PTSD Dan Anime

Ini pandangan aku lah sebagai peminat Manga dan Anime Naruto dan Digimon since dari sekolah rendah lagi.

Tiap hujung minggu atau hari tertentu tercongok depan Tv sebab nak layan Anime2 ni semua.

Bukan Anime ni jea, adalah beberapa lagi yang aku sendiri dah lupa tajuk. Sebab dulukan ntv7 ada slot untuk anime2 ni semua. Sekarang aku tak tau lah, sebab aku selalu bukak TV jea tengok CJ wow shop.

So, aku anggap anime ntv7 dah takda lah kot.

Kerana dah takda kat TV so aku layan lah Youtube dan yang paling baru aku tengok kat wayang Anime Digimon the last evolution. Gigih pergi tengok sebab aku memang minat Digimon.

Memang tak pernah miss setiap minggu waktu kecik2 dulu layan. Yealah, zaman aku kecik mana ada youtube macam zaman sekarang. So, tv jealah tempat tengok anime nie semua.

Masa kecik pon aku sendiri tak tau kartun jepun nie disebut sebagai Anime. Dah besar baru tau, tu pon sebab layan Manga. Selalu aku panggil kartun jepun jea. Simple.

So, nak dijadikan cerita, anime Naruto dan Digimon ni pon dah sampai episod the last. Naruto the last ni dah lama lah, mungkin dalam 2, 3 tahun lepas.

Digimon last evolution ni terbarulah. Tapi dedua anime nie dah sampai the last. Watak2 dalam tu pon dah dewasa, dah ada pilihan hidup sendiri, ada yang dah kahwin, ada anak.

Maka, berakhirlah zaman kanak2 dan remaja aku. Sedih.

Jadi, pengajaran yang aku dapat, selepas aku layan dedua anime yang hot nie.

Yup, aku kene terima hakikat yang aku dah dewasa. Aku cerita sikitlah pengajaran Digimon dan Naruto, persamaan siri last nie adalah pelukis.

Penulis nak bagi tau penonton, nak ke tak nak ke, kita kene terima, zaman kita dah berakhir dan sekarang adalah zaman baru untuk generasi kita akan datang, atau generasi tengah membesar sekarang.

Jadi, untuk membandingkan siri Naruto dan Boruto tu adalah unfair, sbb kita berada di genarasi yang berbeza. Tu sebenarnya.

Segala suka duka, riang ria kita zaman kanak2 dah di penghujungnya. Kita perlu move on dan bagi peluang untuk anak2 zaman sekarang menikmati zaman mereka.

Tu yang aku fikirlah. Sebab lepas aku tgk Digimon the last tu, aku rasa perlu move on dari terperangkap di zaman kanak2 aku. Mean, aku perlu terima hakikat aku dah dewasa dan perlu membuat pilihan hidup.

Tu part paling sedih. Tak kisah lah dalam anime atau pon dalam hidup aku sendiri.

Aku perlu meninggalkan atau kehilangan sesuatu untuk mendapatkan apa yang aku nak dalam hidup aku. Aku tak boleh dapat semua benda tanpa mengalami suatu kehilangan atau pengorbanan.

Jujur, dedua anime the last ni aku nangis.

Walaupun Naruto tu last kahwin dengan Hinata, tapi aku still nangis, sebab berakhirnya kisah kanak2 cekal, mengharungi hidup untuk menjadi seorang dewasa.

Digimon pon sama, tapi aku tak nangis sangat, tapi aku lebih tersentaklah. Sebab kehilangan, pengorbanan, kasih sayang tu semua real. Mungkin aku kurang menghargai.

Jadi aku tak pernah fikir pon, yang mana melepaskan kisah silam tu satu pengorbanan rupanya.

Aku menulis nie bagi padangan pribadi aku. Aku tak pernah mengharap orang setuju dengan pandangan aku. Kerana aku tak pernah melepaskan zaman salam aku, sebab tu sekarang aku mengalami PTSD.

Korang boleh google apa tu PTSD.

Yup, salah satu trapi untuk PTSD aku ni adalah dengan melepaskan dan memaafkan.

Jadi aku belajar dari anime ni. Untuk melepaskan kesakitan di waktu silam dan meneruskan kehidupan untuk masa depan aku.

Zaman kanak2, remaja aku dah berakhir. Aku perlu terima yang aku dah dewasa.

Aku perlu tinggalkan semua kisah silam di belakang, bukan hidup dengan diselebungi kisah silam tu. That why aku disahkan menghidap PTSD.

Im not joking dan PTSD aku ni pon aku baru tau bila aku jumpa doktor bulan lepas. Sekarang aku dalam tempoh rawatan dan aku perlu makan ubat. Doakan aku yea semua.

Rupanya panic attack yang aku alami sebab PTSD nie lah. Sekarang aku dah boleh handle panic attack aku dan aku pon dah berangsur sihat. Btw, secara tak langsung, anime nie semua mengajar aku untuk melepaskan.

Terutama Digimon tu lah. Bagi yang belum tengok, ada satu babak nie, watak jahat nie membina dunia kanak2 dia dan membuat pemilik digimon seluruh dunia tak sedar diri dalam alam reality.

Kat sinilah aku faham, aku kene belajar melepaskan. Bukan hidup diselebungi ketakutan dan trauma kehilangan. Serta aku tak boleh cipta dunia kanak2 aku semula. Mcm tu lah pengajarannya.

Untuk aku sendiri, semoga aku kuat melawan PTSD aku nie. Pernah ada seorang lelaki ni, dia bagi aku pilihan, sama ada aku nak teruskan hidup dalam kisah silam aku, atau aku tinggalkan dia.

Pilihan tu nampak mudah, tapi sebenarnya tak mudah untuk pengidap PTSD macam aku. Sampai sekarang aku belum ada jawapan untuk soalan tu.

Hmmm. Mungkin sebab tu juga aku susah nak mulakan perhubungan.

Memaafkan dan melepaskan tu bukan menyakitkan, tapi merupakan penyembuhan untuk kehidupan di masa akan datang.

~Aku seorang penghidap PTSD

– Cik Sayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *