Aku Penghidap Diabetis

Haiii.. Assalammualaikum.. Hari ni terdetik dalam hati aku untuk berkongsi cerita duka aku sebagai penghidap kencing manis tapi takdelah duka sangat pon.. Aku jer suka lebih2.. Haihh..

Okay.. yang aku rasakan kencing manis ni dah menutup separuh peluang aku dan kegembiraan aku tak macam waktu dulu..

Aku kenalkan diri aku sebagai Cik T.. Aku masih muda berusia 27 tahun dan masih belum berkahwin.. Awal bulan 3 tahun ni aku disahkan penghidap diabetes type 2.

Itu pon sebab masa awal bulan 3 hari tu aku di masukkan ke hospital kerana kes demam denggi dan masa tu jugalah doktor bagitau aku, aku juga penghidap kencing manis..

Reaksi aku mulanya bila dapat tau aku ada kencing manis biasa jer macam takde perasaan.. Sampai doktor kata awak boleh mati tau kalau tak dikawal. Dan awak masih muda..baru aku mcm ade perasaan dan aku fikir..

Sebab dalam fikiran aku kencing manis ni tak bahaya dan aku selalu dengar yang penghidap kencing manis ni orang tua..

Lepas aku keluar hospital aku study la sedikit sebanyak pasal kencing manis ni.. Bila aku dah baca sedikit sebanyak menjadikan aku takot dgn kencing manis ni..

Yelahh.. Mana tidaknya kencing manis ni akan rosakkan saraf dan selalunya berakhir dengan pemotongan kaki.

Tiap kali aku baca artikel pasal kencing manis aku mesti akan terfikir yang aku akan bertahan sampai umur berapa sempat ke aku merasa duit KWSP aku?? hahaha.. Walaupon aku tau ajal maut tu semua ketentuan Tuhan..

Okay berbalik pada isu kencing manis tadi, banyak yang mengatakan kencing manis ni ibu segala jenis penyakit..

Bila dah ada kencing manis maka penyakit lain macam jantung, darah tinggi, buah pinggang akan gagal berfungi kalau tak di jaga.. Sejujurya sekarang aku dah mula risau..

Aku tak ada ambil apa2 supplement yang katanya boleh membantu mengurangkan level gula la merawat kencing manis la.. Sebab aku takot ade kesan lain yang boleh rosakkan buah pinggang aku.

Dietatian pon memang tak bagi ambil apa2 supplement then aku pon pernah baca yang ade orang ambil supplement untuk rawat kencing manis tapi jadi sebaliknya jadi makin teruk.

Aku kuatkan diri aku untuk tidak mengambil2 apa2 produk selain insulin yang dibekalkan oleh hospital untuk aku..

Selepas dah terbukti aku ada kencing manis ni ofkos pola pemakanan aku dah berubah.. Aku pernah menangis sebab dah tak boleh makan mcm dulu.. Paling drastik aku tak minum air manis dah..

Padahal aku teringin sangat nak minum tea live tuu… Dah lama tak dapat.. Huhuhu.. Tapi makan aku masih tak berapa boleh kawal.. Susah bagi aku kena jaga makan..

Ada masanya aku jaga makan, ada masanya bila kawan2 ajak lepak atau keluar makan kat luar dengan sesiapa jerlah aku tak jaga makan.. Paras gula aku mesti belas2.. Kaki aku tak usah cakap la hari2 rasa kebas..

Aku tak taulah mcm mana nak kawal pemakanan aku.. Tolonglah sesiapa boleh bantu aku untuk kawal makan.. Arghhhh….

Sebenarnya kan.. Kencing manis ni jugak buatkan aku terfikir ada ke orang nak jadikan aku pasangan hidup sebab dah ada penyakit.. Boleh ke aku berkahwin dan ada anak??

Aku sebenarnya takot nak bercinta sebab sakit ni.. Takot orang tak boleh terima aku.. Dan mesti ada yang memperlekehkan aku sebab usia muda tapi dah ada penyakit ni..

Hmmm.. Ni aku nak pesan pada korang semua jagalah pemakanan anda. Aku mengaku dari dulu sampai sekarang (sebelum tau ada diabetis) aku tak pernah jaga makan..

Aku kuat minum minuman bergas makan makanan fastfood, frozen food.. Apa lagi yang sedap semua aku tibai.. Tak pernah fikir pasal kesan dan akibat yang mengakibatkan pelbagai jenis penyakit..

Akhir kata, korang bagilah aku kata2 semangat untuk aku meneruskan hidup ni.. Bagilah aku tips macam mana nak kawal pemakanan aku.. Aku stress jugak fikirkan benda ni..

Tapi nak buat macam mana benda dah jadi kan.. Sekian cerita aku diari Cik T.. Bukan Cik Tikus tapi Cik Takott.. Baiiii…

– Cik T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *