Wanita Di Tapak

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya confession ini terpilih. Sekadar menulis untuk berkongsi pengalaman bekerja di sektor yang boleh dikatakan 80% adalah lelaki iaitu sektor pembinaan.

Betul la orang kata kita jangan terlalu membenci sesuatu sebab mungkin di akhirnya kita akan bersama perkara yang dibenci.

Sebelum menjadi pekerja sepenuh masa, aku pernah menjalani praktikal di tapak bina dan berjanji tidak akan bekerja di sektor ini selepas habis belajar. Tapi itula kita hanya mampu merancang tapi perangcangan Tuhan lagi hebat.

Selepas habis belajar aku bekerja di sektor perkilangan dalam tempoh 6 bulan dan boleh dikatakan permulaan gaji serta pengurusan syarikat sangatlah baik.

Tapi ada keperluan lain yang menyebabkan aku terpaksa meneruskan kerja di sektor pembinaan di kampung halaman.

Permulaan kerja aku berada di tapak bina yang umpama padang jarak padang tekukur memang tanah amat lapang dan pejabat tapak didalam kontena.

Bila dikenang balik aku berasa kagum dengan diri sendiri macam mana aku boleh hadap dan ‘survive’ bekerja dalam persekitaran tersebut.

Setakat berjemur tengah panas tu biasa la tapi yang paling lasak bekerja dalam ruang sempit dan gelap dan kau seorang je permpuan.

Aku bernasib baik sepanjang bekerja dipertemukan dengan rakan sekerja lelaki yang tidak mengambil kesempatan sekalipun aku perlu berada di tapak sehingga ke malam.

Sekarang pejam celik pejam celik sudah masuk tahun ke 6 aku berada di dalam sektor ini. Masih bertahan disebabkan kekangan pengalaman kerja serta dilema untuk terus berada di negeri kelahiran bersama orang tua.

Namun jauh di sudut hati aku betul-betul mengimpikan kerja tetap kerana status kerja aku sekarang kontrak berdasarkan tempoh kerja tapak bina.

Setakat ini aku sudah berpindah di tiga tapak bina yang berlainan. Umur sudah pun menginjak dan aku masih memikir kerja sekiramya tamat tempoh kontrak.

Jujur aku katakan aku agak penat berada di tapak mengadap terik mentari, bahaya kayu besi, kerja-kerja konkrit yang lama, bekerja bersama pekerja asing, berkasut safety shoes dan safety helmet yang berat serta berseluar dan berkemeja.

Mahu juga merasa berada dalam persekitaran kerja yang selesa dan bergaya ke tempat kerja.

Itu belum aku ceritakan bagaimana aku survive mengandung sepanjang berada di site dan panjat staging/ perancah semasa tempoh tersebut. Tuhan je tahu bagaimana gigihnya aku bekerja di bidang ini.

Tapi itulah rezeki aku masih disini. Bersyukur masih mempunyai kerja walaupun kontrak tapi masih berharap untuk mendapat kerja yang lebih baik daripada kerja sekarang. Doakan aku.

Sebelum aku mengakhiri confession ini sekadar tips untuk wanita di luar sana yang turut berada di bidang ini.

Pertama jaga tingkah laku dan pergaulan terutama dengan pekerja lelaki.

Kita boleh bercakap dan membuat kerja bersama namun biarlah ada batasnya dan yang paling penting biar lelaki yang bekerja dengan kita tahu yang kita bukan jenis yang menggatal atau mudah diambil kesempatan.

Jaga cara percakapan supaya orang senang dan suka untuk menolong kita terutama semasa melakukan kerja di tapak yang kadang2 memerlukan kudrat lelaki.

Kedua jagalah penampilan terutama dalam berpakaian. Pakai lah pakaian yang longgar dan gelap kerana itu mampu melindungi kita dari mata-mata nakal mereka terutama dari pekerja asing di tapak.

Ketiga selalu berhati-hati semasa melakukan kerja. Persekitaran di tapak tidak sama dengan di pejabat. Hari ini kosong esok sudah gali lubang dekat kawasan tersebut.

Bagi tips kecantikan aku memang fail teruk. Mungkin kepada sesiapa yang bekerja di sektor ini juga boleh berkongsi tips especially tips nak hilangkan sunburn dengan cepat.

Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan aku terus kuat dan gigih ye. Assalamualaikum.

– Rebarwoman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *