Berjalan Tegak Walauapapun Status Kamu

Assalammualaikum. Aku aminah. Orang yang sama memberi pengakuan berkaitan proses nikah anak tak sah taraf di confession yang lepas, (https://iiumc.com/proses-nikah-anak-tak-sah-taraf/).

Terima kasih atas doa dan nasihat kalian. Semoga Allah melindungi kalian juga. Maafkan aku atas penulisan yang lepas. Mungkin ada yang salah faham. Mungkin juga penulisan aku tidak menyampaikan maksud dengan sebaiknya. Khilaf dari diri sendiri.

Hentikan pertelagahan dan sebaran maklumat dalil dan lain2 tanpa merujuk pada yang ahli nya. Maafkan aku menyebabkan kamu semua keliru.

Tak perlu aku ulas dengan panjang dan explain kembali yang lepas. Berlapang dada dengan tulisan ini. Untuk anak anak seperti aku, di dalam kekalutan dan terkejut mengetahui status diri, pasti.

Pasti yang pandai akan jadi bingung. Yang hebat dengan ilmu agama akan rasa kosong. Itulah yang aku rasa. Itulah yang aku lalui ketika itu. Pengakuan dan penceritaan yang lepas berdasarkan situasi hampir 10 tahun dahulu.

Setelah menikah, aku dan suami kembali ke jabatan agama memohon kaunseling dan penjelasan lanjut. Dari situ kami lebih jelas dan faham berkaitan nasab, faraid dan lain lain.

Untuk yang bertanya, aku berkahwin di umur 23. Apalah yang aku tahu semuda itu. Tipu kalau aku tak sedih.

Ya, aku sedih tapi tidak meratap. Aku drive jauh tanpa hala tuju. Berhenti di satu pam minyak dan menangis. Adakala aku menjerit sorang sorang dalam kereta. Ya. Aku lalui semua itu. Sendiri.

Dalam fikiran. Aku punya adik beradik lelaki dan perempuan. Waktu kecil kami penuh gembira. Makan berkongsi. Bergilir2 disuap. Tidur bersama depan tv.

Aku takut. Takut kehilangan adik beradik disebabkan status diri. Itulah antara conflict dan dilema anak seperti kami. Manakan mungkin orang yang kau sayang terpisah begitu saja.

Aku punya mak dan bapa saudara yang sangat menyayangi aku. Aku punya sepupu yang sayangi aku. Aku takut. Takut kehilangan semua itu. Sebagai manusia. Aku berperasan seperti itu.

Maka, aku teruskan menuntut ilmu untuk terus memahami apa yang sepatutnya.

Berkenaan harta, hibah dan faraid. Aku memilih seperti confession yang lepas. Kenapa perlu kita meminta atau pertahankan hak sekiranya tergadai kasih sayang dan kepercayaan?

Aku memilih untuk bergembira tanpa adik beradik tau ibubapa kami pernah buat silap. Tak salah kan? Kasih sayang itu sangat berharga. Aku tak nak rahsia terbuka maka jadilah seperti confessor sebelum2 ini yang memendam marah pada ibubapa mereka. Ya, ini pilihan aku.

Buat pengetahuan semua. Rumah tangga kami bahagia. Lebih2 lagi Allah kurniakan salah satu anak kami adalah anak syurga.

Sesungguhnya Allah sangat menyayangi aku dan suami. Diduga kami lagi. Berlapang dada wahai kawan kawan. Dalam hidup ini tiada apa yang boleh kita kawal tanpa izin Allah.

Allah beri aku syurga di dunia. Aku selalu doakan. Semoga dengan hadirnya anak syurga ini mampu menarik ibubapa aku ke syurga. Kerana ibubapa aku sangat baik dengan anak syurga kami.

Allahuakhbar. Allah maha besar. Aku fikir ini satu cara Allah bagi kami berkumpul di sana.

Berkenaan mertua. Ya, aku berusaha menjaga air muka mereka dan suami aku. Aku jaga anak2 sebaiknya. Aku malu. Walaupun tak pernah diungkit, tapi aku sedar diri. Aku takut kalau kalau mereka terluka dengan aku.

Kadang2 bila berdua dengan mil, pasti mengalir air mataku. Dengan mil aku mencurah rasa rendah diri. Dengan mil aku bebas bersuara untuk hal hal yang sulit. Kerana perkahwinan dimulakan dengan jujur dan ikhlas.

Bagaimana aku berlapang dada? Menagislah. Lepaskan sesak dada kamu. Menjeritlah. Sehingga kamu puas. Kemudian kembali lah ke jalan Allah. Aku masih jahil dan tidak sebijak orang lain. Namun aku tau. Allah takkan tinggalkan aku.

Suka aku pesan pada kamu. Berlapang dada, sekiranya apa yang aku tulis mencetuskan kekeliruan, cari yang ahli dalam bidang itu. Itu tanda kamu semua masih punya hati yang baik dan sedar tentang permasalahan dalam masyarakat kita.

Mungkin satu hari nanti kita akan bermenantukan anak tak sah taraf. Siapa tahu kan? Sekurang kurangnya pengalaman aku, perjalanan kamu semua mencari ilmu membantu saat2 getir itu nanti.

Untuk yang sekasut, jangan biarkan hidupmu suram. Tiada beza antara kita. Kita juga mampu berjaya seperti orang lain.

Kadang2 kita perlu tunduk sedikit melihat anak2 senasib yang dibuang tanpa ada pengenalan diri, dibiar digigit semut dan kesejukkan. Kelaparan. Malah dibvnvh. Bersabarlah.

Akhir sekali, terima kasih atas doa doa kamu semua. Terima kasih atas sokongan. Sesungguhnya aku tersentuh. Aku terharu. Semoga kamu semua disayangi Allah sentiasa. Menangis aku baca Walaupun ada yang mengguris hati. Maafkan aku.

Aminah yang istimewa, punya anak istimewa. Apa lagi nikmat yang ingin didustakan?

Berjalan lah terus dan tegak. Bila penat, berhenti. Beri masa pada diri sendiri. Kemudian teruskan lagi. Di penghujung jalan akan ada sinar. Berbalam balam kemudian bersinar dengan terang.

Itulah penghujungnya.

Anak istimewa,

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *