Gadis Penjual Arak

Assalamualaikum semua.. Terima kasih kepada admin siarkan kisah ni..

Nama aku Abang Long.. Baru tadi, aku singgah di kedai serbaneka depan rumah untuk beli barang dapur.. Lepas apa yang jadi tadi, aku tergerak hati nak tulis kisah pendek nie.

Harap pembaca dapat ambil tahu masalah yang tak berapa orang kita kesah, tapi aku rasa sangat penting untuk kita ketengahkan.

Tadi masa depan kaunter pembayaran, aku tengok customer non-Muslim depan aku beli 6 tin arak. Adik cashier tu melayu Islam bertudung.

Aku rasa terkilan, sebab saudara seagama aku tengah masukkan arak dalam plastik dan jual dekat customer tu..

Masa giliran aku dekat kaunter, aku rasa macam nak cakap pasal nie.. Nak minta adik tu cari kerja lain, tapi rasa berat sangat nak luahkan. Dalam otak aku, aku dah siap karang ayat..

“Dulu masa tahun 2010, abang pernah kerja part time dekat kedai macam nie dik, tapi dalam ruang hospital. Jadi kedai yang abang kerja, tak dibenarkan jual Arak dan rokok.

Sebagai orang Islam, kita tak boleh kerja jual arak macam ni.. Abang cadangkan adik berhenti dan cari kerja lain.. Banyak lagi kedai runcit macam ni yang tak jual arak, adik boleh minta kerja..”

Tapi apa yang aku karang dalam otak tadi, tak terluah pun depan adik cashier tu.. Aku langkah slow motion ja sampai ke depan pintu kedai..

Nak sangat cakap, tapi tak terbuka mulut.. Betul apa yang Nabi cakap, hanya dapat cegah dalam hati, dan itu la selemah-lemah iman..

Betul, dulu aku pernah kerja dekat cawangan kedai serbaneka yang sama macam adik nie kerja. Cuma kedai tu dalam kawasan hospital.

Ada sekali tu, area manager suruh aku ganti orang dekat cawangan lain untuk satu hari sebab short of staff.. Sungguh-sungguh aku bagi alasan tak nak pergi.

Alhamdulillah sampai sekarang, aku tak pernah lagi terlibat dengan jual beli arak nie.

Pasti semua pelajar Muslim yang habis belajar sampai SPM, pernah belajar pasal 10 golongan yang dilaknat kerana terlibat dengan arak.

Teringat pulak video yang viral dua tiga tahun lepas pasal sorang cashier, nangis-nangis pasal tak sanggup jual arak dekat Customer.

Customer tu rakam dan viralkan dekat media sosial. Customer tu tak tahu muslim bukan setakat tak boleh minum, even jual arak pun tak dibenarkan..

Tapi kita yang Islam ni sendiri, tak pernah bersungguh-sungguh nak provide solution kepada anak-anak muda untuk elakkan benda ni daripada terus berlaku..

Diriwayatkan daripada Anas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak,

Orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya,

Orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, dan orang yang meminta dibelikan arak untuknya.

Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi.

Kalau rasa benda nie penting, share lah supaya sampai kepada orang ramai, mak ayah yang anak dia kerja cashier macam nie, cikgu-cikgu, adik-adik dan kawan kita..

Yang benar,

– Abang Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *