Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua…..
Aku Lisa. Seorang pembaca tegar dan silent reader dalam IIUM Confession ni. Baru-baru ini banyak juga confession berkenaan ‘Anak tak sah taraf’.
Aku adalah salah seorang daripadanya. Dan sememangnya aku tidak pernah berbangga dengan title itu. Mari aku ceritakan serba sedikit berkenaan bagaimana aku dapat tahu title aku itu.
Majlis pernikahan tinggal beberapa minggu sahaja lagi masa tu. Aku terlihat sijil nikah ibu bapa aku. Kenapa tidak cukup 9 bulan sehingga tarikh aku dilahirkan?
Persoalan demi persoalan bertubi-tubi menjengah di fikiran aku. Hati dah tak sedap. Risau, susah hati. Duduk dalam bilik meleleh air mata. Aku akhirnya faham, aku adalah anak tak sah taraf.
Ibu dan ayah aku akhirnya berterus-terang kepada aku. Aku tak tahu apa nak rasa. Dengan tarikh majlis yang dah dekat , dengan rasa marah pun ada, sedih pun ada. Nak benci pun ada.
Tapi pilihan aku, untuk redha dan pasrah dengan ujian besar yang Allah berikan kepada aku. Aku telan hakikat yang pahit itu dan memilih untuk memaafkan ibu bapa aku. Siapalah aku untuk menghakimi mereka. Aku pun banyak dosa juga.
Walaubagaimanapun, aku sesungguhnya bersyukur sangat-sangat pada Allah. Kenapa?
Pertamanya, Allah tunjukkan kepada aku, di saat aku belum melangsungkan pernikahan. Disebabkan kekhilafan bapa aku, dia cuba untuk menyembunyikan hakikat itu daripada tok kadi.
Nasib baiklah juga, tok kadi, mata masih terang lagi hehe. Ish gelak pulak aku ni. Dah la tengah cerita sedihkan.
Ok back to story. Jadi, sekiranya tok kadi mata kelabu asap dan tak nampak tarikh di sijil nikah ibu bapa aku, dan pernikahan itu dijalankan oleh bukan wali hakim, implikasinya adalah, pernikahan aku dan bakal suami ADALAH TIDAK SAH ye kengkawan.
Sayangnya Allah pada aku, dia dedahkan title aku semasa sebelum pernikahan. Karang dah beranak pinak kang, semua anak-anak aku tak memasal dapat status macam aku. Gila ah? Kan kan kan.
Keduanya, hikmahnya di atas kesabaran aku (chewah-takdala penyabar sangat aku ni pun), alhamdullillah, Allah temukan jodoh dengan seseorang yang boleh terima status aku.
Aku dah nekad dah. Aku kena bagitau status aku kat bakal suami aku. Kalau kata dia,tak nak terima, aku nak tukor majlis kepada majlis kenduri kesyukuran, ha gitu. Tabahkan aku? Kan kan kan . hahaha. Perasan sungguhlah aku ni.
Yang ketiganya, aku bersyukur, kerana ibu bapa aku memilih untuk melahirkan aku dan memberi peluang kepada aku untuk hidup di dunia ini, bukan buang aku. Allahu, Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Bila fikir yang ini, menggeletar tubuh ini, memikirkan Allah bagi peluang kepada aku untuk hidup di dunia ini untuk menjadi khalifah kepadaNya. Allahu, sayangnya dia pada aku. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah.
Yang keempat dan yang paling penting, bila kita terima ujian Allah dengan redha, secara tak langsung menyebabkan kita rasa lebih dekat dengan Nya dan cuba mentaati Allah sebaiknya. Allahu, baikkan Allah? Dia bagi ujian ini kerana dia terlalu sayang pada aku.
Sekarang, aku nak ulas pula tentang confession yang sebelum ini.
Yang pertama- ada confessor dok marah-marah kat ibu dan ayah dia sebab kakak dia anak tak sah taraf. Alahai sayang….. Tak payah awak nak marah-marah tak memasal kat ibu ayah awak. Hakak rasa awak ni muda sangat ni, naif sangat.
Maafkanlah mereka. Diorang tu manusia biasa bukan malaikat wahai adik ku. Awak masih muda jadi awak belum matang sepenuhnya. Mungkin sebenarnya , mereka telah bertaubat wahai adik ku. Pengakhiran itu lebih penting sayang.
Pastu kan, pasal kakak awak tu, jangan risau gundah gulana. Pergilah ke pejabat agama berdekatan dan dapatkan nasihat dari mereka. Nanti diorang akan refer kepada mahkamah syariah untuk permohonan wali hakim.
Sememangnya kakak awak dan ibu bapa awak akan menghadap hakim, dan diorang kena mengakulah.
Tapi seriuslah dik, kakak awak kena kuat mental la juga, sebab dia akan tanya bertalu-talu soalan kat kakak awak tu. Dia punya sebak tu dik, Masyaa Allah tak leh digambarkan huhuhu. Sedih wooo….
Tapi jangan bimbang, mahkamah syariah dia tak kan buat perbicaraan terbuka bagi kes-kes sebegini. Dia akan jaga aib kita. Don’t worry.
Lagi satu, pasal nak bagitau ke tak kat bakal suami tu, hmmmmm….. akak pun tak pasti nak advise cane. Sebab risau juga pihak lelaki taknak terima.
Akak ni kebetulan suami nak terima. Cuma akak nasihat , jumpalah dengan ustaz atau ustazah ke, minta pendapat cane ye.
Yang keduanya- Ok disclaimer hokey. Akak bukan ustazah. Tapi akak ada buat pembacaan dan bertanya kepada ustaz. Pernikahan ibu ayah awak adalah sah. Sila rujuk link ini .
Jadi awak dan adik-adik awak dilahirkan dengan ikatan pernikahan yang sah , jadi korang adalah anak yang sah taraf bagi ibu dan bapa awak. Jadi takda isu kat sini ye. Harap jelaslah.
Manakala, hubungan awak dan adik-adik awak dengan kakak awak adalah dikira sebagai adik beradik seibu. Jadi takda isu mahram ke apa. Manakala , adik beradik lelaki ibu awak pula adalah mahram kakak awak.
Berlainan pula isu hubungan ayah awak dan kakak awak. Hubungan mereka dikira seperti ayah tiri dan anak tiri. Dah kira jadi mahram juga. Tak batal wuduk dan boleh je cium ke salam ke.
Cuma kakak awak takda hak pewarisan dari ayah awak. Dia cuma ada hak ke atas harta ibu awak sahaja. Dan adik beradik lelaki ayah awak pula bukanlah mahram kakak awak tau. Keyword kat sini ‘mcm ayah tiri’
Tapikan, akak ada terbaca bagi kalau bayi yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh akad nikah boleh dinasabkan kepada bapa. Tapi apa apa pun, silalah rujuk kepada mereka yang lebih arif.
Oleh itu, dengan ini akak akhiri penulisan ini. Harapnya dapatlah sedikit sebanyak membuka minda masyarakat hal-hal berkaitan anak yang tak sah taraf ini.
Dan juga besarlah harapannya, penulisan ini dapat membantu anak-anak tak sah taraf ini menjalani hidup ini seperti anak-anak yang lain juga. Be positive okay?
Its not the end of the world. Its sad at first but if we accept it dan redha insyaa Allah, semuanya akan dipermudahkan Allah. Bersangka baik sokmo dengan Allah tau. Allah tu sayang kita semua huhu.
Disclaimer sekali lagi. Aku bukan ustazah, sekiranya tidak benar pernyataan dalam penulisan ini, dimohon agar betulkan la ye.
Untuk semua, khalifah Allah didunia ini, ingin aku nyatakan, jangan pandang hina kami dengan status kami. Kerana kami tidak bersalah. Yang bersalahnya ibu bapa kami.
Percayalah anak yang tak sah taraf ini juga boleh berjaya tau. Layak untuk merasa bahagia. Janganlah sia-sisakan anak yang tak sah taraf ini. Didiklah mereka. Cukupkanlah ajaran agama. Kami boleh jadi anak-anak yang soleh dan solehah… Insyaa Allah.
Lagi satu ampun… kalau penulisan caca marba ye. Oklah… kengkawan, time to say good bye. Sekian, wasalam.
– lalisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit