Assalamualaikum. Sejak semenjak ni, banyak sangat perkara tentang guru menjadi tular. Mengecam dan luahan terutama tentang sikap buruk guru.
Pertama sekali. Saya nak maklum, saya memang seorang guru. Tapi saya tidak menulis atas dasar saya sentap dengan artikal “sisi gelap guru” (https://iiumc.com/sisi-gelap-cikgu/) sebelum ni.
Saya menulis atas dasar menghormati semua guru yang pernah mengajar saya, yang bakal mengajar anak saya, dan yang sedang mengajar bersama sama saya.
Pembaca sekalian. Sebenarnya guru tidakla seperti yang diceritakan dalam artikal tu. Ada tapi tidak semua. Semua dan segelintir adalah suatu maksud yang berbeza. Jadi jangan pukul rata semua guru sama.
Dan guru juga takkan memburukkan rakan sekerja dan memuji diri. Anda tak nampak betul atau bagus jika cuba puji diri dan memburukkan rakan sekerja lain. Bersihkan hati supaya nampak kebaikan orang.
Setiap bidang pekerjaan memang ada ‘toxic people’.
Bukan bidang pendidikan sahaja. Saya sendiri berjumpa dengan ramai guru yang hebat, memberi komitmen yang sangat baik dalam tugas di sekolah dan komited dalam menjalankan tugas.
Bukan seorang dua. Tapi boleh kata hampir 80 persen guru di sekolah saya seperti yang saya nyatakan tadi. Tak dinafikan memang ada guru yang berniaga. Tapi kerja tetap siap. Memang ada guru yang pilih kasih.
Saya sendiri pernah merasainya semasa sekolah rendah. Tapi itu tidak membuat saya benci dan memburukkan semua guru. Sebab mereka tetap mendidik dan mengajar saya dan murid lain dengan bersungguh sungguh.
Tak perlu lihat sisi gelap guru. Setiap bidang pekerjaan ada sisi gelapnya. Ada sikap sikap individu yang tidak bersungguh.
Pembaca sekalian, sebenarnya ramai sangat guru yang sanggup berkorban duit, masa dan tenaga untuk anak murid dan sekolah. Ramai lagi guru yang sangat kreatif dan ramai sangat guru yang berdedikasi.
Ramai sangat guru yang bersungguh sungguh buat kelas tambahan walaupun di luar waktu sekolah.
Ramai lagi guru yang sanggup ambil berat tentang anak murid walaupun ada anak sendiri.
Ramai lagi guru yang menghabiskan masa dengan memikirkan cara untuk mengajar dan buat pelajar berjaya. Ramai lagi guru yang sangat sangat bagus. Saya bukan memuji. Tapi itu hakikatnya.
Pembaca, saya hairan kenapa isu tentang sikap guru, dan apa jua perkara buruk tentang guru laju saja ditular, dikecam dan disindir. Pembaca kena tahu, guru juga manusia biasa yang tidak sempurna.
Seperti isu baru baru ini yang tular tentang video guru merakam pelajar menyebut ayahnya masak air ketum. Ada yang kata guru menyibuk ada kata guru perangai tak senonoh sebab merakam semasa mengajar.
Tak dinafikan merakam semasa pdp memang salah. Tapi pembaca kena faham.
Pembaca kena tahu perihal guru dan anak murid takde istilah guru menyibuk. Sifat asli guru memang akan cakna tentang sikap dan perilaku murid. Guru akan cakna tentang perubahan murid di dalam kelas.
Dan akhirnya perlu dibincang dengan ibu bapa jika ada perkara yang perlu dibincangkan. Saya pernah mengajar di sebuah sekolah di pedalaman. Ada pelajar dalam kelas itu agak nakal. Tidak fokus.
Bila saya tanya pada guru lain kenapa pelajar tersebut berperilaku begitu. Jawapannya masalah keluarga, mak ayah bercerai duduk dengan atuk.
Rupanya pelajar tu kurang kasih sayang dan memerlukan perhatian. Jadi dari situ saya tahu pelajar tersebut perlu perhatian lebih sejak itu saya selalu beri perhatian padanya. And hasilnya. Betul. Dia seronok semasa saya mengajar. Walaupun agak lambat sedikit.
Jadi disini saya nak tekankan. Kadang mungkin jika sekali lalu kita terdengar perbualan guru nampak seperti guru sedang bercerita masalah murid kepada guru lain. Tapi tidak semua cerita atas dasar guru tersebut memburukkan pelajar.
Akhir kata, tolong jangan pandang guru seperti “malaikat” tapi guru juga bukan “penjahat”.
Saya juga pernah terasa tidak disayangi guru. Pernah di hukum guru. Pernah juga kecil hati dengan kata kata pendidik. Tapi saya tidak membenci guru. Sebab guru juga manusia biasa.
Semakin dewasa saya semakin memahami.
Saya juga hendak nasihat kepada guru baharu terutamanya. Tolong jaga adab, jaga sikap, bentuk personaliti seorang guru dalam diri bersesuaian dengan tugas mulia anda. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Elak bermain ‘tik tok’ jaga etika perguruan, jangan menambah lagi persepsi buruk masyarakat terhadap guru. Ikhlas mengajar dan ikhlas dalam pekerjaan.
Tak perlu menyenaraikan tugas atau bebanan guru untuk cuba meyakinkan pembaca bahawa guru tugas paling berat dan mulia.
Saya percaya setiap pekerjaan ada kemuliaan dan kesukarannya begitu juga guru. Pembaca juga perlu berfikir rasional dan jangan menghentam membuta tuli. Jika ada sejarah hitam dengan guru.
Jadilah manusia yang bersih hatinya. Memaafkan dan berniat tidak akan menjadi seperti guru tersebut. Ambil yang baik sahaja. Ramai guru hebat. Dan semua pekerjaanpun hebat.
Sekian.
Ditulis oleh,
– Encik Guru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit