Nama aku Ti. Aku ada 2 orang kakak. Kak Long & Kak Bi. Dua2 mereka dah kawin. Masing2 ada dua orang anak. Aku masih bujang. Sejak aku study kat U sampai dah keja sekarang ni, aku duduk dengan Kak Bi.
Aku nak cerita pasal Abang Abu. Bukan suami aku tapi suami Kak Bi. Dia lepasan SPM, berkerja kerajaan, tak merokok dan bukan kaki lepak dengan kawan2. Kak Bi pulak seorang arkitek dan ada firma sendiri.
Masa Kak Bi nak kawin dengan Abang Abu dulu, Kak Long mati2 tak bagi. Katanya tak setaraf. Tak sekufu. Kak Long cakap hidup Kak Bi akan susah, akan miskin sepanjang hayat.
Tapi Kak Long silap. Abang Abu tak pernah minta duit Kak Bi. Abang Abu adalah contoh suami yang sempurna yang pernah aku jumpa. Dia menjaga keluarga dia dengan baik. Solat, baca quran tak pernah tinggal. Dua kali Kak Bi bersalin, dua kali tu lah dia jaga dalam pantang.
Dia ambil cuti tahun sebulan. Jaga Kak Bi. Masak, Mandikan anak2, bersihkan rumah, semuanya. Kalau bukan dalam pantang pun, memang Abang Abu rajin buat semua kerja2 rumah tu.
Kalau Kak Bi masak, dia jaga anak2. Apa sahaja kerja di rumah, Abang Abu buat. Tak payah Kak Bi suruh. Dua2 mereka sama rajin dan bertolak ansur. Tak pernah sekali aku tengok Kak Bi stress buat semua kerja rumah sorang2, jaga anak2 sorang2.
Walaupun gaji Kak Bi dan Abang Abu lebih dari cukup untuk menampung hidup satu family, Abang Abu masih buat jualan ikan masin kecil kecilan.
Dan pendapatan mingguan Abang Abu hasil jualan ikan masin ni, Abang Abu simpan sampai dia berjaya beli sebidang tanah di kampung. Abang Abu masih menyimpan untuk buat rumah pencen pula nnt katanya.
Bila Abang Abu kena outstation @ perlu attend kursus di luar kawasan, dia akan pastikan peti ais penuh dengan makanan selama mana dia tinggalkan rumah.
Susu anak, diapers, keperluan lain, semua Abang Abu siapkan. Jadi Kak Bi tak perlu keluar beli barang @ makanan harian. Bila Abang Abu tak de, selalunya aku tolong Kak Bi jaga anak2, kemas2 dan masak.
Berbeza dengan suami Kak Long. Segala yang Abang Abu buat, dia tak pernah buat. Jangan kata nak tolong kemas rumah, basuh berak anak pun tak pernah. Solat, quran entah kemana.
Memang contra 100% dengan Abang Abu. Kak Long selalu stress. Dia buat semua kerja di rumah. Balik kerja, dia ambil anak2 kat taska / tadika, balik rumah terus masak sambil jaga anak2. Langsung tak dibantu suami.
Suami Kak Long katanya businessman tapi sentiasa tak cukup duit. Selalu minta duit Kak Long. Kereta besar, pakaian mahal2 tapi jarang2 belanja barang dapur untuk keluarga. Rumah Kak Long pun bukan rumah sendiri. Sampai sekarang masih menyewa.
Kak Long pernah tanya aku macam mana Kak Bi kat rumah bahagi masa dengan kerja dan rumahtangga. Aku cakap Abang Abu banyak tolong. Abang Abu memang bukan suami yang kaya raya boleh belikan rumah kereta besar untuk Kak Bi. Tapi jiwa Abang Abu besar.
Tak pernah lupa beri nafkah duit dan keperluan Kak Bi walaupun gaji bulanan tak sebesar income suami Kak Long. Kak Bi hidup sederhana tapi mereka happy.
Kehidupan Kak Long sebaliknya. Dia tak happy. Dia penat setiap masa. Dia Nampak struggle dengan hidup. Disebabkan itu, Kak Long tak layan anak2 dia dengan baik. Bila hujung minggu, selalunya Kak Long ajak aku lepak rumah dia, tengokkan anak2 dia.
Selalunya aku layankan. Pegi rumah dia, bawa anak2 dia main kat taman depan rumah dia sementara Kak Long pergi beli barang dapur. Aku tolong jugak kemas rumah Kak Long. Bila hujung minggu, suami Kak Long selalunya tidur sampai lewat petang.
Aku tak pernah tanya Kak Long pasal suami dia tapi Kak Long selalu cakap kat aku, cari suami macam Abang Abu. Jangan terpedaya dengan kereta mewah orang lelaki yang akhirnya menjerat hidup kita macam dalam penjara.
Kak Bi pun tak pernah komen pasal suami Kak Long. Kak Bi selalu cakap, hati kita ni Allah yang pegang. Boleh berubah ubah.
Berdoalah semoga Allah terangkan hati kita dan orang2 disekeliling kita untuk jadi lebih baik. Pangkat darjat kekayaan tak penting kalau kita tak sedar yang kita ni cuma hamba Allah.
Aku pulak, masih takut nak berkahwin. Aku takut kalau terkahwin dengan lelaki macam suami Kak Long. Nak cari macam Abang Abu, entah ada lagi ke tak kat luar sana, tak tau.
– Ti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit