Kekeliruan Identiti

Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak IIUM CONFESSION jika cerita saya ini dipos dalam page IIUM CONFESSION.

Nama saya San (bukan nama sebenar), saya berumur 20 tahun, pelajar dari sebuah universiti terkemuka.

Latar belakang keluarga, ibu ayah saya tiada apa-apa masalah sosial dan juga dari sudut kerohanian. Semuanya tampak normal.

Saya tak tahu nak mulakan cerita bagaimana, harap para pembaca sudi membaca luahan saya dan dapat memberikan bantuan nasihat.

Saya tidak tahu nak meluah kepada siapa? Sebab saya takut, bila meluah pada rakan, mereka akan menjauhkan diri daripada saya, apatah lagi pada keluarga.

Okay, straight to the point. Saya mempunyai masalah kecelaruan identiti.

Apa yang saya maksudkan disini adalah saya keliru dengan “s3xual orientation” saya atau bahasa mudahnya saya mempunyai perasaan songsang.

Bila perasaan ini bermula?

Saya tidak sedar. Kerana pada hakikatnya, selepas saya dilahirkan, masuk ke tadika, sekolah rendah, menengah..

Memang perasaan saya pada lelaki maksudnya perasaan suka pada lelaki dan tak pernah langsung terlintas dalam fikiran nak ada perasaan suka atau nafsu terhadap sesama jantina.

Pada mulanya, semua adalah normal sahaja, sehinggalah saya menjejakkan kaki ke alam universiti.

Perasaan saya bertukar kepada satu perasaan yang songsang ataupun boleh dikatakan “bis3xual” kerana saya juga ada perasaan pada lelaki tapi dalam masa yang sama pada perempuan juga.

Kisah yang pertama, apabila saya mengenali seorang senior, saya panggil dia C.

C ni seorang perempuan yang berperwatakan seperti lelaki ataupun tomboy kerana gayanya, rambutnya, semuanya seperti lelaki, malah lebih menarik dari kawan lelaki saya, dia non-muslim.

Awalnya saya “suka2″ melihat dia , entahlah saya rasa excited bila berada dengan dia.

Saya ingatkan hanyalah perasaan suka2 sahaja tapi lain pula jadinya bila perasaan tu bertukar kepada sesuatu yang lebih serius.

Tetapi tidaklah sampai saya menjalinkan hubungan yang serius dengannya, kerana saya pendam saja perasaan ini, saya hanya berkawan sahaja dengan dia.

Kedua, saya lebih suka melihat gambar2 wanita cantik di insta atau fb, mungkin bagi anda itu adalah lumrah kerana suka melihat benda yang cantik.

Akan tetapi saya bukan sahaja suka, malah mempunyai nafsu apatah lagi jika gambar wanita itu s3ksi, saya rasa seperti saya ini seorang lelaki.

Saya suka mengikuti page2 bis3xual di FB dan IG, tak ketinggalan juga page yang berunsur LGBT.

Ya, ini adalah dosa terbesar saya. Saya keliru. Saya mencari, saya membuat research hal ini sehinggakan boleh terjebak dengan lebih dalam.

Saya juga suka menonton filem2 berunsurkan lesbian dan saya tidak ada rasa bersalah malah saya leka mengagungkan pelakon2 tersebut.

Apa sudah jadi pada diri saya?

Mesti anda tertanya. Adakah saya banyak kali tersakiti/ putus cinta dengan lelaki? Mungkin.

Saya pernah mempunyai teman lelaki dan baru tahun lepas kami putus kerana dia tidak memberikan komitmen dalam perhubungan. Dan saya juga pernah di”reject” oleh lelaki 2 kali.

Apabila saya teliti, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perasaan saya ini bertukar arah.

Salah satunya, faktor masalah sosial dalam masyarakat yang mana melibatkan kelakuan lelaki yang buruk pada perempuan.

Sejak dibangku sekolah lagi, saya sudah didedahkan dengan pelbagai cerita tentang keburukan dan kekejaman lelaki terhadap kaum hawa.

Saya didedahkan dengan cerita dan kes tentang wanita, anak perempuan, mereka disiksa seperi s3xual abuse, p3d0filia, kes r0g0l, masalah rumah tangga, masalah dalam pekerjaan, dan banyak lagi lah..

Sehinggakan saya tak sengaja berkata yang lelaki dalam dunia ini tak guna dan tak patut ada dalam dunia ini sampai lah masalah terkini yang melibatkan kes2 ustaz pun saya boleh jadi benci terhadap lelaki yang bernama ustaz.

Saya hilang kepercayaan pada semua lelaki kecuali ayah saya seorang. Masya-Allah, negatifnya fikiran saya, terlalu rigid. Saya tahu tak semua lelaki begitu.

Tapi boleh dikatakan, setiap hari minda saya disuntik dengan perkara negatif dan pandangan serong terhadap lelaki, jadi secara tidak sedar sedikit demi sedikit saya rasa takut nak dekat dengan lelaki.

Saya boleh berkawan dengan lelaki tapi dalam masa yang sama saya trauma dengan mereka.

Mungkin ini adalah faktor yang mendorong kepada masalah ini, saya berasa selesa berada dalam kalangan perempuan, bekerja dengan perempuan.

Kerana perempuan, mereka sangat komited dan memberikan komitmen yang tinggi dari pelbagai sudut.

Banyak lagi yang saya ingin ulaskan, tapi cukuplah sampai disini sahaja, saya ingin mendapatkan pandangan pembaca.

Saya ingin minta maaf, jika ada pembaca yang tak senang dengan luahan saya. Cuma ini sahajalah cara untuk saya mendapat bantuan nasihat dari pembaca sekalian.

Saya manusia tidak sempurna yang sedang berusaha untuk membaiki diri saya. Saya nak ubah minda negatif saya.

Jadi, saya berterima kasih banyak2 jika para pembaca sudi mendoakan saya agar dapat berubah dan menghapuskan perasaan songsang ini.

– San (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *