Assalamualikum semua. Banyak sangat kisah- kisah sedih kebelakangan ini dalam page ni. Hal keluarga, hal rumahtangga, hal kerja. Macam2 la.
Dan aku nak cerita kisah hidup aku 4 tahun lepas. Sedih pada mulanya tapi Allah gantikan dengan kegembiraan yang tak terucap dengan kata-kata.
Tahun 2016, aku diuji dengan sakit yang tak dapat dikesan pada mulanya. Sebelum dimasukkan ke kecemasan aku demam ‘on off’ lebih kurang 3 hari.
Dah pegi klinik tapi demam tak kebah. Selera makan kurang, berat turun, malam je badan berpeluh-peluh, nak baring dada rasa sakit menghimpit.
Nak bernafas tak lepas rasanya. Masuk hari ke 4 aku pegi hospital kerajaan.
Lepas Dr cek darah, suhu, buat Xray, terus aku dimasukkan ke ’emergency room’. Dimasukkan morfin bagi mengurangkan sakit aku tanggung. Masa ni sakit apa Dr belum pasti.
Hampir tengah malam baru aku ditolak ke bilik Isolasi di wad. Aku dikuarantin selama seminggu. Hari2 buat ‘blood test’. Tangan lebam dua- dua belah. Drip air bertukar ganti bila habis.
Macam2 test Dr buat tapi sakit apa belum dapat tahu. Dada aku makin sempit, nafas makin tercungap-cungap, demam makin tinggi.
Sampai satu hari, Dr tebuk bahagian rusuk kanan untuk mengeluarkan air. Prosedur ‘tubing’ dibuat sebab keputusan Xray menunjukkan air makin banyak didalam kedua paru2..
Aku diberi bantuan oksigen sebab dalam paru-paru aku peratus oksigen makin kurang.
Lepas seminggu dalam isolasi wad, aku dipindahkan ke wad biasa. Betul- betul depan meja nurse. Aku rasa supaya senang Dr dan nurse pantau aku.
Macam biasa hari-hari ambik darah untuk ‘run test’. Pakar Paru-paru, pakar tulang, pakar O&G bergilir periksa aku berdasarkan ‘history ‘ sakit yang aku bagitau.
Tapi punca paru-paru aku makin banyak kuman dan air masih tak dapat dikenalpasti.
Aku minta balik selepas 2 minggu di hospital. Lagipun sepanjang aku diwad, aku susah nak tidur dan rehat secukupnya. Badan aku makin lemah makin kurus.
Lebih kurang 2 hari dirumah aku ambil keputusan pergi hospital swasta untuk dapatkan ‘second opinion’. Ye akhirnya penyakit aku dapat diketahui. Aku disahkan kena Penyakit Tibi.
Ya Allah, air mata aku tak berhenti mengalir. Kenapa aku? Dr tu bagitau nanti makan ubat lengkapkan rawatan selama 6 bulan. InshaAllah aku sihat seperti biasa.
Sejak hari itu aku setia dengan ubat Tibi selama 6 bulan. Aku direfer ke Pusat Resporatori Negara untuk rawatan selanjutnya.
Bermulala episod ulang alik untuk rawatan susulan dan sambung ubat disini. Alhamdullilah aku dah boleh kerja lepas seminggu makan ubat khas untuk Tibi.
Kisah gembira yang aku nak kongsi disini ialah aku dapat tawaran mengerjakan Haji oleh Tabung Haji bersama suami aku.
Ya Allah!!! Ya Tuhanku… Kau maha mendengar doa hambaMu ini semasa dalam kesakitan diuji sakit ini.. Sampai masa untuk medical check up untuk keperluan Buku Rawatan Tabung Haji ada dugaan untuk aku.
Klinik Kesihatan tidak luluskan aku untuk suntikan untuk jemaah haji. Kes aku dirujuk kepada Pakar Respiratori untuk tindakan lanjut.
Aku tak putus doa sepanjang menunggu giliran dipanggil. Sampai giliran aku, aku masuk bagi salam dan duduk depan Pakar tersebut.
Belum aku buka mulut nak bersuara.. Pakar tu ucap ‘Puan doakan kami disana nanti supaya kami semua dapat dijemput menjadi tetamuNya satu hari nanti.
Takkan la saya tak izinkan Puan pergi menyahut panggilan Allah. Lagipun Puan dah sihat cuma ada lagi 1 bulan untuk habiskan rawatan ni. Saya yakin Puan akan sihat sepenuhnya dan dapat mengerjakan haji dengan baik. ‘
Ucap Pakar tersebut sambil tandatangan di Buku Rawatan Tabung Haji.
Ya Allah.. air mata aku mengalir tak berhenti lagiiii. Aku tak terucap dengan kata-kata masa dengar Pakar tu bicara.
Ya Allah nikmat mana lagi aku mahu dustakan. Selepas sakit yang kau beri, Kau beri aku nikmat yang semua orang dambakan. Ke Baitullah Mu.. Ya Allah.
Kisahnya sebelum itu… selepas aku discharge dari Hospital.. dalam kereta tu masa dalam perjalanan balik rumah, aku bagitau suami aku.
Aku nak pegi jugak Mekah Madinah tahun ni untuk buat Umrah sebelum aku m4ti. Masa tu aku rasa hidup aku mungkin tak lama dah. Sebab sakit aku tak dapat dikesan.
Dada aku makin sakit. Nafas aku makin sesak. Suami aku lepas tahu hajat aku.. dia usaha supaya kami dapat pegi umrah tahun tu. jugak.
Tapi Allah dengar doa hambaNya yang diberi ujian sakit ini. Selepas beberapa bulan makan ubat dah makin sihat, aku dapat panggilan dr Tabung Haji yang kami ditawarkan pergi Haji tahun 2016 tu.
Ya Allah… sujud syukur aku. Air mata aku memang murah sangat sejak aku sakit hari tu sampai sekarang.
Tiap kali aku kenang.. memang aku menangis.
Adik2 kalau di beri ujian sakit, ujian apa2 pun masa inilah Allah mahu kita dekatkan dan sujud pada Dia. InshaAllah doa kita termakbul.
Jangan penat berdoa.
Terima kasih sudi baca coretan saya. Yang baik dijadikan tauladan. Yang tidak baik dijadikan sempadan.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit