Assalamualaikum kepada semua pembaca. Izinkan Makcik Nor kongsi bagaimana untuk mendapat keberkatan duit atau rezeki dari gaji kita.
Mungkin cerita balasan orang bersedekah ini biasa kita dengar. Sudah tentu kalau Allah perintah, mestilah membawa kebaikan.
Anak-anak semua kalau dapat gaji, berapa peruntukan untuk ibu bapa dan potongan zakat? Ada tak? Kalau takde sila buat.
Di sinilah datangnya keberkatan rezeki kita. Ibu bapa bukan nak banyak pun. Bagi RM20 pun okay je tapi janganlah gaji beribu-ribu bagi RM20 je.
Setiap kali gaji makcik naik, makcik naikkan elaun ibu bapa makcik. Paling best bila mereka senyum dan doakan untuk kita. Kan kita memang perlukan doa mereka.
Fast forward kami suami isteri guru biasa-biasa aje. Alhamdulillah keempat-empat anak kami masuk universiti.
Dua orang tajaan penuh kerajaan, seorang kami biaya dan yang kedua PTPTN itu pun tak ambil penuh. Habis lima tahun kerja, pinjaman pun dah habis. Ya doa dari arwah atok dan wan mereka.
Janji Allah memang benar. Dalam kesukaran nak dapat kerja anak kami yang bongsu dapat tawatan kerja dengan sekali temuduga sahaja. Belum konvokesyen pun.
Setiap kali anak masuk sbp atau uni kami buat kenduri kesyukuran. Jemput orang kampung. Doa ikhlas mereka mengiringi kejayaan anak-anak.
Sekali lagi sedekah memang sesuatu yang membuat kita tersenyum gembira. Yang menerima pun suka.
Tak cukup dengan itu, yang lebih wajib ialah zakat. Apabila kita berzakat, kita rasa seronok sebagaimana juga penerima zakat dan sudah tentu kita nak doa dari mereka juga kan?
Dan terkini Allah lipatkan rezeki kami dengan anugerah yang tidak dijangka.
Dan insyaAllah dengan rezeki yang Allah beri, anak-anak Makcik Nor tak perlu berhutang untuk membina rumah di samping masing-masing dah ada tanah dari kami.
InsyaAllah harapan Makcik Nor untuk anak menantu bumi dipijak milik sendiri. Ya segala-gala yang manis ini adalah janji dari Allah. Rajin bersedekah rezeki berkat.
Teringat pesanan Dr Muhaya, kita yang menghulur sedekah yang perlu ucap terima kasih kepada yang menerima sedekah kita.
Jangan berkecil hati kalau penerima sedekah tidak ucap terima kasih kepada kita. Yang kita perlu ialah kasih dari Allah.
Hendak bersedekah tak perlu tunggu kaya tapi insyaAllah dengan bersedekah kita tidak menjadi miskin. Berkongsilah rezeki dengan ibubapa, adik beradik yang susah dan mereka yang memerlukan.
– Makcik Nor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit