Assalamualaikum dan hai. Kali nie Aku nak kongsikan kejadian yang beri 1001 pengajaran. Agak panjang tau, so harap korang steady ja dan baca dengan penuh nikmat. Let’s start.
Apa yang ingin aku kongsikan adalah suatu kejadian yang pernah aku hampir tersasar kerana ikut nafsu, kini menjadi antara hikmah yang paling aku syukur hingga ke hari ini.
Sedikit ringkas tentang aku, aku merupakan pelajar dari sekolah agama yang studentnya semua perempuan di negeri belah utara.
Ya, walaupun keluarga kecil aku bukan dari golongan yang agamawan, background pendidikan aku sedikit banyak bentuk aku jadi manusia yang in shaa Allah jadi lebih baik.
Bagaimana boleh berlaku?
Disini jelas lagi nyata ingin aku katakan, jangan salahkan tempat aku belajar atau mereka yang membesarkan dan mendidikku, kerana yang salah itu adalah keb*d*han aku sendiri bukannya berpunca dari mereka.
Awalnya, aku belajar di situ dalam keadaan terpaksa memandangkan mak abahku mahu aku mendapatkan pelajaran agama yang lebih mendalam,
Mungkin disebabkan aku pernah menyatakan hasrat untuk pergi ke sekolah menengah hanya dengan memakai sejenis gaun sekolah tu yang kadang2 non Muslim pakai,
lagi pula kekangan pendidikan agama secara mendalam di negeri bawah bayu, membuatkan mak abah menghantar aku ke Semenanjung untuk belajar di sana dengan jagaan datuk dan opahku.
Bayangkan peritnya rasa bila dari lahir sehingga kau tamat UPSR, tak pernah sekalipun berenggang, tiba-tiba dihantar ke sana tanpa beri sebab kepadaku.
Setiap hujung minggu, aku hanya mampu lihat keluarga rakan2 lain berkelah didepan asrama sedangkan aku pula hanya mampu menelefon dan meminta untuk dipindahkan sekolah (terpaksa tahan menangis sebab mak tak bagi telefon kalau menangis).
Mak abah selalu pujuk untuk bertahan belajar disitu, sememangnya culture shock untuk aku yang terpaksa berdikari uruskan diri sendiri tanpa mak abah disisi.
Kenapa aku dibiarkan forever alone gitu?
Opah dan datukku sejenis yang tidak suka terlalu melayan kerenah manjaku yang ingin mereka datang melawatku, mereka sangat tegas dan hanya datang apabila aku pulang untuk bercuti atau ada benda penting yang aku kirim.
Kadang2 nak minta mereka hantar duit belanja pun aku berkira2 nak bagi alasan apa, tambah pula mak abah pesan jangan selalu susahkan mereka.
Dalam aku terpaksa hadap rutin culture shock disekolah tersebut yang sangat2 menjaga kami dengan peraturan yang ketat (maklumlah semua anak2 perempuan yang diamanahkan),
Akhirnya perlahan2 aku mula dapat adapt dengan suasana asrama, sistem pembelajarannya, timing untuk uruskan diri dengan baik, semuanya dengan bantuan kawan2 dan sesetengah senior di dalam dorm.
Seperti yang aku katakan, disekolah kami sangat2 titikberatkan batasan pergaulan dan peraturan yang ketat, ditambah pula dengan opah dan datuk yang begitu tegas, jika aku pulang bercuti sekalipun, aku tidak dibenarkan untuk keluar rumah sebarangan kecuali berteman.
Tambah pula, datukku yang juga merupakan orang penting masjid, buatkan aku lebih berjaga2 untuk tidak cemarkan nama baiknya.
Ketika itu, jujur aku katakan, aku tidak memberontak kerana dikawal ketat sebegitu, mungkin disebabkan kebiasaan yang dibentuk dari sekolah buatkan aku okay dan selesa ja duduk di rumah.
Hinggalah berlakunya kejadian hitam yang pertama dalam hidup aku ketika di tingkatan 3, apabila berkenalan dengan seorang lelaki yang ketika itu tua setahun dari sekolah lain.
Aku berkenalan melalui kawanku sendiri, yang asalnya hanya mahu tambah koleksi kawan.
Aku pula yang sememangnya tiada kawan lelaki sejak bersekolah disitu, mulanya jadi kekok untuk berhubungan.
Disebabkan aku dan dia menetap diasrama, kami hanya berhubung melalui telefon Nokia yang kalau baling kat orang tu boleh buat orang koma hehehe, setiap kali balik bercuti.
Mak abah serta opah dan datukku tidak mengetahui hubungan ini, mahu mengamuk sakan mereka kalau tahu. Lama kelamaan hubungan kawan mula bertukar jadi lebih dari itu.
Terukkan aku? Semudah itu saja aku mula goyah walaupun dah dijaga dengan bekalan agama yang cukup.
Kami menjadi semakin rapat sehinggakn aku kadang2 curi2 telefonnya ketika di asrama, mujur tak kantoi. Hurm teruk tau Aku.
Kami juga mula bertukar2 surat dan dia juga kadang2 mengirim hadiah melalui kawanku secara sembunyi selepas pulang dari bercuti. Aku rasa bahagia sangat masa tu, rasa mcm disayangi. Puih. Huhuhu naif betul.
Mak abah mula perasan dengan tingkahku apabila aku bersama mereka ketika musim cuti sekolah yang panjang. Mak pernah tegur aku sering menghabiskan kredit dalam tempoh yang kejap dan kerap tidur lewat kerana menghadap telefon.
Ok, masa nie mulalah aku rasa berontak tu walaupun tak sampai tahap macam nak lari rumah ka apa. Aku selalunya akan tarik muka atau berkurung di bilik untuk tunjuk protes.
Ya Allah, berdosa betul Aku. Sebab seorang lelaki yang baru hadir dan entah siapa dia pun, aku buat mak abah macam tu.
Ye benar, sepanjang tempoh perkenalan kami, kami memang tidak pernah berjumpa. Atas sebab kawalan opah dan datuk dan sebab aku juga tidak berani untuk share hubungan kami. Berkali juga dia minta untuk berjumpa, tapi alhamdulillah,
Allah masih syg aku, aku cuma minta untuk berhubung di telefon atau Surat saja. Aku masih tidak punya keberanian untuk berhadapan dengan opah dan atuk kalau mereka tahu ttg perkara ini.
Hubungan kami yang aku sangkakan bahagia sangat tu, akhirnya diuji apabila longgokan surat2 dari dia dirampas ketika spot check asrama diadakan. Aku dah sorok kat port baik dah, tapi tulah benda jahat, sorok lah celah mana pun, pasti kantoi juga.
Honestly, aku takut sangat bila tahu surat kena rampas, sebab aku nie bukanlah kategori pljr baik sangat dan jgk bukan nakal sangat sampai selalu keluar masuk jumpa cikgu disiplin. First kes disiplin yang pernah aku lalui, dan buatkan aku ‘tersedar’ jgklah masa tu.
Kawan2 terdekat yang tidak tahu surat aku dirampas akhirnya tahu apabila surat aku dibaca oleh ketua umum asrama di khalayak pelajar asrama selepas selesai spot check dijalankan.
Meskipun nama aku tidak disebut, cukup buat aku rasa malu sangat dengan tindakan b*d*h aku.
Bukan malu saja yang aku hadap, aku sangat takut kalau isu surat cinta aku nie sampai pada mak abah, opah dan atuk. Aku sampai menangis depan kawan2 rapatku sebab terlalu takut. Aku siap cakap, biarlah aku didenda, asalkan mereka tak tanggung malu sebab aku.
Sumpah, hanya Allah ja tahu takutnya dan malunya aku masa tu. Aku mula rasa insaf sekejap, jadi bila balik cuti aku ceritakan apa yang berlaku dan aku rasa aku patut hentikan semua nie. Aku tak nak kejadian yang sama berulang lagi.
Sekali lagi, aku tewas dengan pujuk rayu palsu dia. Aku masih teruskan hbgn itu dengan lebih berhati-hati. Dia masih kirim surat meskipun berkali Aku pesan jangan dikirim kerana takut dirampas. Tapi, sayang cinta monyet bagai, aku terima ja.
Sampailah aku tahu akan ada spot check lagi, jadi aku fikir konon dengan bijak yang aku perlu sorokkan di dalam kelas, bukan di asrama. Aku silap. Spot check yang dilakukan bukan di asrama, tetapi di kelas.
Aku pulak tidak sempat berbuat apa2 kerana ketika itu berada di toilet. Kali kedua, surat aku dirampas tapi kini dirampas oleh cikgu disiplin.
Allahu, getar badan aku bila lihat surat2 yang konon aku nak sorok, dirampas depan mata. Aku terbayang terus wajah mak abah, opah dan atuk.
Aku rasa diri aku tak berguna ketika itu, kerana sudah kecewakan dan malukan mereka. Sudahlah sesetengah guruku disitu mengenali dan berkawan baik dengan atuk.
Makin hancur hati aku memikirkan tindakan b*d*h aku. Suratku itu dibaca ketika di perhimpunan oleh cikgu bertugas, walaupun tak disebut nama aku, tapi amaran yang diberi sangat berbekas dan menusuk tepat ke hati aku.
Kawan2 ku pujuk dan beri pesanan supaya hentikan hubungan itu tapi untuk aku sukar disebabkan rasa sayang itu. Aku berbelah bahagi. Isu surat cinta aku terkantoi kali kedua ini menjadi sindiran kawan2 kelas disebabkan geng pengawas dikelasku telah mengetahuinya.
Sekali lagi, walaupun namaku mula dijadikan sindiran, Allah masih tutup aibku pada orang tuaku dan opah atukku. Tapi itu hanya pengajaran sementara buat aku.
Aku mula bertindak agresif apabila memaksa mak abah untuk memindahkan aku ke sekolahnya apabila masuk tingkatan 4 nanti. Aku betul2 sayangkan dia hingga ikut saja permintaannya untuk pindah ke sekolahnya. Siap dia plan untuk senang kita dating.
Ok nie betul2 aku tak bijak sebab buta dengan apa yang dia dok plan. Mak abah ofkos tak izinkan aku untuk berpindah.
Satu sebab tarbiyah disekolah tu tersangatlah tiptop, dua sebab tak nak malukan opah dan atuk yang dah susah jaga aku sejak form 1, tiga mereka bimbang dengan keselamatan aku sbbkan sekolah yang aku ingin pindah agak jauh dari opah atuk.
Dan kali nie aku betul2 memberontak sampaikan tak nak makan, selagi mak abah tak izin untuk aku pindah. Hurm, teruk sangat aku masa nie. Terlalu buta dengan cinta palsu.
Pesen aku tunjuk protes maybe bagi korang level biasa2 ja dan tak hardcore macam remaja lain, tapi bagi mak abah dan aku sendiri (bila dah sedar dan waras) sangat keterlaluan, sanggup tak nak makan dan tak bertegur sebab kan tak dapat pindah ke sekolah lelaki itu.
Aku makin panas bila tau yang mak abah tak izin aku pindah sebab nak aku stop berhubung dengan lelaki itu, makin aku mogoklah.
Lepas mak abah tak berjaya pujuk aku, dalam seminggu sebelum masuk sekolah untuk tingkatan 4, aku dah balik rumah opah atuk utk siap2 balik sekolah lama.
Sumpah, aku heartbroken giler sebab mak abah still tak nak bagi aku pindah sekolah.
Aku balik rumah opah atuk pun dengan hati yang kecewa dan macam tak redha nak kembali ke sekolah lama. Yang dia pulak merajuk sebab tak dapat belajar disekolah yang sama. Lagi lah aku broken.
Masa nie aku ingat parent aku ja tahu isu nie, rupanya opah dan atuk dah tahu. Aku ja yang acah nak sorok padahal mereka tahu lepas mak abah cerita.
Opah tak komen apa2, dan aku ingat lagi, waktu tu aku tengah layan kartun kt TV sorang, dan atuk duduk layan sekali. Yelah, masa nie pikir tengah mogok dengan parent sendiri ja.
Tiba-tiba, atuk tanya pasal nak pindah sekolah. Aku terkejut jugak, tapi aku tak rasa marah, cuma rasa mcm segan bila atuk ckp pasal isu cinta cintun versi monyet nie.
Dan apa yang aku terkejut, atuk sikit pun tak marahkan aku atau nak kritik ka apa. Dia dengar ja apa yang aku share pasal lelaki tu dengan harapan, atuk terus on untuk pujuk mak abah pindahkan aku ke sekolah tu. Tapi tidak.
Lepas dengar apa yang aku share, atuk cuma cakap nie ja, “semua cucu2 atuk bukan belajar dr sekolah agama, bila Angah nak belajar agama, atuk jadi semangat dan bangga. Atuk jadi seronok tengok ada jugak cucu atuk yang pakai elok2 dan belajar agama di tempat yang baik2.”
Aku diam. Aku nak debat lagi macam mana aku pertahankan pendapat aku dengan mak abah, tapi mulut aku seperti dikunci. Hati aku yang keras batu konkrit mula meretak. Atuk sambung lagi, “tapi bila Angah kata kat mak abah yang Angah nak tukar sekolah, atuk rasa kecewa sangat.
Rasa atuk dah gagal jaga amanah yang mak abah kamu bagi pada atuk.” Nada atuk perlahan dan aku tengok atuk cuma tunduk, habis ayat atuk, aku terus menangis. Aku rasa aku faham sangat perasaan atuk.
Aku mula terbayangkan awal2 dulu time sesuci murni betapa aku nak jaga nama baik mak abah opah dan atuk, tak nak malukan dan kecewakan mereka.
Tapi hari tu, atuk nyatakan rasa kecewanya pd aku sbbkan kes pindah sekolah kerana ikut lelaki, bukan sebab markah exam aku teruk.
Aku menangis teruk sangat masa tu sampaikan mak abah yang duduk kat dapur dengan opah dtg tengok aku. Aku rasa sentap sangat, aku rasa mcm segala fizikal aku dihempap batu.
Mak opah pujuk dan peluk aku, melalak aku merayu minta maaf. Aku rasa apa yang aku buat belakang mereka satu persatu dimainkan di mata aku.
Berdosa betul aku rasa sebab buat mereka mcmnie. Susah payah mereka hantar aku belajar agama, ini yang aku balas. Dahlah dengan result exam kadang tak membanggakan, tambah lagi dengan kes sebab lelaki asing.
Aku rasa malu sangat dengan apa yang aku cuba pertahankan siap mogok dengan mak abah.
Sejak jadinya kejadian aku ‘berjaya’ buat mak abah atuk opah kecewa dengan aku, aku kuatkan hati juga putuskan hubungan.
Aku tak nak makin aku keras kepala, aku jadi pentingkan dia berbanding keluarga sendiri. Aku akui sejak kenal dia, aku makin jauh dengan apa yang sudah diterapkan dalam diri aku.
Yang kelakarnya, bila aku minta putus, dia okay ja dan tak timbul rasa sedih ka apa. Aku bersangka baik, mungkin dia nak sorok. Aku pun lega dapat settle dengan baik, dan nak mulakan hidup dengan baru.
Tapi rupanya tidak, setiap kali aku pulang bercuti, aku dihujani dengan panggilan dari pelbagai nombor yang tidak dikenali. Aku mulanya malas nak layan, takut berulang lagi, tapi aku mula geram bila sampai buat panggilan berkali2 di tengah malam.
Aku soal siasat juga, mana dapat nombor aku, siapa mereka dan motif call Aku. Kecewa betul aku bila dapat tahu dia yang share nombor aku pada kenalannya.
Aku tanya dia, apa sebab dia lakukan begitu sedangkan kami dah settle dengan baik, jawapan yang diberi sumpah buat aku rasa tak ada harga diri.
“Apa salahnya berkongsi benda yang baik dengan kawan2.”
Ya, itu ayat last yang aku dengar dan sampai skrg bila ingat lagi mendidih ja hati nie. Mana nilai harga diri aku yang pernah kau kata sayang bagai? Aku menangis weyh terkenangkan betapa ‘bijak’nya aku selama berhubung dengan dia. Aku terus block dan tukar nombor phone.
Ntahlaa, lepas jadi kejadian tu, aku tngok mak abah opah dan atuk. Aku rasa betapa sia2nya 1 tahun aku buang utk lelaki itu dan ketepikan mereka yang selalu ada dan berkorban utk Aku.
Bila aku rewind balik, baru aku sedar hikmah disebalik kawalan ketat yang mak abah opah atuk buat untuk aku.
Mereka terlebih dahulu dah tahu agenda lelaki itu walaupun tak kenal, dan sedaya upaya protect aku dari dia. Tapi apa yang aku buat? Aku buta sngt masa tu. Aku terlalu ikutkan nafsu sendiri.
Sehingga hari nie, aku syukur sangat atas hikmah yang Allah bagi pada aku melalui kejadian yang hampir menjadikan aku seorang gadis yang tiada apa2 untuk dipertahankan lagi.
Aku bersyukur dikelilingi insan2 yang sentiasa nakkan yang terbaik utk aku. Walaupun adakala aku lalui fasa culture shock di IPT, aku masih tegas dalam jaga diri. Sekalipun, aku takkan biarkan jasadku disentuh dan maruahku diinjak sebarangan.
Kerana, disebalik apa yang aku pertahankan sehingga sekarang, ada mereka yang pernah susah payah bergolok gadai jaga aku dari tangan orang yang salah.
Terima kasih mak abah, atuk dan arwah opah yang sebelum nie serabut kepala jaga Angah. Terima kasih Allah, kerana hikmah yang Kau bagi melalui mereka, menjadikan aku lebih menjaga pergaulan.
Sebelum aku tamatkn, ingin aku katakan benarlah kata2 orang2 tua dahulu, bila mak ayah tak bagi buat sesuatu, pasti ada sbbnya. Naluri mereka dah detect awal.
Cumanya kalau melibatkan perkara2 yang baik, tapi ada konflik dengan mereka disebabkan mereka menentang, bincanglah sebaik mungkin dengan mereka.
Untuk gadis2 seperti aku, pesan aku, andai diberi pilihan, jangan didekati hubungan sebegini, sekali kau terusik, sukar untuk kau berpatah balik. Tak buat lagi mudah dari paksa hati kau berubah.
Jagalah sebaik dirimu, kerana kau sangat berharga. Sayang sangat mak abah jaga kau dari kecil dengan baik, tak bagi nyamuk dekat pn, tapi bila sekali kau bebas, kau biarkan sesiapa saja untuk sentuh kau.
Untuk mereka yang pernah lalui apa yang aku lalui, atau lebih dari itu, sokay kawan. Past is past. Fokuskan untuk yang ke depan, mulakan langkah baru tanpa perlu patah balik ke belakang. Ambil iktibar dan jangan putus asa untuk berubah jadi lebih baik.
Percayalah, awak adalah yang terpilih kerana awak bangkit walaupun diuji dengan ujian yang berat.
Sekian dari aku, moga bermanfaat untuk semua. Yang buruk itu datang dari aku, yang baik lagi benar datang dari Allah. Terima kasih semua dan maafkan kekurangan aku dalam perkongsian ini.
– It’s me (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit