Boring Cerita Zina Syok Sendiri

Sebagai seorang lelaki yang merupakan silent reader di page ni, aku pun terpanggil nak turut menyumbang sikit perkongsian pandangan aku bersesuaian dengan isu yang sesuai sangat dengan tajuk yang aku letak kat atas tu.

Para perempuan yang seolah berlumba-lumba bercerita kisah-kisah perzinaan kau dengan begitu detail sekali, dan isteri-isteri yang dianugerahkan dengan suami-suami tak guna @ biawak hidup, korang sedar tak apa persamaan korang?

Korang ni tak sekelumit pun cermin kekurangan diri. Muhasabah lah kesalahan sendiri. Tak malu ke malah macam berbangga bercerita tentang kisah perzinaan kau? Pelacur pun terima bayaran. Kau?

Serah free malah seolah macam berbangga ada kisah hitam yang sebenarnya turut menambat ayah dan adik beradik lelaki kau ke neraka dalam keadaan diorang tak sedar.

Budak-budak yang baca confession bajet insaf kau pulak akan terpahat atau embedded dalam minda separuh sedar diorang yang tidak mengapa ada kisah hitam. Sebahagian pengalaman hidup. Konon jangan lah masyarakat judge kami? Piirah.

Sebab tu bila berkahwin nanti dan dapat lelaki tak guna, panas baran, kaki kelepet duit, kau jangan bising.

Sebab masa bercinta kau tak ingat dunia. Gadai kehormatan kau kat jantan, ada kau fikir ayah kau? Ada terbayang wajah kecewa mak kau? Masa syok bercinta mudah emosional.

Belakang mak ayah menipu macam-macam. Janji asalkan dapat bersama si jantung hati. Lepas tu bila dia dah dapat kepuasan, kau kena tinggal.

Kau susahkan lagi pulak mak ayah kau dengan emo patah hati kau tu. Malah ada kes mak ayah pulak jadi mangsa lepaskan amarah frust kau kena perdaya dengan jantan.

Aku perhatikan perempuan-perempuan yang gagal rumahtangga dan dapat suami celaka ni memang kebanyakannya jenis bagai nak rak masa bercinta dan tak hirau mak ayah.

Kau tak payah rasa syok sendiri lah yang kau tak tergolong dalam golongan ni bila kau serah kehormatan kau kat jantan tanpa nikah, autom4tik kau berdosa pada mak ayah kau.

Kecewakan hati dan kepercayaan mak ayah walaupun kau syok sendiri perasan macam apa aku cakap ni salah dan cuba nafikan, jauh sudut hati kau, kau tau apa aku cakap ni memang betul.

Malah yang berkahwin dengan suami-suami celaka ni pun, mungkin 10% je yang mak ayah salah pilih. Selebihnya kau yang pilih sendiri. Sebab syok bercinta. Mak ayah nasihat pun tak bernilai.

Jadi kesimpulan nya mudah. Walaupun bukan semua, tapi dalam circle kehidupan aku, dah banyak kali
aku tengok. Perempuan yang dapat suami celaka sebenarnya perempuan tu sendiri berperangai celaka masa remaja atau sebelum kahwin.

Kau sakitkan hati mak ayah. Kau tak hirau nasihat mak ayah kau. Sebab boyfriend kau lagi utama masa tu kan? So kau ingat takde bayaran untuk perbuatan kau?

Sekarang ni kau rasa sakit hati pulak. Then bila diuji kesusahan dalam hidup kau sekarang, nak confess macam kau teraniaya?

Cuba kau cermin masa lampau kau dan renung hati mak ayah yang pernah kau guris dulu. Sekarang ni lah bayaran untuk kau. Please ada rasa malu bila confess.

Terima kasih…

– Lelaki Melayu Bukan Biawak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

One comment

  1. Ada betulnya apa yang awak cakap tu. Cuma bhg confess tu biasalah orang perempuan dia emosional..sbb dianugerahkan perasaan feeling yg kuat. Berbanding lelaki yg 1/10 nafsu dan emosi. Perempuan 9/10 nafsu dan emosi. Jd cara nk meluahkan perasaan mereka tu mmg agak serius.. jd kita sebagai pendengar, dengarlah dgn fikiran terbuka dan berlapang dada.. itu sifat perempuan. Bukan saya berpihak kepada perempuan tp adil lah kita dalam memberi hak. Bukan adil bererti sama rata. Tp sesuai dgn keperluan nua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *