Andainya Aku Pergi Dulu

Assalamualaikum para pembaca yang rajin membaca. Mudah2han confession ini menjadi manfaat buat kita semua.

Ajal maut tak kira tua muda, sakit sihat, miskin kaya, wanita lelaki. Pabila sampai masanya, pasti pasti Malaikat Izroil datang memanggil.

Sebagai rakyat marhain yang bekerja biasa2 saja, tak adalah banyak pun harta yang aku miliki. Sekadar cukup2 sebagai tanda kenangan buat mereka yang tersayang disekelilingku.

Mudah2han apa-apa yang kutinggalkan di dunia ini menjadi saham pahala buat bekalanku di alam abadi.

Aku tak mahu jadi seperti kisah2 yang telah banyak didengari, harta jadi pemisah silaturahim, atau dibiarkan tanpa dimanfaatkan.

Mungkin si m4ti harapkan waris urus dengan sebaiknya, tapi sayang, apabila banyak kepala yang urus, cacamarba jadinya.

Atas dasar itu, aku ingin uruskan sebaik mungkin supaya aku tenang2 saja di sana nanti.

Siapa waris yang layak?

Allah SWT masih izinkanku punyai ayah & emak yang telah tua & sering sakit2. Mereka sangat menyayangiku.

Dan sebagai anak aku hanya mampu mensantuni mereka dengan membantu memenuhi keperluan asas serta kesihatan dan keselesaan hidup. Ayah & emak orang kampung biasa yang sederhana taraf kehidupan mereka.

Allah SWT masih titipkanku suami yang baru belasan tahun hidup setia serta menyayangiku penuh tanggungjawab. Allah SWT masih pinjamkanku seorang anak tunggal perempuan remaja yang sangat aku kasihi.

Maha Pemurah juga turut temankanku 3 orang saudara kandung, 2 perempuan & seorang lelaki yang masing2 telah berkahwin dan berzuriat. Alhamdulilah, kasih sayang Allah SWT terasa kuperolehi dengan adanya mereka di sekelilingku.

Harta apa yang Allah SWT pinjamkan buatku?

1. Rumah. (Sebuah) Masa aku beli dulu harganya suku juta. Rasanya kini boleh capai setengah juta. Suamiku hanya keluar modal renovation bumbung parking kereta sahaja. Lain2 memang total Aku yang biaya.

Aku sedar, jika tuntutan harta sepencarian yang suami buat, mungkin tak sampai 10% sahaja daripada kos rumah.

Hukum faraid, ayah dan emak 30.77%, suami 23.08% & anak 46.15% sebagai pewaris rumah.

Oh ya sengaja aku letakkan dalam bentuk %, agar lebih mudah dikira fikirku. Bolehkah rumah yang masih dalam loan, dibuat hibah?

Mungkin boleh berdasarkan beberapa terma. Perancanganku, biarlah rumah ini anak & suami yang terus menginap. Manakala ayah & emak, boleh saja suamiku bayar bulanan sekadar kemampuan.

Mudah2han ayah & ibu redho dengan pilihanku ini. Jika suami bertemu jodoh serta zuriat baharu, rumah ini pengakhirannya mestilah nama anakku.

Jika anakku dah dewasa & bertemu jodoh, rumah ini tidak boleh dijual selagi ada ayah, emak dan suamiku.

Andai boleh hibah, tentu2lah nama anakku yang akanku warisi. Tetap bersyarat seperti yang telah kunyatakan di atas.

2. Kereta. (Sebuah) selagi suamiku masih hidup, dialah yang berhak ke atas kereta. Apatah lagi suamiku yang membayar muka kereta sekitar RM40k. Kereta ni masih ada loan bank lebih kurang 5 tahun lagi.

3. Tanah pertanian (beberapa ekar). Aku tak berapa pandai nak beri nilai sebenarnya sebab tiada dalam kamus hidupku untuk menjualnya.

Aku membelinya atas semanngat patriotik untukku pertahankan tanah2 orang Melayu yang semakin pupus pemilikannya.

Pertanian tersebut ada hasil yang menjadi sumber pendapatan. Aku boleh terus hibah kepada anakku tapi semestinya bersyarat.

Aku tak mahu ayah & emak serta suamiku tidak merasai kasih sayangku walaupun setelah ketiadaanku. 1/3 hasil daripada pertanian aku hendak wakafkan ke rumah anak2 yatim.

Mungkin setahun sekali boleh disalurkan. Insya-Allah, aku akan proses sesegera mungkin wakaf ini supaya anak / suamiku dapat sambung sahaja apa-apa yang telah aku buat sekarang sampai bila2.

4. Insuran (pembahagian ikut faraid).

5. Lain2 (pencen / imbuhan lain) juga ikut pembahagian faraid.

Aku tahu tiada pembahagian lain yang lebih baik selain ikut sistem faraid. Cumanya hati manusia yang sukar untuk redho atau tak faham faraid yang akan merasakan faraid masih tidak reliven.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Jika ada cadangan lain, mungkin boleh dibincangkan untuk kebaikan kita semua dlm membuat perancangan sebelum nafas terhenti.

– Hamba Allah SWT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *