Pinjaman Wang Berlesen

Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih sekiranya IIUMC siarkan tulisan aku untuk semua pembaca. Aku rasa ramai orang tahu dan ada juga yang kurang tahu apa itu pinjaman wang berlesen (PWB).

Pinjaman wang berlesen a.k.a ahlong berlesen. Kenapa aku cakap ahlong. Biar aku ceritakan pengalaman aku jadi penghutang dan harap kalau ada yang berhasrat nak meminjam tu. Boleh batalkan niat korang.

Macam mana aku boleh pinjam dekat (PWB) ni? Biar aku ceritakan sedikit tentang hidup aku.

Umur aku 24 tahun waktu aku pertama kali buat pinjaman. Sebab utama aku nak tolong Boyfriend aku.
Aku bekerja sebagai Asisstant Planner dekat 1 syarikat. Gaji aku dalam lingkungan RM1500-RM2000 sebab aku baru saja kerja.

Bagi perempuan bujang yang tak ada komitmen macam rumah sewa, kereta atau bil – bil bulanan, gaji aku tu selayaknya terlebih cukup. Tapi boyfriend aku pula yang ada masalah duit.

Bf aku biar aku namakan dia P. P bukan tak ada kerja. P kerja di bahagian logistik. Cuma gaji P tak berbaloi dengan kerja nya.

Gaji P dalam lingkungan gaji aku juga. Tapi untuk lelaki bujang. Untuk sara diri sendiri dengan gaji macam tu sepatutnya juga tak ada masalah kerna dia juga kurang komitmen.

Masalah bermula bila mak P minta P untuk bayarkan hutangnya yang dulu.

Dulu mak P ada berniaga dan mereka ada berhutang dengan kedai di mana dia beli bahan2 mentah, tapi akhirnya perniagaan mak P tidak berhasil dan hutang2 pula yang meninggi.

P berusaha bayar dan habiskan gaji sebulan. Tapi tidak cukup. Kedai tu cuma bagi tempoh beberapa bulan atau mereka akan failkan saman.

P meminta tolong aku. Aku yang ada sifat belas ihsan pun tolong P. Gaji aku dan P habis untuk bayar hutang tapi masih belum langsai.

Jadi P mula meminjam dengan kawan2, mak ayah saudara.

Untuk makluman, P ni anak tunggal, jadi cuma dia yang ada untuk bantu mak nya. Bulan ke bulan, kitaran gaji aku dan P hanya untuk bayar hutang. P buat 3 kerja untuk dapatkan duit lebih tapi masih tak habis segala hutang.

Bila dah selesai hutang kedai tersebut, hutang orang lain pula yang meninggi. Dan P mula terjebak dengan Pinjaman wang berlesen tanpa pengetahuan aku.

Permohonan sangat mudah lulus dsbabkan P kerja tetap dan gajinya masuk di dalam akaun bank.
Itu syarat utama jika ingin memohon.

Disebabkan itu, hutang P makin bertambah hingga kadang2 tak ada duit untuk makan seharian.

Sama la aku. Semua duit aku beri pada P untuk langsaikan hutang. Niat ku hanya 1, ingin P cepat2 langsaikan semua hutangnya dan aku dan dia boleh fokus untuk simpan duit kahwin.

Bulan ke bulan semakin teruk. P mencadangkan aku untuk buat pinjaman yang sama iaitu Pinjaman wang berlesen.

Pada mulanya aku membantah. Tapi kerana tak nampak jalan lain, aku pun buat juga pinjaman tu.

Aku kena sediakan slip gaji 3 bulan, bil api dan air 3 bulan dan 3 perlu beri 3 nombor orang terdekat aku.

Staff tu pun mula check semua yang aku bawa dan ketika itu juga dia hubungi 3 nombor yang aku beri untuk sahkan yang aku tak beri nombor tipu.

Nombor ibu, ayah dan kawan baik aku dihubunginya dan dia berkata dari insurans dan aku mahu ambil polisi insurans.

Selepas diteliti, akhirnya pinjaman aku diluluskan. Aku meminjam RM2000 dengan interest yang sangat tinggi.

RM2000 setelah tolak interest, aku cuma dapat dalam RM1700 saja. Bulanan pula RM 257 selama 10 bulan. RM275 X 10 bulan = RM2750!

Mereka untung RM750 setiap seorang peminjam. Lagi 1, kad bank kena serahkan kat diorang.

Jadi diorang akan keluarkan duit gaji kita, ambil bahagian diorang dan kita sendiri kena ambil gaji di agensi tu.

10 bulan tak terasa, lagi beberapa bulan nak habis, aku buat lagi pinjaman sampailah terakhr bulan 8 tahun lepas. Hampir 3 tahun itu pun sebab aku dah break dengan P.

Nampak macam tak ada apa kan. Meh aku cerita apa yang jadi selama aku jadi penghutang.

Setiap bulan, kalau gaji lewat dari 1 hb, akan ada banyak nombor yang telefon korang. Tak cukup nombor korang, nombor office, nombor mak bapak korang pun diorang akan call untuk pastikan kita tak lari.

Macam mana aku cekalkan hati untuk berhenti berterusan pinjam? Bila mana diri tak pernah rasa bebas. Tak ada kad bank. dan mak ayah mula curiga sebab kerap insurans call tanya kan aku. Kalau aku pun curiga.

Dah kenapa insurans call kerap sangat tapi tak ambil2 pun insurans tu. And sebab utama mestilah sebab sampai bila nak berhutang?

Aku buat keja partime jadi tutor budak sekolah rendah and ikat perut semata tak nak berhutang lagi.

Rasanya setakat ini saja penyampaian aku. Apa jadi kat P?

Aku dengar lepas aku minta putus, dia berhenti kerja dan cari kerja lain yang gaji lebih sesuai. Dia ada mesej aku yang dia akan tebus semua balik tapi aku tak endahkan.

Sekian…

– MEMEN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *