Verbally Abused

Assalamualaikum. Saya ada terbaca confession tentang seorang surirumah d3pr3ssed kerana suami suka mengkritik. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/surirumah-terluka/).

Saya dah berkahwin, juga seorang surirumah dengan 3 anak yang selang 2 tahun setiap seorang juga. Alhamdulillah suami saya seorang yang sangat memahami. Tapi ibu saya pernah mengalami depresi yang teruk kerana sikap ayah saya.

Ya. Ayah saya seorang suami yang sangat suka mengkritik, suka memaki hamun anak isteri, panas baran dan sentiasa mahukan kesempurnaan dari anak isteri walaupun dia sendiri tak sempurna. Saya faham perasaan confessor hidup dengan manusia begitu.

Ayah saya, kalau dapat saya gambarkan adalah seorang yang sangat abusive, verbally. Setakat panggil anak isteri b*d*h, lembab, b*****g itu biasa.

Pernah suatu masa, umur saya baru 8 tahun, saya cuma tertumpahkan air, dia panggil saya b*****g, buat kerja tak pakai otak. Haha.

Kami hidup dalam ketakutan bila Ayah ada dirumah. Pukul 12 tengahari, kalau lunch tak terhidang atas meja, memang terbang lah tudung saji tu alamatnya.

Mak saya wanita berkerjaya. 80 peratus belanja rumah, memang mak saya yang selesaikan sedangkan gaji ayah lebih dari gaji mak.

Macamana saya tau? Saya dengan mak sangat rapat, mak luahkan segalanya pada saya semasa saya meningkat remaja. Kesian mak.

Ayah memang tak pernah naik tangan pada kami, tapi pada saya tak ada bezanya semua itu kalau tiap hari kami terpaksa hadap amukan dan marah dia. Verbal abuse tak kurang hebatnya dari physical abuse. Tapi ramai orang terlepas pandang.

Ayah saya bukanlah seorang anak lelaki yang dibesarkan bagai ditatang minyak yang penuh. Nenek dan atok selalu cerita masa kecik2 ayah saya memang dilatih buat semua kerja rumah.

Tapi entah kenapa, lepas berkahwin dia berubah. Ayah selalu anggap diri dia BOS dalam keluarga. Kami kuli yang kena layan semua kehendak dia.

Kalau dia nak kopi, tak menyempat2 kami terpaksa bergegas ke dapur dan siapkan kopi dia dan tinggalkan semua kerja lain.

Lauk tak kena dengan tekak dia, memang dia ludah balik dan mengamuk cakap masak apa macamni? B*d*h sangat ke tak tau masak?

Tahun demi tahun berlalu. Mak saya dah pun meninggal dunia kerana kemurungan dan beberapa penyakit kronik lain.

Ya, mak meninggal sebab kemurungan mengikut diagnosis doktor. Dia hilang semangat nak hidup. Kemurungan mak memakan diri dia dari hari ke hari.

Sepanjang mak sakit, Ayah tak pernah berubah. Mak tetap dimaki hamun tiap hari. Kalau mak mengadu sakit, ayah cakap mak mengada ngada, tak pandai jaga kesihatan sendiri, tu pasal asyik sakit sahaja.

Semua ni masih segar dalam ingatan saya walau dah bertahun berlalu. Kami anak2 lah yang sentiasa ada disisi mak dan menguruskan mak yang makin hari makin uzur, sampailah hujung hayat mak.

Tak lama lepas mak meninggal, Ayah kahwin lain. Kami setuju dan izinkan ayah berkahwin baru walaupun kami masih menangisi pemergian mak tapi dalam diam hati kami terluka lagi.

Apa yang buat kami terluka sangat adalah layanan ayah terhadap isteri barunya tak sama langsung dengan layanan ayah pada mak dulu.

Ayah tak pernah meninggi suara pada isteri barunya. Jauh sekali memerintah isteri barunya itu dan ini. Lain sungguh ayah sekarang. Kami tak kisah dia beristeri baru. Tapi entahlah, sejak dia beristeri baru, kami macam bukan lagi anak dia.

Makin hari hubungan kami adik beradik dengan ayah makin renggang. Bukan kami yang menjauhkan diri, tapi Ayah yang taknak privasi dia dan isteri baru diganggu. Raya pun, dia lebih suka beraya dengan bini baru dan anak2 tiri dia.

Kami? Haha. Sejak mak tak ada, kami dah macam yatim piatu. Pandai2lah kami bawak diri. Setiap kali jumpa ayah, kami mesti dimarah macam macam. Walaupun kami dah dewasa dan beranak pinak.

Belum cerita kisah isteri baru ayah yang selalu jadi batu api yang menghangatkan hubungan kami dan Ayah.

Saya sendiri tak tau kenapa ayah seakan benci sangat dengan kami. Kami cuba ambik hati Ayah, tapi tetap keras hati Ayah untuk berbaik dengan kami.

Doakan kami adik beradik terus kuat menghadapi dugaan ini dan semoga hati Ayah lembut untuk sayangkan kami seperti ayah orang lain.

Buat lelaki yang bergelar suami, hargailah isteri kalian, sayangi dia, manjakan dia sebaiknya.

Jangan dibentak, diherdik, dikasari sesuka hati. Gunakanlah title suami itu sebaiknya. Buat yang bergelar ayah pula, sayangilah anak2, lindungilah mereka, dekatilah mereka sebelum terlambat.

Anak2 sentiasa rindukan kasih sayang dan bimbingan seorang ayah walau berapa pun umur mereka. Semoga kita semua mampu berubah menjadi ibubapa dan pasangan yang lebih baik.

Jadikanlah segala yang baik sebagai pengajaran dan yang buruk sebagai sempadan. Wallahualam.

– Anak Kecewa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *