Bukan Aku Yang Minta

“Kalau muka tu buruk, kau pakai apa tetap nampak buruk.”

“Teruknya muka.”

“Hodohnya kau.”

Aku Ain. Aku rasa korang dah boleh agak apa yang aku nak cerita. Mungkin sesetengah orang rasa perkara ni small matter bagi mereka sebab tu boleh mengata sesedap rasa, tapi macam mana pulak dengan pihak yang alami?

To be honest, i m so ugly. Muka aku breakout teruk out of blue in this year. Sebelum ni muka dah memang bermasalah, but this year makin teruk. Kulit gelap, berminyak, ada jerawat banyak plus parut and my face bukan yang ada rupa manis manis ya. No.

Guys, BUKAN AKU YANG MINTA untuk jadi macam ni. Allah dah takdirkan untuk ada rupa yang buruk. Jadi, siapa kamu nak judge ciptaan Allah?

Paling menyeksa dan menyakitkan. Raya haji baru ni balik kampung. mak saudara sendiri malu kan aku.

That time, aku salam dia and then tiba tiba dia pegang dagu aku, membuatkan aku sedikit terdongak then dia cakap with a loud voice, “Eeeee, teruknya mukaaa.” She said like that then everyone looked at me.

Ya Allah, time tu aku malu tak payah cakap lah. Aku terus tepis tangan dia then blah.

Aku menangis and told my mom everything. And it is so hurts when my mom cakap, “Kau tu lembik sangat, cakap sikit nak terasa.”

Pffff, weh bapak ah aku dah lah kena hina, dimalukan depan semua orang and mak aku tak support lansung !

In fact, aku nak pakai produk. Tapi, lepas dah cuba macam macam benda and the result takde langsung, then mak aku pun dah tak izinkan aku pakai apa apa produk. Katanya sebab muka aku pakai apa pun takde kesan.

Aku pun macam….ya Allah sedihnya Tuhan saja yang tahu.. Aku tersepit dan dihimpit bukan saja dengan orang keliling tapi termasuk juga mak aku.

Kena hina dengan kawan tu tak payah cakap lah. Ada juga kawan yang memahami tapi yang menghina tu lagi ramai. Sampaikan orang panggil aku kentang and tak layak bersama diaorang.

Bila time tangkap gambar dengan member member, aku rasa down gila. Dah lah aku sorang je yang hodoh. Bila nak post, terpaksa tutup muka dengan sticker takpon emoji.

Paling takleh lupa, ada lah beberapa hamba Allah yang cakap,

“Ni mesti tak reti jaga muka ni sebab tu muka buruk.”

“Kenapa muka hancur sangat ni?”

“Siapa nak kat kau, kalau muka dah buruk. Sampai sudah tak laku.”

“Kau berselfie buat apa ? bukan cantik pun.”

Hati aku rasa macam nak terkoyak tapi bukan koyak yang putus cinta tu. Koyak sebab orang sekeliling takleh terima diri aku yang buruk. Guys, aku tak minta banyak. Cukup orang terima aku sebagai mana rupa aku macam ni.

JANGAN HINA aku, sebab aku jugak manusia yang ada hati dan perasaan. Aku bukan alien dari planet marikh. Tak, aku sama macam korang yang nak hidup normal.

Oleh kerana mulut mulut longkang segelintir masyarakat, benda ni boleh buat orang orang macam aku ni rasa down dan boleh membawa depresi sebab tak boleh terima hakikat. Tapi Alhamdulillah, aku masih bersyukur walaupun muka aku macam ni.

Kenapa perlu face or body shaming? Sebelun nak mengata orang lebih lanjut, aku dah cermin diri dan dah sedar aku buruk. Jadi tak perlu nak hina aku lagi untuk ‘ sedarkan ‘ aku yang buruk.

Kehidupan aku penuh derita dan rasa ters3ksa dengan kalian. Kalau korang nak tahu lah, before pkp ni tak wujud lagi aku dah lama pakai mask. Bukan suka suka tapi terpaksa sebab tak nak orang mengata aku bila aku berhadapan dengan orang.

Tapi apakan daya, kat dahi tak leh cover. Tak nampak kat bahagian lain, bahagian dahi pulak nak mengata.

“Penuh jerawat kat dahi, ni mesti kuat berangan.” What the —-, apa kena mengena kuat berangan dengan jerawat?

And yes, aku dah alami nasib rupa begini almost 5 years. Macam macam benda aku lalui.

Aku penat. Sangat sangat penat. Fikiran aku terjejas dek fikir those things, and pelajaran aku juga boleh terganggu. Senang citer, my whole life just like disaster because of people around me and lack of self.

Tolong aku. Doakan aku moga Allah izinkan muka aku pulih dan orang sekeliling aku boleh terima aku sebagai manusia yang nak hidup normal.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *