ada yang ingin merapati aku. Adakala aku gunakan peluang yang ada ini, untuk bantu kawan-kawan aku yang bersedia untuk kahwin.
Ada yang jadi kahwin. Aku belajar untuk mengggunakan bahasa ‘persuasive’ agar calon-calon ini melihat satu sama lain dengan pandangan berbeza sekaligus memikirkan tentang hubungan seterusnya.
Sekurang-kurangnya, aku membantu mereka yang ingin bertemu jodoh mereka.
Banyak yang aku belajar dari ujian ini, salah satunya soal hati.
Aku paksa hati aku belajar untuk melihat perspektif lain, kurangkan rasa sensitif dan bersedih hati. Aku doa siang malam agar Allah lupakan aku tentang bab ini.
Aku tak nafikan, aku berada dalam comfort zone.
Zon di mana aku tak perlu fikir tentang perasaan, tentang perkara menyakitkan, tentang apa sahaja yang bukan milik aku. Zon di mana aku cuma fokus kepada apa yang aku boleh kawal. Kudrat aku.
Aku pun sudah tidak ambil peduli dengan cakap-cakap orang tentang aku. Setiap kali dihina aku cuma doa supaya aku menjadi lebih berilmu dan kaya.
Aku lebih bahagia dari dulu. Adakala menyesal sedikit kerana pernah memberi harapan kepada yang sukar dicapai.
Namun, aku cuba ingatkan diri aku, kalau tak kerana kesukaran ini, aku tak belajar untuk menjadi merendah diri.
Banyak perancangan yang aku susun untuk diri aku. Sedikit demi sedikit menampakkan hasil.
Target aku, apabila gaji aku mencecah lima angka, aku ingin mengambil anak angkat. Aku dah siap buat senarai nama panjang apa nak diberi pada anak angkat.
Doakan aku :)
– San (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit