“Pekerjaan guru lebih mulia kerana guru mendidik kita”.
“Bekerja sebagai doktor lebih mulia kerana doktor menyelamatkan nyawa manusia”.
Berdasarkan penyataan di atas, sering kali kita melihat di laman sosial mengenai perbandingan sesuatu pekerjaan dan akhirnya menimbulkan perbalahan sesama sendiri.
Sebenarnya, setiap pekerjaan itu mulia dan setiap kerja itu adalah ibadah.
Namun suka untuk saya mengingatkan bahawa, walaupun pekerjaan itu dari sumber yang halal, ia boleh bertukar kepada sumber yang haram.
Bagaimana? Baik di sini saya sertakan beberapa contoh agar anda mudah memahami :
1) Rasuah -> Dari Abdullah bin Amru katanya : Rasulullah saw bersabda : “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerimanya”.
2) Menipu -> Menipu dalam sukatan dan timbangan. Dalam surah al-Mutaffifin ayat 1-3, “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain, mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi”.
3) Curi Tulang -> Melayari internet, berbual kosong, menggunakan fasiliti pejabat untuk kegunaan peribadi.
Sikap sebegini sebenarnya sikap yang tercela. Cuba kita berfikir sejenak, andaikata dalam 1 minggu kita bekerja 5 hari. Dari 5 hari berkenaan, berapa jamkah anda curi tulang dalam sehari?
Maka, memadai sudah, perbuatan curi tulang untuk hari pertama dikira sebagai permulaan kepada sumber haram.
Biasanya, jika sekali sudah kita lakukan,kita akan melakukannya lagi dan lagi. Maka gaji yang anda terima itu menjadi haram. Apabila ia haram, adakah ia berkat?
Nah, disini persoalannya. Pekerjaan itu halal, adakah ia berkat?
Jadi, untuk menjadi orang yang baik, mengajak orang kepada kebaikan, kita kena bermula dari diri kita sendiri. Bukan menunding jari kepada mana-mana individu.
Ya tidak dinafikan, melakukan perkara haram memang mudah.
Namun bukan hanya kita sahaja yang terkena tempias memakan duit haram dan rezeki yang kita terima tidak berkat, malah isteri dan anak-anak juga turut terkesan.
Oleh yang demikian, tidak perlulah kita membandingkan sesuatu pekerjaan itu dengan pekerjaan lain.
Kerana setiap pekerjaan mempunyai keistimewaan tersendiri dan saling bergantung antara satu sama lain.
Indah bukan ciptaan Allah? Tepuk dada, tanya iman kita.
Adakah kita bersedia menjadi individu yang baik? Kalau sudah bersedia, ayuh mulakan hari ini. Hentikan membuat perbandingan seperti ini.
Tiada satu pun pun pekerjaan yang halal itu hina di sisi Allah. Kerana setiap rezeki itu datang dariNya. Maka bersyukurlah dengan rezeki yang anda terima.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca sekalian…
– Hamba Allah Yang Memberi Peringatan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit