Tak Tahu Nak Cakap Macammana

Nama aku Mek Rose (bukan panggilan sebenar). Aku dan family hidup sederhana di kampung. Rumah kami kecil saja cukup lah 6 orang duduk.

Nak dijadikan cerita, rumah aku ni dekat la juga dengan rumah mak-mak sedara aku. Kalau naik motor berapa minit ja sampai la rumah aku.

Salah seorang mak sedara aku ni (adik ipar abah aku) title dia ‘ustazah’, of course la pandai dalam agama. Aku panggil Mokda (bukan panggilan sebenar).

Cuma satu saja yang aku tak berkenan dengan Mokda ni. Mokda ni suka berjalan rumah aku dan mak sedara aku lagi sorang tu, Acu (bukan panggilan sebenar) tak tentu masa main terjah saja.

Kadang awal pagi, orang nak kemas rumah tak jadi kerja, kadang time orang nak masak tengahari dia datang, kadang Mokda datang rumah aku maghrib pon tak balik lagi.

Kalau jarang-jarang datang tu tak apa la juga. Tapi ni dah selalu sangat datang rumah dengan anak-anak kecil lagi. Kami sekeluarga sampai dah tak ada masa nak rehat.

Kadang mak abah aku kerja shift malam of course la nak rehat nak tidur sekejap. Dengan Mokda dan anak-anaknya lagi dalam rumah. Kerja shift malam penat weyhhh.

Abah aku cakap: budak-budak biasa la kan kalau main bising-bising. Kesian mak abah nak rehat kejap pon rumah bising  Aku dan adik-adik tak dapat nak tolong sebab kami jauh di perantauan.

Ya, memang aku tahu kalau tetamu datang rumah mereka bawa rahmat pada kita dan pulangnya mereka akan keluarlah segala bentuk bala, kemudaratan, binatang yang menyakitkan atau penyakit dari rumah kita. Maka kita layanlah mereka dengan ikhlas.

Tapi bila dah jadi macam ni, kami sekeluarga pula rasa tak selesa, kami takut berdosa sebab layan tak berapa ikhlas sebab dah selalu sangat datang rumah tanpa suaminya yaa (adik abah aku)..

Kalau datang sekejap sahaja tak apa. Kadang mak aku tak ada di rumah pon, ada abah aku dan adik-adik sahaja pon Mokda macam tak kisah. Kotla segan kan sebab abah aku ada di rumah.

Hmm.. Aku tak tau nak cakap apa. Kadang tu lepas datang rumah aku, Mokda sambung pula pergi rumah mak sedara aku lagi sorang, Acu.

Acu lagiii kesian. Sebab Acu ada buat bisnes kecil-kecilan buat roti/ kek, ada anak istimewa lagi nak kena jaga. Bila Mokda datang rumah memang tak jadi kerja la weyhh sebab layan Mokda datang rumah.

Dah tetamu datang takkan kita nak halau pula kan. Kadang lepas Mokda pergi rumah Acu, Mokda sambung datang rumah aku pula. Aku selalu fikir yang Mokda ni tak ada kerja ka?

Kita dalam islam pon ada belajar tentang adab bertamu di rumah orang. Dan aku pasti Mokda lagi tahu tentang ni sebab dia orang yang pandai agama juga.

Pernah aku dan mak, jamu la sikit apa yang ada untuk Mokda dan anak-anak makan. Aku macam terkejut jugak sebab anak-anak Mokda makan macam lapar sangat. Mereka berebut-rebut makan kadang sampai tertumpah air.

Aku terfikir Mokda sebelum datang rumah ni tak bagi anak-anak makan dulu ka?

Bukan nak cakap apa sebab aku memang seronok kalau kita jamu makanan kat tetamu habis mereka makan.. Alhamdulillahh sedap la tuu kan. Aku seronok sebab tetamu dapat makan kenyang.

Setiap kali Mokda dan anak-anak datang rumah aku, mesti anak-anak Mokda minta makanan dan air. Aku tak kisah bab makanan tu. Cuma aku kesian sangat sebab mereka setiap kali datang rumah aku mesti dalam keadaan lapar.

Roti Gardenia baru beli tak sempat buka lagi, mereka dah habis kan separuh tinggal berapa keping roti ja.

Dannn lagi satu, aku tak berapa berkenan sebab Mokda ni macam tak ajar ka anak-anak dia adab bila datang rumah orang? Yalaa walaupun rumah adik-beradik kan.

Kadang-kadang tu anak-anak Mokda ni macam khianat dengan makanan pon ada. Yang ni aku tak sukaa.

Pernah aku tengok anak Mokda makan biskut/ kek atau apa-apa makanan dalam balang mungkin tak sedap atau dah tak nak makan ka apa, dia letak balik dalam balang tu.

Pernah juga lepas makan mereka tak basuh tangan, tapi mereka kesat kat langsir mak akuu.

Aku tau la rumah aku ni tak besar tak cantik macam rumah orang. Mokda hanya tengok ja Mokda tak marah pon. Aku sedihh.. Kadang anak-anak Mokda bagi tumpah air depan dia pon, Mokda tak marah. Allahu.

Mak aku yang rajin tegur anak-anak dia. Tak nak buat macam tu, tak baik buat macam ni. Mokda? Hanya tengok

Aku kesian juga dengan mak aku sebab kadang tengok dia penat layan Mokda. Kalau Mokda datang rumah memang kerja tak jalan la weyhh bersembang dengan dia sajaa.

Aku pernah terfikir, Mokda ni tak ada kerja ka asyik berjalan ja rumah orang. Kadang dia duduk rumah aku sampai nak habis maghrib dah pon tak balik lagi.

Mokda tak solat ka? Tak kan setiap kali datang rumah aku Mokda tak solat? Aku husnudzhon saja laa. Mungkin Mokda tak boleh solat. Hmm..

Tempat kerja Mokda ni dekat ja dengan rumah kami. Lepas balik kerja dalam pukul 6 petang macam tu, Mokda dan anak-anak datanglah rumah kami lepak sampai maghrib. Maghrib dah nak habis baru balik.

Lepas Mokda kena transfer ke office baru, jauh sikit dari rumah dia ada dalam setengah jam juga kalau jalan tak jammed.

Lepas pada tu memang Mokda dah tak datang rumah. Tambah pula time pkp memang tak boleh pergi mana-mana la kan. Kami sekeluarga rasa tenang lah sikit

InshaaAllah, nanti aku sambung Part 2 pula. Time ni abah ada rezeki lebih untuk renovate rumah. Again pasal Mokda

Moga apa yang terjadi depan mata aku, aku jadikan pengajaran bila aku kahwin nanti.

Bagi aku la kan, mungkin Allah nak aku ambil pengajaran, pentingnya adab dalam kehidupan kita, kena didik diri, keluarga dan anak-anak betapa pentingnya kita jaga adab, baru orang akan hormat kita.

Maaflah ya aku hanya luahkan perasaan je.

Kadang penat rasa.. Apa pendapat kalian? Ada solusi tak?

– Mek Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *