Assalammualaikum warga IIUMC.. Sejujurnya aku berada dalam satu kebingungan ketika ini.. Dulu aku lakukan suatu kesilapan terbesar dan memalukan keluarga..
Disebabkan kes itu, aku ditakdirkan berkahwin dengan orang tidak ku kenal.. Selama perkahwinan, alhamdulillah, suami mahupun keluarganya menerima aku dan anakku seadanya dan menyayangi anakku sepenuh hati..
Tapi masalah utamanya adik beradik dan keluarga aku.. Aku cuba mengambil hati dan menyambung ukhwah persaudaraan..
Makin hari, makin lancang kata-kata yang keluar dari mulut2 mereka.. Ada yang menyatakan anakku anak toksiklah..
Tak kurang juga minta aku ni m4ti disihir atau erti kata lain lesap dari bumi supaya mereka tidak perlu lagi bersoal jawab dengan orang kampung tentang keberadaanku dan status anakku jika ada yang bertanya..
Jujurku katakan, aku banyak makan hati dengan keluargaku..
Tapi banyak benda juga aku pendam dari suamiku, niatku cuma tidak mahu suamiku membenci ipar2nya.. Tapi sejauh mana aku ingin tutup cerita itu, tetap suamiku dapat menangkap apa yang terjadi..
Aku keluar dari whatsapp group family, aku blok semua ahli keluargaku.. Perkara begitu berlanjutan hinggalah berbulan2 lamanya..
Dan baru PKPP dilaksanakan beberapa minggu, aku dihubungi kakakku yang ketiga, ingin menghantar barang kiriman dari kampung..
Mulanya aku tidak mahu angkat kerana masih terkesan rasa sakit dihati ni, tapi aku tanya suamiku, apa harus aku lakukan? Perlukah aku angkat telefon? Dia cuma menyatakan, terpulang.. Jadi aku jawab acuh tak acuh..
Memang aku tak jemput naik ke rumah, kerana rumah agak berselerak disebabkan aku tidak sempat kemas, kerana si bongsuku baru sihat dari demam seminggu lamanya.. Jadi kami berjumpa diparking lot..
Reaksi kakakku pada mulanya agak janggal, aku pula ikutkan hati masih tidak mahu ingin bertemu dengan sesiapapun.. Tapi selepas beberapa ketika, ku lihat reaksi kakakku seolah2 tiada apa yang sedang berlaku antara kami..
Jadi aku layanlah dia seperti biasa.. Jika diikutkan hati, ingin sahaja aku bertanya, kenapa suka sangat memaki dan menghina aku? Tapi entah kenapa, mulutku terkunci..
Benar, jauh disudut hati, Tuhan sahaja tahu apa yang aku rasakan tika itu, remuk.. Seolah2 mereka manusia maksum tiada dosa dan kisah silam..
Aku akui, apa aku lakukan sukar dimaafkan, tapi perlukah sampai menghina zuriatku?
Ada suatu masa, aku bergaduh hebat dengan suamiku.. Beberapa hari kami tidak bertegur sapa.. Aku cuba memujuknya, tapi suamiku tetap tidak mahu melayaniku.. Mungkin tawar hati denganku..
Tapi, selepas dia membaca chat aku dan kakak sulongku yang lama dahulu, suamiku terus ada semangat ingin bercakap dengan aku..
Katanya, saya dah bagitahu ayah awak, takpe, saya izinkan jika sekiranya ada orang ingin menganggap isteri saya sudah m4ti..
Dan suami memberi kata dua, jika aku tetap berhubung dan bertemu dengan keluarga aku, maka, Nusyuzlah aku.. Dan hak penjagaan anak2 jatuh sepenuhnya kepada dia..
Sama ada anak aku dan anak aku bersamanya.. Jadi buatlah pilihan terbaik, kerana saya bukanlah orang yang akan kembali jika keputusan dibuat..
Walaupun awak menyusu, jika sekiranya awak Nusyuz, maka, hak anak tetap tak layak awak dapat.. Saya tidaklah haramkan awak tidak berjumpa terus dengan family awak, tapi biarlah masa yang menentukan..
Aku tahu niatnya hanya ingin mempertahankan maruah aku dan anakku.. Semasa kakak ketigaku ingin berjumpa pun sebenarnya suami aku cuma membiarkan aku memberikan reaksiku sendiri..
Jujur ku katakan, aku tidak tahu bagaimana ingin membereaksi kerana kami tidak penah gaduh besar sebelum ini..
Dan suamiku ternyata tidak menyangka bahawa aku boleh berespon biasa walaupun penah dihina.. Tadi aku diuji lagi, kakak kedua ku menghubungiku..
Dan aku menanyakan suamiku, dan dia tidak izinkan aku menjawab panggilan tu.. Aku cuma diamkan diri.. Tidak berapa lama, suami bertanya, kakak awak masih call ke?? Saya menjawab, tidak..
Lebih kurang 10 minit selepas itu, kakakku menelefonku lagi.. Aku pun reject call tersebut, atas dasar, hormatkan permintaan suamiku.. Dan ku intai ditingkap bilik, kelihatan kereta kakakku meluncur laju dari perkarangan parking kawasan rumahku..
Hatiku sebenarnya berbelah bahagi.. Jika adik beradik lain, mungkin aku boleh lantakkan lagi, tapi ini kakakku yang sedari awal menyedari perubahan diriku,
Yang cuba menyelamatkan aku dari membvnvh zuriat sendiri, sehingga anakku dilahirkan, dan aku mampu besarkan anakku kerana prihatinnya..
Aku terpaksa memilih, keluarga kecilku, atau keluarga besarku.. Aku tidak dapat sms, mahupun whatsapp kakakku, menyatakan keadaan sebenarnya..
Bukan kerana aku tidak ingin berjumpa, tapi ini adalah arahan suamiku.. Jadi aku harus menurutinya selagi tidak menyesongkan agama..
Aku bukannya mahu jadi orang yang tidak kenang jasa, tapi keadaan aku tidak mengizinkan aku.. Aku harap, keadaan akan kembali reda sebelum ada yang meninggalkan dunia..
Aku harap, pihak disana akan mengerti.. Kerana suamiku tidaklah kejam, ini kerana sayangnya dia kepada keluarga kecil kami, dia melakukan itu..
Apa yang harus aku lakukan yaa?? Sesungguhnya aku kebuntuan..
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit