Assalamualaikum semua. Aku nak berkongsi rasa. Baru-baru ini, aku ada terbaca post berkenaan punch kad lambat.
Ringkasnya, jangan perli orang yang datang lambat ke kerja, mungkin dia ada masalah-masalah di rumah yang menyebabkan dia datang lambat.
Aku terus tidak bersetuju dengan isi kandungan post berkenaan.
Sebelum itu, biar aku kongsi yang aku bekerja sebagai doktor.
Aku akan kongsi apa impaknya sekiranya kita datang lambat. Kerana aku rasa, aku orang yang terima akibat dari masalah orang lain yang datang lambat.
Kejadian 1
Aku pernah bekerja di jabatan kecemasan. Jika kami bekerja malam, kami akan punch out 8pagi. Digantikan oleh doktor sesi pagi yang akan punch in waktu 8pagi.
Waktu itu hari Sabtu, kawan aku ambil kesempatan datang lambat. Sebab hari minggu boss tidak ada.
Sebenarnya, ramai buat begitu, dan hari minggu memang hari datang lambat ke kerja di waktu pagi. Ini menjadi tabiat tidak baik.
Aku dah agak memang aku balik lambat sekiranya pagi hujung minggu berkenaan aku kerja, sebab doktor seterusnya belum sampai. Tak akan nak tinggalkan jabatan tiada doktor, terus balik.
Pesakit memang sentiasa datang. Jadi, pagi minggu aku masih lagi menunggu untuk punch out.
Doakan tak henti-henti kawan aku cepat sampai supaya aku boleh balik cepat. Macam biasa 8.30pagi belum ada penampakan bayang kawan aku tu. Satu pesakit di zon kuning di bawa masuk kerana accident.
Jadi aku sebagai orang yang bertanggungjawab kena lah stabil kan pesakit tu dulu. Buat apa yang patut. Jadi kawan aku ni, patut masuk pukul 8pagi tapi sampai pada 9pagi. Oklah.
Aku pun pass over pesakit tadi pada dia. Ingat ye, pesakit ini sepatutnya jadi pesakit dia sebab datang selepas 8pagi ok. Lepas itu, aku punch out. Aku balik. 10 minit dalam kereta dapat panggilan telefon, kawan aku
“wei, ada polis nak tanya pasal pesakit tadi. Kau yang tengok. Aku tak tahu apa-apa.”
“kau baca lah apa yang aku tulis dalam nota pesakit tu, aku nak on the way balik ni.” Aku jawab dengan tak puas hati.
“kau datang lah, polis ada ni, aku ada pesakit lain.” Senangnya dia jawab.
Aku terus matikan telefon. Malas nak layan.
Aku balik, mandi dan tidur dalam keadaan marah dan kecewa. Boleh tak kawan aku yang ‘pandai’ tu lepas tangan begitu saja. Padahal, aku boleh je buat tak tahu pada pesakit yang sepatutnya dia tengok. Tapi itu lah aku. Abis kerja, cari kerja.
Kejadian 2
Sama juga hari minggu aku kerja. Patut balik 8pagi. Tapi kena tunggu kawan aku lagi.
Tapi ni kawan yang lain la. Sama perangai. Punch in lambat. Aku gelisah, sebab aku janji dengan suami nak hantar ke airport dia nak balik Sabah masa tu.
Kami PJJ masuk 3 tahun. Setahun, suami aku boleh balik 3 atau 4 kali je. Bayangkan la, lama baru dapat jumpa lagi. Kami plan lepas aku balik pagi tu, aku siap pakai baju semua terus pergi airport.
Tapi, tu la, kawan aku lagi hebat. Call aku pukul 8 pagi, cakap baru bangun tidur.
Lagi menangis, rumah dia 1 jam dari tempat kerja kot. Lagi lagi menangis aku call suami beritahu tak dapat hantar ke airport. Datangla suami, ke kecemasan bersalam-salaman menitis air mata kami berdua masa tu.
Korang tahu kawan aku datang kerja pukul berapa? 10 pagi. Sekian.
Bila jadi macam ni, semasa tu memang menyumpah dalam hati aku la. Rasa nak doa macam-macam. Tapi tahan je. Serah semua kepada Allah.
Kejadian 3
Orang selalu datang lambat kan. Aku selalu datang on time.
Aku tak mahu kawan aku rasa macam aku rasa bila datang lambat. Jadi aku datang kerja, ready in action. Selalu akan ada 2 doktor bekerja dalam satu sesi.
Aku datang on time pagi tu. Bangga punch in 1 min sebelum pukul 8pagi. Korang tak tahu betapa payah nak keluar on time. Lepas tu siap doa supaya traffic light sentiasa green masa aku lalu.
Jadi sampai je kerja, aku ambil semua pesakit pass over dan kawan aku yang kerja malam sebelum tu boleh punch out dan balik.
Tapi, tu la, sebab aku sorang je yang ada, semua pun aku buat. Pesakit zon kuning semua penuh pulak tu. Jadi aku kenalah settlekan apa yang patut.
Sementara itu, ada pesakit baru yang masuk. Ada pesakit zon merah yang masuk disebabkan kecemasan.
Semua ini aku buat seorang, padahal kerja 2 orang. Belum cerita, waris pesakit marah sebab lambat lah. Jadi, aku tarik nafas dan siapkan apa yang mampu.
Dan benda ini terjadi berulang-ulang kali. Setiap kali. Mangsa? Akulah.
Aku ada satu kes mahkamah. Pesakit saman jabatan kecemasan dan hospital. Tapi tidak lah melibatkan nyawa terancam. Nama aku terbabit. Bila aku tengok tarikh tu, aku tengok dengan jadual kerja aku. Cuba korang teka?
Ya, pesakit tu datang pada masa aku sepatutnya dah balik.
Aku kerja malam. Patut punch out 8pagi.
Tapi, aku masih di situ. Tulis dalam nota pesakit 8.40pagi. Aku mesti balik lambat hari tu. Tapi siapa ntah datang lambat, aku kena cover, sebab? Boss ada masa tu.
Boss aku kadang-kadang datang waktu hujung minggu saja spot check. Kalau aku balik on time, mesti nama aku tak terbabit.
Nak apply indemnity insurance pun mahal sebab pernah ada court case. So, nampak tak effect dia? Sampai sekarang aku bayar insurance 50% lebih dari orang lain.
*indemnity insurance ni cover medico-legal cases*
Ya, sebab korang punya lambat. Ada orang lain yang kena. Dia macam domino effect. Ripple effect. Whatever effect. Karma. What goes around comes around. Cuma kau punya turn tu lambat kot. Tak di dunia di akhirat.
Kejadian 4
Mungkin ada korang yang cakap, kerja doktor kenalah tepati masa sebab, nyawa orang. Baiklah. Banyak cerita aku nak kongsi pasal ketepatan masa ni. Tapi, ini satu kejadian bilamana aku berurusan dengan orang lain.
Pegawai bank. Pengalaman aku berurusan dengan bank. Aku buat appointment untuk sign loan pukul 1 petang. Masa aku rehat 1 hingga 2 petang aku nak settlekan urusan bank. Janji dah dengan pegawai tu.
Hari berkenaan, aku pergi dalam pukul 1. Tak tepat la mungkin dalam 1.15petang macam tu. Rupanya pegawai pergi makan tengahari. Aku pun tunggu sebab aku tak ada masa lagi nak datang balik gitu saja.
Pegawai balik lunch dalam sebelum pukul 2petang. Jadi, aku sign je loan tu. Ada briefing sikit macam tu. Banyak kena cut short, sebab aku nak balik masuk kerja. Aku keluar bank pun dah pukul 2 lebih.
Sampai klinik tentulah dah lambat. Masuk je dalam bilik aku dah ada pesakit yang tunggu. Dia tunggu lama juga hampir sejam. Dari pukul 2petang tepat. Aku yang salah sebab masuk lambat.
Cerita bukan sampai situ ye. Esoknya, pesakit tu buat aduan pada boss aku yang aku masuk lambat. Bayangkan aku adalah orang yang selalu tepati masa.
Tetapi, disebabkan menunggu orang lain, aku dapat aduan. Malu juga dengan boss. Tapi, mengaku je la salah. Memang salah aku sebab masuk lambat. Memang salah pegawai tu tak tepati masa.
Tapi paling tak salah adalah pesakit itu, walaupun dia sudah diberitahu aku masuk lambat, masih nak menunggu. Masih nak cari kesalahan kan? Walaupun boleh jumpa doktor lain yang ada. Jadi, aku terima lah akibatnya.
Pengajaran, kalau kita lambat, kita tak tahu impak pada orang lain. Macam aku, kuat pendam. Tapi aku ingat peristiwa tu. Tapi Allah sebaik-baik pembalas. Aku doakan baik-baik untuk diri aku. Moga ada keberkatan kerja. Yang lain? Biarkan, Allah kan ada.
Jadi, korang nak datang lambat lagi ke? Masih rasa tak apa kalau masuk kerja lambat?
– Pena-lis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit