Rindu Tak Terucap

Assalamualaikum.. Maafkan diriku andai nukilan ini mengganggu sahabat-sahabat pembaca IIUMC. Sekadar ingin berkongsi rasa apa yang aku pernah alami sebelum ini.

Sebelum itu, izinkan aku perkenalkan diriku terlebih dahulu.. Namaku Aqila (bukan nama sebenar).. Aku anak ke2 dari 7 beradik.. Perwatakanku agak pendiam atau lebih tepat pemalu.. Tapi dengan family and adik beradik aku boleh jadi gila-gila jugak orangnya.. hehe biasalah tu kan..

Family aku alhamdulillah bahagia walaupun keluarga aku bukanlah kaya raya.. Tapi kami kaya dengan kasih sayang dari parents dan adik beradik..

Dipendekkan cerita, tahun 2010 aku akhirnya berjaya menghabiskan pegajian aku di peringkat ijazah.. Alhamdulillah aku happy bila tengok parents aku dan adik beradik turut meraikan kejayaanku..

Dalam hati aku sudah berkira-kira untuk cepat-cepat dapat kerja yang aku impikan.. Aku ingin banggakan kedua orang tuaku setelah mereka bersusah payah memberi yang terbaik untuk aku..

Sementara menunggu mendapat panggilan interview yang sudahku pohon, aku mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai guru di tadika swasta buat sementara waktu..

Ibuku happy sebab tempat kerja aku berdekatan dengan rumah.. Aku ulang alik ke tempat kerja menaiki scooter Ego seawal jam 6.15 pagi.. Pulang ke rumah selewatnya jam 7.30 petang.. Gigih tak aku??

Hehe.. ini semua gara-gara seorang anak muridku yang berumur 4 tahun yang tidak mahu teacher lain selain aku yang temankannya sehingga parents dia datang menjemputnya..

Bersebelahan tadika adalah taska yang mana tempat students transit sementara menunggu parents datang ambil.. Student yang kecik comel ni tidak mahu ke taska tanpa aku.. Sabar jelah melayan anak-anak yang comel ni kan..

Tiba masa aku dapat gaji yang pertama setelah sebulan bekerja.. Walaupun tak banyak tapi aku bersyukur dengan rezeki Allah bagi.. Gaji pertama aku sebagai guru tadika sebanyak RM450..

Aku sudah berniat dalam hati akan aku berikan sebahagian gajiku kepada ibuku.. Hatiku puas bila melihat senyuman yang terukir dibibir ibu.. Walaupun jumlah yang diberi tidak seberapa tetapi sudah cukup membuat ibu bahagia..

Allahuakbar aku rindu.. Sungguh.. aku benar-benar rindu dengan senyuman dan gelak tawa ibu.. Walaupun gaji aku tidak seberapa tapi aku bahagia kerana berada dekat dengan ibu dah abah..

Hampir setahun selepas tamat pengajian, aku masih belum dapat pekerjaan yang aku impikan… Aku mula merasa sedikit kecewa dengan diriku..

Aku mula menyoal apa kurangnya aku?? Aku cuma mahu mendapat pekerjaan yang lebih baik agar aku dapat tolong abah dan adik-adik. Ternyata rezeki aku belum sampai..

Maafkan aku abah, ibu dan family kerana belum mampu memberi yang terbaik untuk kalian.. Aku sudah cuba bermacam-macam kerja yang penting halal.

Awal tahun 2012, aku akhirnya berhijrah ke Kuala Lumpur. Aku menumpang rumah kakak ipar dan abangku sambil mencari kerja..

Akhirnya aku diterima bekerja sebagai Account Assistant di salah sebuah syarikat swasta.. Ibuku happy, tapi entah kenapa hatiku terasa tidak selesa..

Baru sahaja memulakan pekerjaan yang baru, aku menelefon ibu memberitahu ibuku bahawa nanti gaji aku akan masukkan sebahagian dalam akaun ibu..

Kedengaran suara ibu happy.. Namun, ibu meminta aku untuk menyimpan duit tersebut bagi pihaknya sehingga hari raya nanti.. Aku mengiakan permintaan ibu..

Aku kerap bermesej dengan ibu.. Ibu seringkali bercerita mengenai adik bongsu yang berusia 4 tahun ketika itu.. Ada saja keletah adik yang mencuit hati kami sekeluarga..

Pada 8 Mac 2012, ibu ada menghantar mesej memberitahu dia sakit kepala.. Aku lantas menelefon ibu..

Untuk pengetahuan semua, aku sejenis yang susah nak bercakap melalui phone.. Aku akan jadi sebak dan tak boleh nak bercakap lama-lama..

Aku pon tak faham apa masalah aku.. Baru je kejap bercakap dengan ibu, ibu bagitahu dia penat.. Kepala ibu sakit lagi.. dengan berat hati aku mem4tikan panggilan.. Hati aku resah gelisah memikirkan keadaan ibu.. Entah jam berapa aku tertidur..

Kemudian aku terjaga dari lenaku dek kerana bunyi deringan telefon.. Tertera nama adikku di skrin.. Seraya, aku menjawab panggilan tersebut..

Bagai terkena panah tepat ke jantungku.. Aku menangis semahuku tatkala adik memberitahu ibu tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital.. Allahuakbar.. ujian apakah yang sedang Kau berikan ini pada hari lahirku Ya Allah??

Sepanjang malam aku menangis keseorangan sementara menunggu pagi untuk aku bergerak balik ke kampung.

Pagi keesokannya aku segera ke stesen bas.. Saat-saat genting macamni bas pulak lambat.. Dalam hati Allah je tahu.. Perjalanan yang memakan masa 8 jam ke Kota Bharu terasa amat memeritkan..

Dalam masa yang sama aku berbalas mesej dan panggilan telefon untuk megetahui perkembangan ibu.. adik bagitahu ibu kena dipindahkan ke hospital Kota Bharu.. Ibu dah sedar tapi mata ibu belah kiri tak boleh bukak..

Doktor nak scan risau ada pendarahan dalam kepala. Menitik laju airmata dipipi.. Sepanjang perjalanan air mata membasahi pipiku..

Sesudah selamat sampai, aku dijemput dan terus ke hospital.. Hati sudah tidak sabar untuk memeluk ibu.. Mata aku ligat mencari susuk tubuh ibu.. Ya.. dari jauh mata aku dapat menangkap susuk ibu yang sedang terbaring di atas katil..

Ibu senyum melihat ku.. Segera kucium tangan dan pipi ibu.. Aku peluk semahuku.. Kepala ibu terasa panas.. Luluh hati ini melihat ibu yang terbaring lesu..

Doktor datang bergilir-gilir menanyakan perihal ibu sebelum membuat keputusan untuk melakukan city scan kalau tak silap aku.. Aku lihat ibu resah bila mendengar perlu operates..

Ibu juga sering bertanyakan adik bongsu dan adik ke 6.. Rindu benar dek kerana budak – budak tidak dibenarkan melawat.. Aku berkesempatan temankan ibu untuk pemeriksaan city scan.. Tanganku digenggam ibu sekuatnya.. Ibu meluahkan rasa takut..

Aku hanya mampu berkata kepada ibu bahawa semua akan baik-baik saja.. Tidak lama selepas itu, ibu ditolak keluar dari bilik pemeriksaan.. Ibu mengukir senyuman.. Allahuakbar kuatnya ibu.. Walaupun dalam kesakitan masih mampu tersenyum..

Ibu ceria sambil bercerita pengalamannya masuk dalam mesin scan.. Alhamdulillah aku sedikit lega melihat keadaan ibu.. Berharap keputusan yang bakal diketahui nanti ada berita gembira hendaknya..

Kami menunggu kedatangan Doktor untuk mengetahui keputusan dengan penuh debar didada.. Ternyata apa yang kami harapkan sedikit sebanyak mampu melegakan hati kami..

Namun ibu menyatakan dia tidak mahu dibedah.. Aku tahu dia risau, takut.. Abah memujuk ibu dengan penuh berhemah..

Sesungguhnya Abah lah yang paling terkesan apabila ibu sakit.. Rasa cinta, kasih dan sayang abah terhadap ibu begitu mendalam.. Abah ingin melihat isterinya yang tercinta sihat seperti sediakala.. Ibu akur akhirnya..

Ibu kena dipindahkan ke HUSM untuk pembedahan kepala secepatnya.. Pada mulanya doktor bagitahu sekadar minor operation sahaja.. Aku berkesempatan untuk menemani ibu dalam ambulance..

Ibu menggenggam erat tanganku sepanjang perjalanan ke HUSM.. Setibanya di hospital, ibu dibawa ke bahagian kecemasan.. Ibu berkali-kali menanyakan adik-adik yang kecil..

Rasa rindu seorang ibu terhadap anak-anaknya yang berhari-hari tidak bersua makin meluap-luap.. Sayu hati melihat ibu sebegitu rupa.. Aku memberi harapan bahawa adik-adik akan datang berjumpa ibu.. Ibu kena kuat semangat..

Sekali lagi kepala ibu perlu di scan untuk melihat tahap pendarahan dalam kepala ibu.. Ternyata keputusan kali ini begitu merentap seluruh hati aku dan keluargaku..

Seakan tidak mahu percaya dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut doktor.. Minor surgery sudah tidak boleh dilakukan.. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR..

Pedih dan sedihnya rasa tidak terungkap lebih-lebih lagi melihat abah yang sudah terduduk menangis.. Allah Allah Allah..

Sebelum meneruskan pembedahan, doktor terlebih dahulu menerangkan peratusan kejayaan pembedahan dan kesan dari pembedahan nanti.. Kemungkinan untuk berjaya adalah 70%..

Sekiranya berjaya, ada kemungkinan ingatan ibu akan terjejas.. Sama ada ibu ingat semua atau sebahagian saja.. Masa tu aku rasakan ada sebiji batu besar menghempap kepalaku.. Abah berbelah bahagi untuk meneruskan pembedahan..

Namun, kami anak-anak memberi kekuatan untuk abah bersetuju meneruskan pembedahan ibu.. Kami hanya inginkan ibu sihat seperti dahulu..

Sementara menunggu ibu dibedah, kami tidak putus-putus membaca Al-Quran memohon supaya Allah permudahkan semuanya..

Dalam pada itu juga, Abah menangis hiba.. Risau sekiranya berlaku apa-apa terhadap ibu, anak-anak akan salahkan abah kerana memberi keizinan untuk meneruskan pembedahan.. Allahuakbar..

Tidak pernah aku melihat abah menangis sebegitu.. Mana mungkin kami anak-anak abah dan ibu akan salahkan abah.. Abah dah buat yang terbaik untuk Ibu..

Selepas 8 jam, akhirnya pembedahan selesai.. Aku sempat melihat ibu ditolak masuk ke wad ICU.. Dalam keadaan ibu yang separa sedar,ibu sempat panggil abah.. Syukur Ya Allah semua selamat.. Aku dan adik bergilir-gilir menunggu ibu di hospital..

Hari berikutnya setelah pembedahan selesai, nurse dari wad ICU datang kepadaku untuk memaklumkan perkembangan ibu.. Berita gembira disampaikan bahawa ibu sudah sedar dan ibu boleh menulis di atas kertas..

Apa yang lebih menggembirakan adalah perkataan pertama yang ditulis ibu adalah ‘suami’.. Sedar-sedar je ibu dah cari suami tercinta.. Hehe.. Aku apalagi, terus call abah.. Abah terus datang hospital bersama adik-adik..

Aku dan adik masuk terlebih dahulu ke dalam wad ICU dimana ibu ditempatkan sementara menunggu abah sampai.. Mata aku melihat satu persatu katil yang menempatkan pesakit..

Akhirnya aku sampai ke katil yang menempatkan ibuku.. Melihat wayar yang penuh berselirat di badan ibu, hati ini terasa sayu..

Allah.. andai aku boleh gantikan tempat ibu, aku sanggup.. Sungguh aku sanggup.. Segera aku menghampiri ibu yang sudah sedar.. dalam hatiku terasa takut jika ibu tidak mengenali diriku.. Perlahan aku bertanya ibu ingat angah tak??

Sambil air mata laju membasahi pipi… Anggukan ibu menandakan dia ingat akan diriku membuatkan air mataku lebih laju gugur membasahi pipi..

Terima kasih Ya Allah.. Ibu ingin bercakap tetapi aku menyuruh ibu berehat… Keadaan ibu semakin pulih.. Ibu menunjukkan perkembangan yang sangat positif..

Disebabkan keadaan ibu semakin baik, aku dengan berat hati mengambil keputusan untuk kembali ke KL untuk kembali bekerja setelah 1 minggu mengambil cuti. Sebelum balik aku berjumpa ibu terlebih dahulu di ICU..

Aku sanitize tangan terlebih dahulu sebelum memeluk ibu seeratnya.. Aku khabarkan kepada ibu aku terpaksa pulang ke KL.. Ibu menggenggam tanganku seakan tidak mahu melepas kan aku pergi..

Aku pujuk ibu bahawasanya aku akan selalu balik ziarah ibu nanti.. Barulah ibu mahu melepaskan tanganku.. Sungguh aku tidak mahu ibu melihat aku menangis didepannya..

Aku mahu tunjukkan aku kuat.. Tapi aku tewas, air mata sudah tidak boleh diseka.. Aku cium ibu semahunya sebelum keluar wad..

Abah ada ingatkan aku sebelum gerak ke stesen bas supaya jumpa ibu lagi sekali.. Tapi aku tak kuat.. Aku takut aku tak kuat untuk tinggalkan ibu lagi… Allahu.. sepanjang perjalanan ke KL, aku menangis sendirian tanpa henti..

Selepas 2 hari kembali bekerja, aku sekali lagi dikejutkan dengan berita yang tidak menyenangkan hati.. Dikhabarkan ibuku kembali tidak sedarkan diri.. Tidak semena-mena aku terjelopok menangis di pejabat..

Abah cakap ibu semakin tenat.. Allahuakbar.. Dalam hati aku berdoa semoga ibu baik baik sahaja.. “Ibu tunggu angah balik jumpa ibu”

Dalam perjalanan pulang ke kampung, dapat berita abah pula dimasukkan ke wad kecemasan.. Terlalu memikirkan isteri tersayang semestinya.. Aku hanya mampu berserah padaNya.. Jaga mereka untukku Ya Allah..

Setiap kali bunyi deringan telefon, aku begitu takut untuk menjawab panggilan.. sungguh aku takut..

Lebih kurang sejam lagi untuk sampai, telefonku berdering lagi.. Lantas aku menjawab, suara esakan adikku kedengaran didalam talian.. “Ibu dah takde… Ibu dah takde” Allahuakbar Allahuakbar.. Jantungku seakan direntap, disiat, dilapah..

Aku menangis semahunya sambil berpelukan dengan kakakku.. Kami terus pulang ke rumah untuk menyambut jenazah ibu..

Sampai sahaja di rumah, aku mendapatkan abah dan memeluk abah.. Adik-adikku yang masih kecil turut menangis.. Kesian adik tak berkesempatan berjumpa ibu sepanjang ibu sakit di hospital sehingga lah ibu menghembuskan nafas yang terakhir..

Allahu.. sabar ya sayang.. Sebentar kemudian, van jenazah sampai di perkarangan rumah.. Aku hanya mampu melihat sekujur tubuh yang sudah kaku dihadapanku.. Aku harapkan ini semua hanyalah mimpi.. Tapi ternyata ini semua betul-betul terjadi..

Maafkan angah andai banyak salah silap angah terhadap ibu.. Sungguh angah rindu ibu.. Terlalu rindu..

Kadang-kadang termakan juga dengan kata-kata orang kampung.. kata mereka, disebabkan aku ada iras ibu, ibu yang akan meninggal dulu..

Bukan sekali kata-kata sedemikian keluar dari mulut mereka.. Bahkan berkali-kali.. Sehinggakan adikku yang berumur 8 tahun turut terpengaruh.. Sampai adikku menyalahkan aku di atas pemergian ibu..

Sedih hanya Allah yang tahu.. Tapi aku tahu dia tidak berniat sebegitu.. Dia pun terlalu merindui ibu.. Maafkan angah ye…

Setelah selesai pengebumian arwah ibu, aku kembali bekerja seketika sebelum aku mengambil keputusan untuk berhenti dan menjaga adik-adik tersayang.. Susah sebenarnya untuk aku menerima kenyataan pemergian arwah ibu dalam hidupku..

Dalam masa kurang 2 minggu je dari ibu sakit akhirnya pergi tinggalkan kami.. Aku tahu Allah lebih sayangkan arwah ibu.. Panjang sangat dah rasanya.. Nanti ada masa aku sambung lagi.. Al-Fatihah untuk arwah ibu..

– Aqila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *