Simpanlah Duit

Assalamualaikum semua. Aku namakan diriku ANH, seorang surirumah dan peniaga online. Ibu kepada 7 orang anak, ramai kan.

Kami suami isteri peniaga online sepenuhnya, tidaklah buat bisnes sampai jutaan lagi tapi tidaklah berbisnes sekadar isi masa lapang.

Ceritanya tiga tahun lepas, suami ku ditamatkan perkhidmatan kontrak di tempat kerja.

Walaupon tiap tahunan debaran tetap, bakal disambung kontrak ke tak tapi jujurnya kami tak bersedia dari segi kewangan sebab yakin kontrak biasanya disambung.

Masih hidup seperti biasa tanpa mempunyai sedikit simpanan pon. Orang niaga ni (sayalah tu) memang kurang menyimpan sebab semua duit dibuat modal bisnes. Nanti dapat untung baru simpan.

Tapi adakah semua bisnes semudah tu? Adakalanya untung, adakalanya rugi. Makanya duit yang dijadikan modal tu lebur lah begitu saja.

Bila suami ditamatkan kontrak, terduduk jugak sebenarnya sebab takde simpanan langsung. Barang kemas ada tapi ada deat Ar Rahnu (buat pusingan modal katanya) tapi masa nak tebus sakit jugak lah.

Perkara pertama kami buat senaraikan semua hutang yang ada dan cara selesaikan. Masa tu kami ada hutang kereta 2 buah, pinjaman pelajaran, kad kredit dan hutang dengan adik beradik.

Mujurlah kami belum membeli rumah (jangan kecam kenapa kami tak beli rumah awal lagi).

Tapi kami berjaya beli 2 lot tanah secara tunai sepanjang bekerja & berniaga tu atas nama masing2. Konon nya nak buat rumah atas tanah sendiri, tu sebab kami tak beli rumah.

Perkara pertama kami tamatkan takaful, kami dapat cash value lebih kurang 12k (hampir 10 tahun melanggan).

Tapi kami ambik pakej lain dengan bayaran yang lebih murah tapi coverage lebih tinggi. Tak ambik medical card sebab agak mahal dan kami tahu tak mampu bayar bulan2.

Keduanya kami fokus bisnes sedia ada, adalah kedai fotostat (teruskan dan buat promo secara bersungguh sampai orang kenal).

Malu tu hilangkan lah, asal jumpa orang ramah lah sikit promo bisnes kita. Bisnes online kami banyak ambik barang orang lain.

Contohnya kerepek, sabun, biskut raya dan sebagainya. Alhamdulillah boleh la hidup. Pinjaman pelajaran kami habiskan dengan gunakan akaun dua KWSP. Setel dan lega sangat.

Bila dah hidup macam tu, kita jadi pandai menyimpan. Asal ada duit masuk saya tetap buat simpanan walau RM3 sehari. Nampak RM3 sehari tapi sebulan RM100 dah tu.

Anak saya dua orang sekolah asrama penuh, tak dapat biasiswa tapi alhamdulillah tak pernah la tetunggak yuran dll.

Saya & suami start mengumpul duit RM5 & RM20 dalam tabung. Orang bisnes lagi lah mudah nak kumpul.

Alhamdulillah berkat kami mengumpul selama setahun banyak hutang kami boleh setelkan. Pokoknya MENYIMPAN lah walau RM1 sehari ikut kemampuan.

Banyak sangat cabaran sepanjang 3 tahun ni. Alhamdulillah kami berjaya setelkan MPV kami tahun lepas. Lega sangat satu hutang besar dah setel.

Masa PKP baru ni kedai kami tutup, makanya pendapatan kami juga tiada. Termenung jugak nak fikirkan dengan anak yang ramai takde pendapatan.

Masa tu fikir nak keluarkan simpanan (tak tahu berapa jumlah sejak start menyimpan 3 tahun lepas). Tapi alhamdulillah adik beradik pulak bantu bagi duit pada kami.

Rezeki kami masa PKP luar biasa sangat hebatnya. Mengalir bak air terjun ibaratnya. Kami jual produk frozen, karipap dan keropok lekor orang lain buat. Tak menang kami trima tempahan.

Alhamdulillah. Walau sikit / banyak tempahan kami tetap terima dan mesti menyimpan walau sekadar RM10.

Saya masih menyewa rumah dengan bayaran RM300 sebulan. Tapi memandangkan anak dah makin membesar, saya nekad nak buat rumah tahun depan.

Saya cek kat Tabung Haji dua minggu lepas, tak sangka simpanan kami suami isteri hampir 30k sepanjang 3 tahun.

Mengalir air mata saya sebab masa suami keja & bisnes online saya pon sangat maju tapi saya tak mampu menyimpan walau RM500 dalam bank.

Satu perkara yang saya suka kongsikan pada semua orang, BAYARLAH HUTANG orang, hutang belajar dulu sebelum berbelanja. Rezeki akan masuk lebih banyak lagi selepas tu.

Kami hidup sangat sederhana tapi alhamdulillah anak2 nampak mewah dimata kawan2 nya sebab pak mak sedara sangat murah hati dengan anak2 kami.

BERBUAT BAIK lah sesama adik beradik, mertua, ahli keluarga kita pon penyebab rezeki kita mengalir tak henti2.

Doakan semua kami siapkan rumah tahun hadapan. Biar kecil tapi cukuplah untuk anak2 saya membesar dengan selesa.

– ANH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *