Aku Seorang Skandal II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-seorang-skandal/).

Assalamua’laikum semua. Nama aku A (seorang lelaki). Terima kasih sudi baca kisah aku dan bagi aku kata-kata semangat. Alhamdulillah, aku dah baca semua 685 komen bantu aku terus kuat sampai hari ini. Terima kasih semua.

Untuk part 2 ni aku nak cerita sikit tentang hikmah yang aku dapat dan juga nak ucap terima kasih pada semua. Tiap kali aku hampir jatuh aku selalu akan ingat nasihat kalian dan buat aku jadi lebih kuat. Alhamdulillah terima kasih semua.

Walaupun masa PKP dulu S ada juga cuba untuk contact aku, tapi aku masih tidak reply dan tidak jawab panggilannya. Aku dah mula dengan hidup aku yang dulu seperti sebelum aku kenal S. Aku lebih kerap bersukan dan luangkan masa dengan keluarga.

Lately, aku selalu dengar orang cakap sesetengah perempuan suka lelaki naik kereta Honda dan mungkin betul juga sebab S dan M mula rapat selang beberapa bulan M beli Honda Jazz.

Sebelum tu tak pernah depa sembang pun. Lagipun M pun juga beli iPhone 11 pro (guna kad kredit). Memang mudah kan S jatuh hati pada M.

Pada mei lepas, kami dah mula bekerja. Jadi pada awal tempoh tu, agak sukar bagi aku nak hadap S dan M kerana kami satu department. Aku kadang tu ada juga rasa jeles tengok depa mesra bersembang. Dah la meja S betul-betul dekat dengan meja aku.

Aku cuba cari kekuatan untuk hadap semua ni, aku mula ubah cara hidup dan dress up aku. Aku kemas meja aku, buang semua berkaitan dengan S. Aku juga pastikan meja aku kemas dan teratur untuk kurangkan kekusutan.

S memang ada juga cuba juga nak gurau dengan aku tapi memang aku tak pernah senyum atau layan dia. Aku cuma pass kertas mcm tu ja. Dia tanya satu aku jawab satu semua berkaitan kerja saja. Memang sangat susah tapi aku terpaksa untuk kebaikan diri aku sendiri.

Demi untuk menutup salah S, dia beritahu kawan-kawan dia yang B tinggalkan dia untuk perempuan lain dan aku pula yang abaikan dia. Tapi aku diam ja walaupun aku tahu cerita yang sebenarnya.

Aku yakin S boleh kalau nak tipu semua orang tapi bukan diri sendiri. Jadi aku biarkan je la S nak menipu untuk puaskan hati dia sendiri, aku hadap ja semua.

Fast forward, S dan M dah mula tunjuk yang mereka ni couple. Kadang datang kerja sekali dengan Honda milik M. S dan M pun masing-masing pernah buat story gambar masing-masing.

Aku tak follow mereka tapi ada la kakak-kakak yang beritahu aku. Ramai juga simpatikan aku sebab sebelum ni mereka tahu aku pernah bersama S.

Dalam tempoh move on, aku belajar banyak perkara. Aku mula sedar sebenarnya kita sebagai manusia ni terlalu banyak nikmat yang kita patut bersyukur jika kita mahu bersyukur. Aku cuba listkan apa hikmah dan nikmat yang aku dapat dari kisah aku.

Pertamanya, aku mula lihat perubahan dalam hidup aku bila aku dekatkan diri dengan Allah. Aku suka ayat ni “bila kita baiki solat kita, Allah akan baiki hidup kita”.

Allah permudahkan segala urusan kehidupan aku dan aku capai banyak sangat bagi aku lifetime achievement yang dah lama aku impikan dalam tempoh hanya beberapa bulan ini.

Pertama ibadah, jadi sebelum ni aku solat kadang dalam keadaan tergesa-gesa. Aku ubah cara aku aku mula solat dengan hayati bacaan, aku dapat rasakan isi dalam solat aku. Tiap kali lepas solat aku akan wirid kalau sebelum ni aku hanya istighfar dan terus berdoa.

Aku banyakkan solat sunat untuk peroleh kekuatan dariNya, alhamdulillah aku mampu konsisten solat dhuha 4 rakaat setiap hari.

Aku juga akan bangun tahajjud pada pagi. Kalau aku rasa rajin, aku akan buat sekali solat sunat hajat, taubat dan istikharah. Alhamdulillah aku sekarang tak perlu set jam lagi, aku akau autom4tik terbangun antara jam 3-4 pagi.

Pada bulan ramadhan, aku dapat nikmat solat terawih berjemaah bersama keluarga. Kalau dulu tak pernah sekali pun aku dan keluarga solat terawih berjemaah di rumah. Kami adik beradik bergilir ganti menjadi imam dan bilal. Alhamdulillah mampu konsisten sampai habis ramadhan.

Aku juga diberi kepercayaan untuk mengimamkan solat sunat aidilfitri pada syawal lepas bersama 3 keluarga lain. Alhamdulillah pengalaman baru yang Allah kurniakan pada aku.

Kedua Al-Quran, kalau dulu aku cuma baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Sekarang aku dah amalkan 3 surah harian aku iaitu Al-Mulk, As-Sajadah dan Al-Waqiah. Alhamdulillah konsisten dan secara autom4tik aku dah hafal pun surah-surah tu.

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah khatam bacaan Al-Quran. Masa PKP tu aku guna masa yang sebelum ni aku guna untuk call, mesej atau video call bersama S dengan membaca Al-Quran dan alhamdulillah aku dah khatam bacaan Al-Quran buat pertama kali dalam hidup aku.

Ketiga puasa sunat, sebelum ni aku cuma berpuasa pada certain tarikh yang disunatkan berpuasa sahaja. Tapi sekarang alhamdulillah aku kadang saja-saja pun berpuasa pada hari isnin atau khamis.

Alhamdulillah pada syawal lepas aku juga berjaya puasa sunat 6 hari yang aku tak pernah capai sepanjang hidup aku.

Keempat rezeki, alhamdulillah aku dikurniakan dengan keluarga dan sahabat yang selalu memahami aku. Adik aku yang 10 tahun tiap kali lepas solat dia cakap dia doakan aku bertemu jodoh. Aminn hehe.

Sebelum ni aku simpan duit mungkin untuk berkahwin, tapi aku dah guna untuk beli rumah pertama aku memandangkan interest rate sangat rendah disebabkan PKP.

Alhamdulillah di usia 25 tahun aku dah beli rumah sendiri dan mempunyai sebuah kereta myvi secondhand (tanpa hutang).

Baru-baru ni aku pun dapat offer untuk design baju dan banner untuk satu igshop ni padahal aku tak pernah pun buat apa-apa design berbayar ni sebelum ni.

Betul lah rezeki takkan pernah salah alamat. Alhamdulillah aku bersyukur. Bab rezeki ni kalau nak cerita banyak lagi Allah kurniakan tapi cukup aku cerita yang ini.

Kelima diri sendiri, sebelum ni aku selalu cakap yang aku ni tak hensem dan sebagainya. Tapi secara tak sedar aku sendiri yang buatkan diri aku down. Aku cuba ubah diri aku.

Aku mula yakin yang sebenarnya hensem atau tak ini subjektif, tidak semua orang sama hehe. Sekarang aku dah mula ada keyakinan diri dan tidak terlalu pemalu lagi.

Sepanjang PKP aku ada banyak masa, aku sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti untuk elakkan aku teringat akan S. Antaranya adalah memasak. Alhamdulillah pelbagai resepi dan sk1ll memasak aku telah pelajari.

Aku pun sekarang selalu memasak untuk keluarga. Hampir semua yang aku idamkan, aku dapat sediakan sendiri. Hampir setiap pagi aku akan sediakan sarapan untuk adik-adik dan bekal untuk aku ke tempat kerja.

Alhamdulillah banyak sangat hikmah yang aku terima dalam membaiki diri aku ke arah yang lebih baik dari sebelumnya . Aku sedar yang banyak nilai-nilai dalam hidupku yang sebelum ni aku hanya melihat akan kekurangan aku sahaja.

Dekati diri dengan Allah, insha’Allah akan dikurniakan kebahagiaan yang tidak terhingga. Jangan ukur kebahagiaan dengan neraca nafsu, kerana nafsu tidak akan pernah puas.

Soal jodoh, aku serahkan pada Allah. Dulu aku pernah usaha sendiri dan aku kecewa. Aku dah penat hidup mengikut nafsu semata-mata. Sekarang aku letak sepenuhnya pada Allah.

Dalam surah An-Nuur ayat 26, Allah berfirman perempuan yang baik untuk lelaki yang baik insha’Allah. Maka usahalah perbaiki diri sendiri, insha’Allah jodoh kita pun sama-sama sedang perbaiki diri. Doakan aku dapat jodoh yang baik insha’Allah. Amin.

Aku pun dah berhenti ambil tahu tentang S dan M kerana aku percaya Lagi dalam kita selam, lagi kita akan lemas. Keluarlah, udara di daratan lebih menyegarkan.

B sekarang aku nampak bahagia dengan pasangan barunya. Memandangkan B anak tunggal, dia sudah mempunyai rumah sendiri. B pun baru-baru ni aku dengar dia dah beli kereta Honda City. Aku harap dia terus bahagia hingga ke syurga.

Terima kasih sudi baca kisah aku yang tak seberapa ni. Aku doakan kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah. Aku minta maaf atas kenaifan aku sebelum ni.

Terima kasih atas nasihat-nasihat kalian yang banyak membantu aku. Doakan aku berjaya dan terus kuat untuk hadapi ujian ni. Amin. Assalamua’laikum.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *