Untuk part I, (https://iiumc.com/wanita-dirimu-sangat-berharga/).
Assalamualaikum. Aku Akim. Pertamanya, terima kasih buat semua yang mendoakan yang baik-baik buat aku dalam artikel sebelum ini.
Jujur, aku tak sangka dan sangat gembira dapat banyak doa macam tu. Thanks all. Korang semua memang supportive dan awesome. Siryes.
Aku juga doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan dalam apa jua dugaan serta perkara yang kalian sedang hadapi saat ini.
Aku baca semua komen-komen kalian. Dan di antara komen-komen itu, ada yang tak faham dengan statement yang sebenarnya dipetik dari Ustadha Yasmin Mogahed sendiri, bahawa wanita akan sentiasa ‘tewas’ kepada lelaki jika standard mereka adalah lelaki.
Dan ada juga yang mempersoalkan salahkah wanita mahu bekerjaya spt lelaki? (Agak-agaknya? Ofkos tak salah, asalkan betul cara dan niatnya – bukan bekerjaya sebab nak bersaing dengan lelaki. Keyword sini: Niat dan letak value pada apa.)
Ada yang bertanya lebih kurang, jika bukan pada standard lelaki, apa kelebihan yang ada pada wanita?
Jadi di sini, aku rasa terpanggil nak sebut kelebihan-kelebihan yang aku lihat ada pada kalian kaum wanita, yang sukar sekali untuk aku lihat ada pada kami kaum lelaki yang tak sempat aku highlight pada artikel yang lepas.
Kenapa wanita ini special? Ramai wanita sendiri tak tahu ni.
Tolak ke tepi kemachoan, daya fizik, logikal thinking yang kebiasaannya lebih berat pada lelaki. Wanita ini sebenarnya ada banyak kelebihan, yang jarang mereka sedari. Tapi wanita seringkali underestimate diri mereka sendiri.
Pertama, wanita ini sebenarnya bijak. Waktu aku sekolah asrama dulu, aku ingat ada student transfer wanita bernama N. Dia ni pandai gila. Orang ‘baru’ kononnya, tapi habis bila dia masuk, tapau segala markah tertinggi untuk pelbagai subjek.
Waktu exam trial SPM keluaran SBP, nak dapatkan ‘B’ untuk subjek Addmaths pun tahulah susahnya. Aku tak gagal pun dah gembira masa tu, tapi dia boleh pulak dapat A1 dan markah hampir-hampir perfect 100%. Gila kan? Math modern tak perlu cakaplah. Lagi celah kuku je.
Subjek-subjek lain pun sama. Sains bukan sains, tinggi-tinggi semuanya. Actually bukan dia seorang, student-student wanita lain pun hebat juga. Cuma dia ni buat tercabar status quo kami lelaki lebih sikitlah, sebab baru masuk dah tunjuk taring. Jadi best student. Huh.
Haha takdelah aku nak dendam ke apa, just aku nak cakap in general, berdasarkan pengalaman aku sendiri, wanita ni sebenarnya lagi pintar dan bijak berbanding lelaki. Tambah lagi wanita ni selalunya lebih rajin dan sangat detail dalam kerja mereka berbanding lelaki.
Pernah kalian dengar nama Prof Jackie Ying? Dia ni memang buat aku kagum. Jadi professor di MIT (ini top universiti untuk engineering kalau korang tak tahu) pada umur yang sangat muda, 35 tahun. Dinamakan salah seorang dari “100 Engineers of Modern Era”.
Dan banyak pencapaian dan sumbangan yang dia lakukan dalam bidang nanotech yang dimanfaatkan dalam bidang perubatan.
Musim covid melanda baru-baru ini pun, research centre yang diketuai beliau telah menghasilkan satu rapid covid test kits antara yang paling awal di dunia dan kemudiannya ia digunakan serata global (Malaysia sendiri pun ada ambil).
Dan banyaak lagi. Nak tahu lebih korang google lah sendiri. Haha. Dan dia ni juga seorang muslimah, revert. Seorang saintis ternama yang sangat dihorm4ti dunia atas kepakarannya dalam bidangnya.
Wanita juga tak kalah dari sudut memberi dan mengasihi. Bab ini memang lelaki tak boleh lawan. Sebab itu wanita Allah pilih sebagai ibu. Perhatian dan kasih sayang wanita yang tak berbelah bagi adalah sangat luar biasa.
Bayangkan seorang wanita boleh menyayangi insan yang belum lahir ke dunia lagi! (anak dalam kandungan) malah sanggup berkorban jerih perih membawa ‘extra weight’ ni ke mana sahaja dengan sabar dan penuh kasih sayang. Pelik jugak aku rasa makhluk bernama wanita ini.
Dan berkenaan ini, Allah ada sebut dalam Quran (Surah Al-Ahqaaf, 46: 15) tentang kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa, dan yang disentuh dalam ayat itu hanyalah pengorbanan seorang ibu yang terpaksa melalui ‘kesusahan atas kesusahan’ hanya untuk melahirkan seorang anak.
Cinta dan kasih wanita ini biasa disebut sebagai ‘unconditional love’. Cinta tanpa batasan atau tanpa perlukan sebarang sebab. Ikhlas, tulus, tanpa mengharap balasan.
Sebab itu apabila disebut wanita dan emosi, sebenarnya ia bukan satu kelemahan tapi suatu kekuatan yang ada pada kalian. Lelaki tak akan mampu menyayangi dan sabar sebagaimana sabar dan kasihnya seorang wanita. Kalian sedar ke tak kelebihan kalian yang ini? Tak sedar kan.
Share sikit. Aku pun ada seorang kakak yang aku kira hebat. Semenjak dia berkahwin dan kini sudah mempunyai dua orang anak, aku jadi kagum dengan dia sebab aku nampak satu sudut lain pada dirinya yang aku tak tahu pun ada padanya sebelum ini.
Kakak aku ni bukan calang-calang jugak orangnya, ada master di tangan. Pernah mengajar sebagai lecturer di universiti swasta.
Setahun lebih macam tu. Tapi kerana dia mahu didik anaknya sepenuh masa secara peribadi dan berikan quality time pada anak ketika membesar,
Dia memilih untuk korbankan perjalanan kerjayanya dan jadi suri rumah sepenuh masa, sambil-sambil dia berbisnes online kecil-kecilan. Jadi dropship apa semua tu. Hebat jugak pengorbanan kakak aku ni.
Bab wanita full time suri rumah ni aku memang tabik. Tak payah nak cakap perihal anak buat sepah berulang kali, tak dengar cakap, buat hingar bingar sakit telinga, anak sakit, tak nak tido dsb.
PKPP baru-baru ini, aku terpaksa terkurung sebulan lebih kat rumah pun dah rasa macam nak gila. Terperap kat rumah camtu je, tak keluar-keluar, boleh gila jadinya! Siryes.
Hari-hari aku akan lari atas threadmill just nak maintain sanity diri. Sekali sekala dapat keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan tu pun dah rasa heaven habis.
Jadi aku tak boleh faham macam mana wanita-wanita suri profesional ni boleh buat benda yang sama, tak keluar rumah berbulan-bulan malah bertahun-tahun lamanya hanya untuk menjaga anak. Siryes respek habis kat para suri rumah ni.
[Side note: Buat suami-suami yang ada isteri suri rumah, guys, bawaklah isteri tu keluar dari rumah selalu. Bagi diorang bernafas! dan hilang penat lelah tu sikit. Cuba korang try jadi suri rumah, sehari pun aku rasa korang akan hampir give up punya. Siryes.
Tak mudah. Ini belum kira nak tahan selama seminggu, sebulan, dan setahun lamanya macam yang isteri korang tahan. Bawak mereka keluar berjalan sebagai tanda apresiasi dan reward. Tak perlu jauh, dekat-dekat pun takpe. Yang penting bagi mereka keluar dari rumah untuk refill diri mereka.]
Aku pun tak tahu cam mana kalian buat. Yang bekerjaya tapi pada masa yang sama hendak jaga kebajikan rumah dan anak pun tak kurang hebat jugak sebenarnya. Penat kerja tak habis, sambung penat nak jaga anak pula. Juggling between kerja, rumah dan anak.
Tapi aku agak inilah yang dinamakan kasih sayang seorang ibu membawa ke syurga, yang mana seorang wanita boleh menahan satu tahapan penat lelah mental dan fizikal yang tak masuk dek akal,
Atas kekuatan EQ yang ada pada kalian, iaitu rasa kasih sayang yang penuh, melimpah dan tak berbelah bagi. Sampai kadang ke tahap sanggup mengorbankan keperluan diri sendiri. Respek.
Malah, kalian wanita juga sangat detail dan mampu multitasking yang membuatkan kalian adalah ibu yang terhebat. Ini aku lihat pada kakak aku sendiri. Detail tu aku lihat macam mana kakak aku sangat particular bab nak didik anak.
Cara nak handle anak tantrum, cara berinteraksi dengan anak, screen time, pemakanan anak – tak boleh makan itu ini mengikut peringkat-peringkat umur, semua dijaga dengan baik dan tiap-tiap satu ada lah rujukan dari pakar-pakar psikologi / parenting / nutritionist apa semua.
Bab perempuan didik anak dengan sangat berhati-hati dan berilmu ini aku memang sangat kagum. Harapnya isteri aku nanti pun jenis yang particular dalam bab membesarkan anak dengan kasih sayang dan didikan agama ni. Amin.
Hebat kan seorang wanita yang bergelar ibu? Kerana itu Nabi s.a.w. sangat tekankan anak untuk hormat pada ibu. Pengorbanan yang mereka lakukan sangat-sangat tinggi. Tak pelik syurga anak di telapak kaki seorang ibu.
Jadi, wanita ni actually ada both kekuatan IQ dan emosional EQ. Hebat kan? Kalau wanita mampu balancekan kedua-dua kekuatan ini, mereka jadi malah makin hebat. Jauhh lagi hebat dari para lelaki. Pada akulah.
Tapi bagaimana wanita mahu mencapainya? Pandulah EQ dan IQ tadi dengan ped0man Al-Quran dan sunnah. Dan kalian akan menjadi wanita yang luar biasa. Percayalah.
Apabila jiwa dan akal wanita itu dipandu oleh iman dan takwa yang bertapak kukuh di hati mereka, wanita akan menjadi seorang insan yang besar jiwanya, teguh pendiriannya, tak mudah mengalah dan mampu mempengaruhi apa yang ada dikelilingnya.
Kata-kata yang menyebut “wanita mempunyai satu akal dan sembilan nafsu” sebenarnya pun tak betul.
Pertamanya, ia bukan dari Al-Quran atau hadis. So ia bukan sumber wahyu. Kedua, ia seringkali difahami sebagai wanita kurang pandai dari lelaki dan ini pula kefahaman yang tak betul.
Sebaliknya ia sebenarnya membawa maksud wanita ini mempunyai kekuatan emosi yang lebih signifikan daripada lelaki.
Lelaki juga lemah. Lelaki juga seringkali tewas pada nafsunya sendiri. Jadi nak kata lelaki lebih pandai mengawal nafsu dan emosi adalah tak tepat dan misleading.
Tidak kurang kisah-kisah manusia hebat yang ternukil dalam catatan sejarah Islam adalah seorang muslimah. Maryam, Asiah, Aisyah, Khadijah hanyalah beberapa nama besar yang memberikan impak yang instrumental dalam sejarah Islam.
Dan baru-baru ni kan kita sambut Raya Haji.
Di sebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail, adanya pengorbanan yang besar dari seorang wanita bernama Hajar. Diuji dengan ditinggalkan seorang diri di padang pasir bersama seorang anak kecil oleh suami. Hajar bertanya pada Nabi Ibrahim, adakah ini perintah Allah?
Ya, maka jawab Hajar maka Allah tidak akan menyia-nyiakan kami. Hebat iman beliau. Pergantungan kepada Allah beliau sangat tinggi, tidak berharap pada pergantungan pada lelaki bernama suami semata-mata. Ia terjadi apabila iman dan tawakkal telah kuat tersemat di dada seseorang wanita.
Dan Nabi Ismail? Siapa yang membesar dan mendidik Ismail jadi seorang anak yang soleh dan sangat patuh pada ajaran agama? Tidak lain tidak bukan Hajar.
Setelah Nabi Ismail sudah menginjak remaja, barulah ayahnya Ibrahim kembali. Tak lama mereka disatukan, mereka diuji pula dengan perintah Allah, supaya Ismail disembelih oleh ayahnya.
Korang pun tahu kisahnya kan. Tak perlulah kut aku nak cerita panjang.
Dipendekkan cerita, Ismail bukan sahaja membenarkan tindakan ayahnya Ibrahim, malah meyakinkan ayahnya tak perlu ragu, jika ia adalah perintah Allah, maka laksanakanlah!
Seperti bukan Ismail pula dalam gambar cerita ini yang bakal dikorbankan. Sungguh tenang dan yakin jawapannya.
Hebatkan Nabi Ismail?
Siapa tangan hebat yang membesarkan Ismail?
Hajar.
Siapa yang punya iman yang mantap tatkala bertahun-tahun membesarkan Ismail dengan payah dan jerih, tapi kini harus melepaskannya pergi hanya kerana satu tuntutan dari Allah?
Hajar.
Hebat kan Hajar?
Ya, kita memang tak mampu kalau diuji dengan perkara yang sama. Sebab itu Allah tak uji kita camtu. Iman kita tak sehebat mereka.
Tapi tolak ke tepi kedua-dua Nabi dalam kisah ini, Hajar merupakan individu penting dan sumber inspirasi yang besar.
Ramai yang highlight pasal kehebatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tapi ramai lupa akan pengorbanan seorang isteri dan ibu bernama Hajar dalam kisah ini.
Kerana itu saya katakan, wanita itu apabila dia merelakan dirinya dipandu oleh cahaya iman dan wahyu, mereka mampu menjadi insan yang sangat-sangat hebat. Sama seperti Hajar.
Muslimah, kalian sebenarnya memang hebat. Muslimah selalu underestimate kelebihan yang ada pada diri mereka dan memandang rendah potensi diri.
Hanya sahaja jika kalian dapat melihat kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri kalian sepertimana yang aku lihat, kalian akan tahu betapa besarnya nikmat yang Allah telah berikan pada kalian dan peranan yang tak kurang besar juga buat kalian dalam mendidik ummah ini.
Itu harapan aku. Agar kalian muslimah semua sedar akan keistimewaan dan potensi sebenar yang ada dalam diri kalian.
Wahai para muslimah, looks deeper. Deep inside yourself. You got the strength and beauty that so high no other being can be compared to.
But.. but if and only if you put your standard or self love purely based on how man see you, then your strength are totally wasted! Because you usually are much better than what they thought you could be. Really.
Dan ini aku tak jemu ulang walau berkali-kali, kalian dikurniakan kedua-dua kelebihan IQ dan emosi. Jika kalian pandu kekuatan EQ dan IQ itu mengikut acuan Islam, kalian jauh jauh lagi hebat dan berperanan/ berpengaruh dari lelaki.
Ini pendapat jujur aku sebagai seorang lelaki.
Jadi satu je harapan aku pada kalian, agar kalian menggunakan kelebihan yang ada pada kalian itu untuk sama-sama membangun ummah tercinta ini.
Sedarlah wahai muslimah bahawa peranan kalian sangat penting dalam pembangunan ummah.
Terlena dan hanyutnya para wanita muslim dibuai hiasan warna-warni duniawi, maka hanyutlah seluruh ummah. Bangkit dan sedarnya para muslimah bersama visi melalui panduan ilmu dan iman, maka akan terbangkitlah kembali kekuatan seluruh ummah ini!
Di tangan kalian, terletaknya survival ummah. Percayalah.
Ok, itu sahaja. Maaf panjang sikit kali ini. Btw bagi yang bertanya tentang status aku, actually sekarang aku baru mula ta’aruf dengan seseorang.
Baru dapat persetujuan utk ta’aruf selepas cuba-cuba tanya hari tu. So sekarang tengah nak set up method / medium taaruf. Basically akan ada orang tengah untuk guide dan avoid any unnecessary things masa proses perkenalan tu nanti.
Orang tengah tu lebih senior dan dah berkahwin la biasanya. Maybe lepas ini akan ada perjumpaan beberapa kali mengikut keperluan dan juga akan diwujudkan satu whatsapp group (bersama orang tengah) untuk any discussion pasal ta’aruf dan perkahwinan (kalau dah ke arah tu).
Ini bagi mengelakkan perhubungan melalui personal messages yang kadang boleh tersasar cara. Atau cakap mudahnya, nak elak flirting.
Yelah, dah namanya wanita dan lelaki. Nak jaga tu sukar sikit, jadi precautions tu pun kena lebih sikit sebelum kahwin ni. InsyaAllah bila terjaga itu padanya ada barakah.
Actually ini taaruf kedua aku setelah ta’aruf pertama aku tak berjaya. Perempuan yang aku nak ta’aruf kali ni nampak baik, terjaga litup pakaiannya, pandai jaga batasan pergaulan dan juga paling penting beragama, penyayang dan sederhana orangnya.
Kalau tak keberatan, nak request sekali lagi doa dari kalian semua, semoga taaruf ini dipermudahkan dan diberkati Allah.. thanks again guys. Semoga Allah merahm4ti kalian semua.
– Akim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit