Pengalaman Bersalin Normal

 

Assalamualaikum semua, ingat saya lagi tak? Saya pernah share kat sini pasal pengalaman saya bersalin czer. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/pengalaman-bersalin-czer/).

MasyaAllah ramai yang senasib dengan saya.. sampai 800 lebih orang share post.. terima kasih semua!

Seperti yang dijanjikan, kali ni saya nak cerita pengalaman bersalin normal pulak. Walaupun dah 4 tahun berlalu, kebanyakan details masih lagi segar di ingatan saya. Yelah, pengalaman pertama kali dalam hidup melahirkan seorang manusia ke bumi.

Pada satu hari, saya tengah makan keropok lekor atas katil. Bila bangun, terasa cam terkencing. Tapi saya yakin saya tak kencing.

Benda ni berulang ulang sampai la ada tompokan air jernih atas cadar. Sah, air ketuban bocor. Saya pun dah 39 minggu 5 hari. So, habiskan dulu keropok lekor sebelum ke hospital. Haha.

Pendek cerita, saya selamat admitted di wad sebab air ketuban bocor boleh bahayakan kandungan walaupun saya belum rasa contraction.

Saya dimasukkan branula warna hijau (jarum di tangan, boleh google rupa dia camne) untuk inject antibiotik. Masa nak masukkan jarum branula tu, hmmm sedapnye. Siapa tahu tahu lah. Hihihi.

Petang tu saya masih lagi hora horey, minum milo ais suami bawak, borak-borak, jalan-jalan tengok baby orang.. Ye lah masih naif lagi tak pernah beranak. Ko tunggu jap eh.. ko tunggu.. Haha.. Disebabkan saya tak rasa sakit contraction, doktor masukkan ubat induce.

Induce ni ubat dia besar sikit dari panadol actifast tu, dimasukkan ke dalam vagina sedalamnya. Induce ni akan merangsang pembukaan pintu rahim. Bukan pintu rumah Rahim Maarof.. Pintu rahim ibu lah.. hahaha hambar.. Tunggu 6 jam, tak sakit jugak. Masuk sebiji lagi..

Saya nak pesan, korang bakal ibu ibu takyah la percaya bila orang cakap makan planta dengan milo la, jalan itik la, minum minyak bagai nak cepatkan bukaan jalan. Tu semua tipu. Sebab saya dah cuba, memang tak jadi. (Bod*h gila time ni) haha.

Saya di induce kali ketiga. Baru rasa sakit datang. Perghhh… Time ni saya yang ayu cam Mia Adriana terus bertukar jadi Mak Leha waktu mengamok… Rasa nak terajang semua orang.

Pertama kali dalam hidup, saya rasa sakit yang amat sangat. Macam nak terburai perut, air mata sampai kering..

Contraction dah selang seminit, saya dah lembik.. Zikir Nabi Yunus saja yang terngiang kat mulut. Waktu ni memang tak ingat sapa dah. Ingat Allah je..

Suami kat sebelah memang tak ubah cam tugu negara. Takda function. Yang dia tahu, “tahan sayang, tahan.. sabaq la sayang.. sabaq..” Ko rasa ??? Haha.

Masa dalam labor room, saya nampak ada tong minyak sawit cap Vesawit yang 5 kg tu ada atas meja depan katil.

Saya yang tengah high sebab sedut gas entonox, berfikir “Adakah diorang nak goreng anak aku kejap lagi? Betul ke aku dalam hospital ni? Adakah aku dalam pusat pemerdagangan manusia??” kah kah….

Bukaan dah 10 cm, masa untuk meneran. “Ok puan, push !” Saya pun teran.. tapi tak kuat. Saya dah lembik tahan contraction selama 6 jam. Suami kat sebelah bagi semangat. Misi bagi semangat. Tapi saya betul-betul tak larat.

Time ni tak boleh pakai tudung, spek tak leh pakai, rambut takleh ikat. Ya jadi rupa saya sebijik cam hantu kak limah nak beranak. Berpeluh lencun dengan rambut menggerbang.

ERGGHHHHHH!

ERGHHHHHHH!

Saya meneran…

ZAAPPPPPPP!

Misi gunting vagina saya. Memang pedih. Suami saya saksi sendiri. Dia kata darah memancut meleleh masa gunting tu. Lalu beliau pun trauma..

Korang ingat tak minyak tadi? Ha.. misi lumurkan minyak penuh kat tangan dia lalu dia masukkan tangan dia dalam vagina saya sambil lumur-lumur. Macam ko lumur butter kat loyang kek takut kek melekat kan, ha camtulah dia buat. Hahaha..

Saya give up teran. Saya menangis rayu mintak czer. Lalu doktor ambil tangan saya dan letak di vagina saya. “Puan kena cuba!! Sikit saja lagi ni !!” kata doktor. Saya boleh rasa kepala anak saya dah di pintu faraj. Saya rasa rambut dia.

Dengan serta merta, macam cerita hero tamil hampir tewas tapi dapat semangat kembali lepas orang culik bini dia, macam tu jugak saya dapat kembali semangat saya. Saya teran sekuatnya!! ERGGHHHHYAKKKK!

Lalu keluarlah raksasa saya yang sulung. Diam. Tak menangis. Badan dia kebiruan. Misi letak atas dada saya. Tapi tak boleh lama. Sebab baby tak menangis. Lalu mereka bawa pergi anak saya.

Tapi tak lama lepas tu, saya dengar tangisan. Alhamdulillah.. Suami pun pergi untuk azankan baby..

Misi masukkan tangan (sepenuhnya) ke dalam vagina saya utk mencari uri. Rupa dia sebijik cam ko tengah cari handphone ko yang jatuh bawah katil. Haha. Uri keluar sepenuhnya dan mulalah upacara penjahitan.

Masa jahit memang pakai bius, tapi untuk isi dalam saja. Kulit ko tetap akan rasa sakit. Jadi, bersedialah untuk rasa dijahit hidup-hidup. Saya gigit baju saya, setiap kali jarum dicucuk. Terangkat angkat punggung menahan sakit. U

ntuk kali ke 12 saya tanya misi, ” Dah habis ke belum..?”

Misi pun dah annoyed nak layan soalan saya. Lalu beliau pun sambung menjahit.. Haha..

Selesai semua, saya dipakaikan pad dan ditolak ke wad bersama baby di sebelah. Masa ni rasa letih sangat-sangat macam baru lepas daki gunung eberes..

Selepas 6 jam rehat, saya dipanggil ke bilik pemeriksaan doktor. Waktu ni kena berjalan sendiri ye. Dengan kelajuan 0.5 cm per jam, saya berjalan.. Dah sampai, doktor seluk!!! Arghhh…

Bayangkan ko baru lepas jahit, orang selukkan jari dalam tu. Huhuhu nikmat dik. ‘Nikmat’. Tapi prosedur ni memang perlu utk check darah beku. Doktor akan goncang goncangkan perut ko sambil seluk..

Semua ok, balik ke katil semula. Waktu ni sangatlah lapar. Kalau dihulur kfc bucket 15 ketul, saya yakin saya boleh habiskan. Tangan pun menggeletar..

Maka datanglah hero saya yang masih trauma dengan kejadian gunting, bawakkan nasi panas dan masak asam ikan nyok-nyok, hehe.

SELESAI..

Kalau korang tanya, mana satu lagi perit, bersalin normal atau czer?

Bagi saya normal lebih perit.. sebab masa dalam pantang, luka faraj saya sukar baik. Saya menderita jugaklah.

Lepas bersalin czer 3 hari saya dah boleh duduk bersila sambil uruskan baby.. dan saya rasa lebih cergas berbanding pantang bersalin normal. Alhamdulilah, walaupun luka czer panjangnya 10cm, lebih mudah dijaga berbanding luka di faraj..

Ok bye, Assalamualaikum kawan-kawan..

– Mak Raksasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *