Pengalaman Duduk Di Wad Psikiatri Hospital Melaka

Hi, nama saya Tiffanny (bukan nama sebenar). Saya berumur 27 tahun dan belum berkahwin tetapi single but not available.

Saya mahu buat confession sebab ada terbaca conffesion ppukm (wad psikiatri perempuan). Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/wad-psikiatri-1j-perempuan-ppukm/).

Saya disini mahu bercerita pengalaman saya duduk di hospital melaka ketika saya berumur 17 tahun 10 tahun yang lalu.

Terima kasih kalau confession ini disiarkan. Saya pernah hantar confession tapi tidak disiarkan mungkin sebab bahasa yang bercelaru.

Saya admitted dekat wad psikiatri sebab saya mengamuk masa appointment doctor psikiatri. Saya ada bermacam macam halusinasi ketika itu sehingga saya ketuk dan terajang pintu bilik doktor.

Lepas tu mereka tangkap saya ke wad psikiatri. Di wad psikiatri saya disedated. Selepas itu, ada wayar wayae dan dipakaikan pampers. Saya tak mau cerita banyak tentang ini sebab tak berapa ingat.

Lepas saya stabil dorang masuk kan saya dalam wad. Di luar wad ade pagar serta meja untuk pelawat. Di dalam pagar ada banyak katil katil.

Tiada phone pesakit pegang. Tiada barang berharga. Lepas tu tandas memang tiada kunci cuma ada pintu yang boleh tolak tolak. Kemudian ade singki.

Setiap hari semua orang (semua gegurl sebab wad perempuan) kena mandi gosok gigi dulu. Lepas tu sarapan makan roti. Lepas tu senam robik dengan nurse lelaki dan nurse perempuan pelatih.

Saya tak sure nurse lelaki sorang tu wujud ke tak. Maybe hanya my halusinasi. Sebab sorang je nurse lelaki. Lepas tu kitorang main bola beracun di hujung wad. Pukul 11 pagi doktor melawat.

Waktu doktor melawat kena makan ubat. Dulu saya makan ubat risperidone.

Risperidone ni memang buat saya badan besar serta naik berat badan tapi sekarang saya dah stabil saya makan ubat amisulpride.

Ubat amisulpride takde lah kesan ke berat badan sebab saya makan ubat ni dari 2016 hingga 2020 muka saya memang berubah bertambah comel.

Oh ya, lepas doktor melawat kami makan tengahari. Seingat saya makan tengahari nasi ayam. Sedap betul tau. Lepas makan tengahari ,saya dan pesakit lain buat aktiviti melukis.

Saya ingat lagi pesakit A melukis banana. Saya melukis anime dan sorang lagi melukis hantu.

Waktu petang aktiviti bebas ada yang tidur,ada yang tengok tv ada juga yang membaca seperti saya.

Waktu malam pukul 6 semua kena mandi dan gosok gigi serta cuci muka. Lepas mandi semua kena makan malam.

Makan malam waktu itu tak silap makan nasi goreng (saya tak berapa ingat apa makan malam sebab dah 10 tahun dah).

Saya malam malam waktu memang gilet sebab suka berlari lari keliling wad. Selama seminggu lari keliling wad sampai nurse and doktor tak tahan dan discharge saya dari wad psikiatri.

Nanti saya sambung lagi pengalaman di wad psikiatri hospital melaka yang kali kedua. Doakan saya sentiasa stabil dari penyakit schizophrenia ini. Bye bye.

– Tiffany (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *