Saya ingin bercerita mengenai kisah hidup saya. Bila saya cuba cerita kepada kawan-kawan mereka akan berkata, eh macam cerita melayu.
Saya merupakan anak angkat kepada mak ayah saya. Saya mempunyai seorang adik lelaki yang merupakan anak kandung mereka.
Saya diambil sejak dari hari pertama dilahirkan. Ketika itu makayah masih belum punya anak lagi. Saya pula, anak sah taraf.
Jadi, menurut cerita yang diceritakan sendiri oleh mak kandung saya, saya diserahkan kerana dia masih muda ketika itu.
Ayah kandung? Saya tak pernah tahu. Mak kandung cerita dia diperkosa oleh kawan nya. Itu saja.
Saya pun tidak mahu tahu lebih lanjut. Mak kandung saya tidak datang bertemu saya sehingga lah saya berumur 9 tahun.
Ketika itu, saya tidak tahu siapa dia. Dia bawa mainan dan banyak coklat. Cuba bermain dengan saya dan mesra. Saya fikirkan oh, ini mesti kawan mak ayah.
Balik saja dia dan keluarga nya, mak ayah cerita yang itu mak kandung dan keluarga tiri saya. Dan mak bertanya jika saya mahu mengikut mereka. Menangis saya katakan tak mahu.
Kehidupan sebagai anak sah taraf bukan mudah. Mana yang faham, faham. Kawan kawan tanya kenapa takda maklumat ayah di sijil lahir.
Saya tipu cakap nurse salah tulis. Masa itu sekolah rendah, jadi ada yang terbeli dengan jawapan itu. Belum lagi cikgu bertanya kenapa binti abdullah, tapi tulis nama ayah dekat borang nama lain.
Saya cakap tak tahu. Ketika itu sekolah rendah juga. Jadi cikgu telefon mak di rumah. Saya sampai sekarang taktau apa yang mak jawab.
Sampai masa saya bertemu dengan suami, masa awal perkenalan saya taktau dan takut jika dia tidak boleh terima background saya. Tapi alhamdulillah dia dan seluruh keluarga memahami.
Menjelang beberapa bulan sebelum nikah, saya jadi tak tentu arah.
Proses nikah anak tidah sah taraf bukan mudah dan perlu ke mahkamah syariah. Tetapi alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan saya.
Mak kandung hanya datang berjumpa saya semula ketika saya berumur 23 tahun. Sewaktu itu saya keluar dan tiada di rumah. Jadi saya tidak sempat bertemu.
Dia minta no telefon dari adik. Dari situ dia cuba mendekati saya kembali, dan meminta maaf beribu kali karena lama untuk berhubung kembali.
Saya tidak tanya kenapa. Mula mula saya rasa tidak selesa kerana dia terlalu terburu buru untuk rapat. Saya juga masih membiasakan untuk memanggil dia mama ketika itu.
Pada hari raya, dia ada datang ke rumah saya di selatan tanah air.
Saya mula mula berasa sedih ya amat kerana dia mengambil masa terlalu lama untuk kembali bertemu sedangkan dia tahu saya di mana, saya pula tidak ada langsung maklumat mengenai dia kecuali nama.
Saya ada meminta masa untuk menyesuaikan diri dengan dia dan adik adik yang lain. Tapi alhamdulillah sekarang semua nya okay.
Bila ingat kembali dulu, saya selalu merasa sedih kerana disebabkan status banyak benda buruk saya harus alami.
Dan saya juga d3pr3ssed cuba untuk menerima diri saya sebagai anak tidak sah taraf. Pernah di ejek anak haram. Jika bergaduh dengan adik masa kecil dia akan panggil saya anak angkat.
Tapi semua nya ada hikmah. Saya lebih kuat sekarang dengan ujian sebegitu.
Kepada semua yang berstatus seperti saya, jangan sedih. Semua nya ada hikmah. Memang sesetengah perkara akan susah untuk kita. Tapi kita kena kuat.
Jangan fikir status ni disebabkan salah kita. Kita tak salah dan jangan ulangi perkara ini kepada anak kita nanti. Teruskan kuat.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit