Awas, Jodoh Seeker!

Assalamualaikum. Namaku Ana, janda anak dua, berusia 30an. Aku wanita yang bekerja dalam sektor awam. Apa yang hendak aku kongsikan ini diharapkan bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang sedang mencari jodoh.

Zaman sekarang ni, ramai yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk mencari jodoh dan aku tidak terkecuali.

Semasa PKP dulu, aku diserang kebosanan yang amat, jadi aku putuskan untuk berkenalan di media sosial untuk mencari jodoh. (Ya lah, dah 9 tahun menjanda, why don’t I give myself a try?) Fikirku, itu salah satu usaha untuk mencari jodoh.

Aku pon berkenalanlah dengan beberapa orang lelaki, tapi bukan dalam masa yang sama, yer.

Benarlah kata orang, perkenalan di laman sosial (to be spesific laman cari jodoh) penuh dengan tipu daya. Tapi, aku tak nafikan ada yang berjodoh dan perkahwinan mereka kekal sehingga kini.

A adalah lelaki pertama, duda ank satu. Berkereta import. Agak kacak dan multisk1ll gitu. Katanya pernah bekerja di luar negara dan mengirimkan beberapa gambar semasa bekerja di sana dulu.

A sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengan orang tuaku. Ibu bapaku juga berkenan padanya kerana A pandai mengambil hati orang tua.

Aku bertindak menyelidik A tanpa pengetahuannya menggunakan nombor plate kereta yang dipandu semasa berkunjung ke rumah orang tuaku.

Aku dapati A berbohong tentang banyak perkara. Tiada rekod perjalanan ke luar negara, pernah bekerja sebagai bodyguard dan ada rekod memiliki senjata. Bekas isterinya juga masih hidup. A berbohong pada semua orang bahawa dia bercerai m4ti.

Aku bersahabat dengan A seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku, tetapi dalam masa yang sama aku tidak memberi harapan pada A. Aku terfikir, apa lagi yang dia rahsiakan @ bohong?

Aku semakin berjaga-jaga apabila ada orang yang mengatakan antara tanda fizikal penagih *ice* ialah gigi depan rosak… dan memang A mempunyai gigi depan yang rosak.

Bicara A memang sangat meyakinkan. Kereta import yang A pandu rupanya didaftarkan atas nama seorang perempuan, bukan milik A seperti yang didakwa.

Lelaki kedua pula B. B masih muda, bujang dan mempunyai pekerjaan tetap di sektor awam. B sudah stabil dari segi kewangan dan sudah mempunyai rumah.

Walaupon masih muda, B sangat serius untuk berkahwin dan tidak kisah jarak umur kami. Yang ini tidak perlu menyiasat kerana B berterus-terang sahaja.

B mempunyai wajah yang babyface, tubuh tinggi lampai dan tidak hairanlah ramai wanita yang respon di akaun FB nya. B mendesak agar aku memberikan nombor telefon dan alamat rumah.

Aku jadi bimbang kerana B nampak nekad walaupon berkali-kali aku katakan lebih baik dia cari calon yang lebih muda dan lawa. Aku tak boleh menerima B kerana aku bimbang B tidak mampu menjadi suami yang boleh membimbingku.

Masakan tidak, B mengakui pernah terlanjur semasa masih di bangku sekolah menengah dan B ada sisi hitam lain dalam hidupnya.

Lagipon, takkan lah B berminat pada aku yang berpakaian muslimah dan tidak bermake-up seperti ramai wanita cantik di luar sana.

Aku cuma dapat menasihati B supaya betul-betul berubah kerana aku sebagai isteri tidak mungkin boleh membimbing seorang suami. B terus block aku.

Lelaki ketiga pula aku namakan C. C banyak mencuri perhatianku melalui posting ceramah keagamaan di laman FB miliknya. Semua yang B kongsi seolah-olah menampakkan C seorang yang beragama.

Aku fikir aku telah berjumpa lelaki yang kuidamkan, kerana C sangat sederhana orangnya. Aku rasa macam dah jatuh cinta pada C walaupon tidak pernah bersua. C tak kacak tapi pernah berkhidmat di sekolah tahfiz.

C bagitau dia tiada calon lain selain aku dan C ingin bertemu orang tuaku. Aku tak kisah C berpendapatan kecil, kerana yang penting dia sediakan nafkah yang wajib.

C juga lebih tua dariku dan kelihatan sangat matang. C kerja overtime sebab C bagitau C mahu kumpul duit supaya boleh cepat-cepat berkahwin denganku. Aku fikirkan C lurus orangnya.

Baru-baru ini, C memberitahuku C akan masuk hutan bersama kawan lamanya selama beberapa hari, jadi aku tak banyak soal kerana aku memang tahu itu hobi C.

Aku ingatkan C pasti akan menghubungiku setelah keluar hutan nanti. Rupa-rupanya C menghubungiku dengan menghantar sekeping gambarnya bersama wanita pilihan hatinya di atas jambatan gantung.

C bukan masuk hutan tapi C bertemu kekasih hati. C hanya menghantar sekeping gambar itu dengan permintaan maaf. Belum sempat aku balas, C terus blok aku.

C juga create akaun FB baru dan letakkan gambar mereka bedua di situ. Aku rasa sedih dan benar-benar dipermainkan.

Begitu permainan C, aku bertindak menghubungi wanita dalam gambar kerana sudah pasti mereka berhubung melalui FB, bukan untuk menyerang tapi untuk mengingatkannya supaya berhati-hati dengan C.

Tetapi wanita itu sangat positif dan memaafkan semua kesalahan C. Katanya itu semua sudah ketentuan Allah.

Aku hilang kata-kata, semua ditepisnya dengan hujah keagamaan, sebab profil background wanita itu di FB ada tertulis dia mengajar di sekolah agama dan bekas pelajar sekolah agama.

Wanita itu mengakui dia telah pergi berjumpa dengan keluarga C pada hari yang sama. Aku agak musykil kerana kesanggupannya pihak perempuan pergi ke tempat lelaki, memang inikah caranya?

Tidak pula mereka menjaga iktilat?

Terus bergambar berduaan dekat-dekat dan diletak dalam FB dengan caption Humaira kesayanganku. (bukan nama wanita itu Humaira tetapi aku kenal betul penulisan C yang nak kaitkan gelaran humaira dengan kisah nabi).

Untuk pengetahuan pembaca, C juga pernah memanggilku dengan gelaran yang sama, ucapan sayang dan rindu itu biasa sebelum hari kejadian. Tetapi aku selalu ingatkan aku tidak setuju dengan gelaran itu selagi belum berkahwin.

Jika wanita itu membaca confession ini, ketahuilah C selalu terlepas solat subuh dan solat fardhu yang lain bila tidur seharian apabila penat bekerja.

Aku tidak cemburu pada wanita itu walaupun C memilih dia, bukan aku. Tipu la malam itu aku tak sedih tiba-tiba dapat pesanan WhatsApp kata putus dari C sebelum dia block aku. Tapi, setelah aku berfikir semula, terlalu banyak hikmahnya atas semua yang terjadi.

Untuk pengetahuan pembaca, C juga kehilangan gigi bahagian depan seperti A. Bukan nak bersangka buruk, tapi mungkin pembaca juga boleh jadikan peringatan. Aku membuat kesimpulan, semuanya kerana Allah nak selamatkan aku.

Aku telah berjanji pada diriku itulah perkenalan terakhir di laman media sosial. Aku tidak sekali-kali menolak jodoh. Jika tiada jodoh, itu juga adalah yang terbaik untukku, kerana Allah Maha Mengetahui.

Aku serahkan urusanku bulat-bulat pada Allah (amalkan ayat 44 surah Al- Ghafir), selepas usaha, istikharah, doa dan tawakkal. Hanya kepada Allah kita meminta.

When you get something that you want, that is God’s direction,

When you don’t get the thing that you want, that is God’s protection.

Maaf sekiranya terlalu panjang.

– Farah Sufiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *