Di Mana Aku?

Assalamualaikum.. Terlebih dahulu, aku ucapkan terima kasih untuk admin sudi siarkan kisah aku yang tidak seberapa ini.

Nama aku Nur. Aku berumur 25 tahun dan merupakan graduan dari sebuah ipta tanah air. Aku tamat pengajian pada akhir tahun lepas dan sekarang sedang melakukan perniagaan dalam talian.

Buat kali pertama aku siarkan kisahku hanya ingin meminta aura positif dari kalian. Ceritanya, aku mempunyai seorang teman lelaki. Perkenalan kami bermula dari sebuah persatuan di ipta.

Aku perkenalkan dia sebagai Mohd yang merupakan senior 2 tahun daripada ku. Mohd satu jurusan denganku dan satu daerah tempat tinggal denganku serta tinggal di kolej bersebelahan denganku.

Pada awal perkenalan iaitu bulan Oktober 2015, kami sekadar kawan biasa. Namun semakin hari, aku dan Mohd kian rapat sehingga aku mula bercinta pada Januari 2018. Iaitu 3 bulan setelah Mohd habis konvokesyen.

Ketika konvokesyen nya, aku turut hadir memandangkan jarak dewan dengan kolej ku tidak sampai 1 km.

Mohd sangat baik denganku. Memandangkan jarak rumahku dengan Mohd hanya 30 minit dalam daerah yang sama (Mohd kawasan hulu dan aku kawasan hilir), maka setiap kali majlis atau perayaan, pasti Mohd hadir.

Ketika Mohd di semester akhir, dia kemalangan sehingga kehilangan ⅓ gigi. Sebulan Mohd ignore kan aku. Namun aku setia di sisinya dan selalu whatsapp bertanyakan khabar memandang Mohd pulang ke rumah selama dia MC.

Setelah Mohd pulih, kami berbaik semula dan aku pernah keluar ke mall dengan Mohd dalam keadaan dia tiada gigi berulang kali tanpa rasa malu.

Memandangkan Mohd kurang kemahiran berkaitan permohonan kerja kosong, aku membantu dia untuk mohon pekerja.

Aku mula memohon jawatan kosong agensi kerajaan serta agensi-agensi lain dari Mohd berada di semester akhir sehingga kini. Dan Alhamdulillah, Mohd bakal mendapat temuduga tidak lama lagi.

Pada awal Mohd habis belajar, dia bekerja sebagai Perunding penapis air. Selepas sukar untuk mendapat klien, aku memberi idea untuk Mohd menjaga perniagaan kecilku iaitu aku mengambil upah membuat popia dan juga kek.

Setelah habis semester, aku berikan tugasan untuk Mohd mengambil upah goodies serta popia dari pelanggan-pelanggan tetap ku sepanjang aku sambung semester, aku memberi resepi perniagaan ku untuk Mohd lakukan.

Sekiranya Mohd mendapat tempahan, aku akan pulang ke kampung semalaman untuk bantu serta menghantar tempahan bersama-sama dengannya.

Oleh kerana permintaan goodies hanya bermusim, Mohd mula menjual air di tepi jalan dan pasar tani. Aku tak pernah berhenti memberi sokongan pada dia, bahkan aku bantu carikan konopi kecil untuk Mohd guna ketika meniaga.

Kemudian, Mohd dapat bekerja di stesen minyak, pun sama aku memberi sokongan padanya dan tidak ada rasa malu dengan apa jua pekerjaannya.

Setelah beberapa bulan, Mohd dapat tawaran bekerja di pekan kawasan tempat tinggal kami sebagai peniaga dalam talian sebelum mendapat tawaran pekerjaan di sebuah jabatan kerajaan sebagai pekerja kontrak.

Ketika Mohd mula bekerja di Jabatan kerajaan itu, aku sudah menghampiri hari konvokesyen. Aku tidak sedar akan perubahan diri Mohd.

Sehingga 7/6, seorang perempuan (aku namakan sebagai Nira) follow Instagram peribadiku dan tiga Instagram perniagaanku serta like gambar aku dan Mohd kemudian block Instagram peribadiku secara tiba-tiba.

Aku bertanyakan hal itu pada Mohd, namun dia diam dan tukar topik.

Sehingga aku berpeluang berjumpa dengan Mohd sebulan selepas itu, aku bertanyakan tentang Nira. Seorang gadis perwatakan lembut, berbaju labuh, sangat sopan di mataku.

Mohd menyatakan bahawa Nira merupakan perempuan yang diperkenalkan oleh keluarganya.

Untuk makluman semua, keluarga ku dan keluarga Mohd tahu akan hubungan kami. Nira gadis pilihan ibu Mohd. Tinggal di kampung berdekatan dengan Mohd iaitu dalam jarak 10 minit dan bekerja Perunding penapis air.

Aku sangat terkejut. Sehingga meminta untuk dengar pengakuan dari ibu Mohd sebab rasa umpama mimpi kerana aku pernah keluar bersama-sama ibu Mohd beberapa kali.

Ibu Mohd menghubungiku pada hari yang sama. Beliau mengaku memperkenalkan Nira dan berhajat ingin satukan Mohd dengan Nira kerana Nira tinggal berdekatan dengan rumahnya.

Sedangkan ibu Mohd tahu aku teman wanita Mohd, namun ibunya berkata, kami belum ada apa-apa hubungan serius. Katanya senang berurusan jika menantu dekat.

Untuk makluman, mohd anak bongsu daripada 5 adik beradik. 3 lelaki dan 2 perempuan. Semua sudah berkahwin kecuali Mohd.

Adik-beradik Mohd turut berkenan dan cadangkan Mohd memilih Nira. Mohd seorang anak dan adik yang sukar membantah arahan ibu dan adik beradiknya.

Mohd menerima semua aturan dari keluarganya tanpa fikirkan keadaan ku serta tidak memberi sebarang penjelasan dari awal kepadaku.

Sewaktu ibunya bertelefon padaku, beliau turut berkata padaku “jangan ganggu anaknya”. Ya, restu ibu itu penting dan aku tidak nafikan. Tapi di mana tempatku sepanjang 5 tahun bersama anaknya.

Aku menangis teruk. Selama ini, aku ada di sisi Mohd dari zaman universiti sehingga ke alam kerja. Aku sedar, aku hanya peniaga dalam talian, tidak berpakaian kemas kerana kerja ku menghadap telefon dan laptop sepanjang hari di rumah.

Aku pernah berbincang soal ingin membuat ikatan hubungan ku dengan mohd sewaktu dia terima kerja kontrak di jabatan kerajaan dan dia setuju untuk jadikan 2020 sebagai tahun kami sama-sama kumpul duit.

Dear Mohd, saya masih mengharapkan agar semua ini mimpi. Saya doakan semoga ibu awak nampak kewujudan saya selagi awak dan Nira tiada apa-apa ikatan.

Terima kasih sudi membaca dan mohon juga aura positif dari kalian semua.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *