Assalamualaikum. Nama saya Siti, Saya sudah berkhidmat sebagai guru selama 9 tahun. Masih terlalu baru dalam bidang pendidikan, masih mentah dan perlu banyak lagi yang perlu pelajari.
Tahniah kepada Cikgu Tia, di confession (https://iiumc.com/sisi-gelap-cikgu/) kerana betul-betul minat menjadi cikgu dan mencuba sedaya upaya menjadi guru yang hebat.
Kepada Cikgu Tia dan masyarakat secara amnya, sekolah tidak akan berfungsi jika hanya ada SEORANG, SATU GURU sahaja berfungsi.
Sekolah ibarat kapal. Kapal tidak boleh dikemudikan oleh seorang sahaja anak kapal. Kesemua guru termasuk pentadbir berperanan untuk memastikan sekolah mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran.
Kata lah, cikgu mengajar di sekolah rendah, tahap 2. Murid cikgu sudah menguasai kemahiran asas 3M walaupun lemah dalam pelajaran, ini bermakna guru-guru tahap 1 telah pun menjalankan tugas mereka.
Bukan hanya cikgu sahaja mengajar, guru-guru lain juga mengajar.
“Cikgu-cikgu semua pandang serong pada dia hanya kerana beberapa masalah displin dia…”
Jika guru-guru disekolah Cikgu Tia ada 60 orang, ini bermaksud 59 orang guru-guru tidak ambil peduli dan kejam terhadap murid berkenaan. Berat tuduhan tu,cikgu.
“Ramai juga cikgu-cikgu yang aku tengok mengajar pun tak minat. Tak ikhlas.” Berapa ramai cikgu? Cikgu Tia ada buat kajian, ada dapatan kajian ke yang mengatakan ‘RAMAI’ tu?
Jangan pakai tuduh sahaja cikgu, tanpa bukti. Tolong berikan data, peratus guru tak ikhlas tu. Bagaimana cikgu mengukur keikhlasan seseorang?
Kerja guru senang, boleh balik awal— guru sekolah rendah selepas pkp ini masuk sekolah pukul 7 dan balik pukul 1, guru sekolah menengah tak silap saya, balik pukul 2.45.
Sebelum pkp banyak juga sekolah buat kelas tambahan selepas sekolah, buat kelas malam.
Biasa lah, akan ada orang merungut, tapi nak kata ramai atau semua tu tidak adil.
Kerja cikgu glamour dan dapathadiah setiap hari.
Kalau glamour, tak ada lah cikgu yang betulkan tandas sekolh, angkat meja dan kerusi murid, bergotong royong, mengecat kelas dab banyak lagi.
Sehinggakan ada guru yang terkorban nyawanya ketika awal pembukaan sekolah tempoh hari. tu semua kerja tak glamor, dapat hadiah pada hari guru, alhamdulillah, bukan setiap hari.
“Ramai juga cikgu-cikgu yang suka kutuk pelajar…” Saya akui ada guru begini, tapi nak kata ramai saya tak berani. Kadang-kadang, dibilik guru, kita cikgu-cikgu berbincang sesama send
iri mengenai pelajar. Boleh juga disalah erti sebagai mengumpat, ,mengeji. Terrpulang kepada perspektif cikgu Tia.
Berkenaan balik lewat, itu adalah hak masing-masing. Saya sendiri ke sekolah pada pukul 6.30-6.45, saya akan balik tepat pada pukul 1.30 jika tiada kelas tambahan.
Segala kerja sekolah, saya siapkan dalam waktu persekolahan, takkira RPH,ABM, menanda hasil kerja murid dan sebagainya.
Itu kita panggil work-life balance. Saya ada keluarga menanti saya dirumah, saya ada hobi saya selepas waktu sekolah, tapi itu tak bermaksud saya tak passionate, tak bermakna cikgu-cikgu lain taknminat mengajar.
Tahniah cikgu-cikgu yang suka buat kelas tambahan sendiri diluar waktu sekolah. Itu hak cikgu nak buat kelas hingga ke petang pun, tapi jangan label guru lain tak cemerlang ikut spesifikasi cikgu.
Bila waktu bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh.
Bila waktu bersama keluarga, pastikan waktu bersama itu berkualiti. Sampai waktu rehat, rehatlah secukupnya.
Pada saya murid tak perlukan guru yang sempurna, murid perlukan guru yang gembira mengajar. Seimbang kehidupan kita, lebih bersemangat kita mengajar.
Saya tak pernah percaya yang lebih banyak masa kita disekolah, lebih efektif pdpc kita. Kualiti lebih penting dari kuantiti, cikgu Tia.
Mengikut penceritaan cikgu Tia, cikgu sebenarnya berada disekolah yang toksik persekitarannya.
Cikgu boleh buat aduan. Saya tertanya-tanya, adakah cikgu-cikgu termasuk pentadbir juga tak guna dan tak menjalankan tugas mereka?
Seingat saya pentadbir sentiasa menegur guru tentang etika, tak kira la mengajar atau etika keguruan lain. PPD dan JPN pun tak guna ke, tak melawat sekolah?
Tak silap saya, jika timbul apa-apa isu berkaitan guru, sudah pasti pentadbir akan bertindak.
Dalam situasi cikgu Tia, bukan sahaja guru-guru sekolah berkenaan tak elok perangainya, bahkan pentadbir juga. Yang peliknya, PPD dan JPN tak pula turu pantau sekolah cikgu?
Elok lah didedahkan nama sekolah tersebut, supaya pihak berkenaan boleh diambil tindakan. Mengutuk sahaja tidak guna, tiada perubahan jika tidak diambil tindakan.
Kepada cikgu Tia, tahniah kerana menjadi guru yang berdedikasi.
Tapi dalam pada kita hebat sebagai guru, itu tak bermaksud rakan-rakan guru kita yang lain kurang hebat dari kita.
Jika rakan-rakan guru tersilap, tegur mereka, ataupun buat sahaja aduan ke PPD. Tak perlu mencanang satu dunia, memberi peluang anti-guru terus menerus bersorak mengecam semua guru.
Bak kata pepatah Facebook yang saya jumpa, “Ada dua orang yang sentiasa salah, Najib dan juga cikgu.” hahahahaha, saya gurau je.
Teruslah menabur bakti dengan ikhlas, tapi tak perlu kita ukur keikhlasan orang lain, itu kerja Yang Maha Esa.
Yang paling penting, tiada seorang manusia yang Maksum kecuali nabi, tiada profesion yang sempurna termasuk profesion keguruan, dan tiada sekolah yang tiada masalah.
Mana pun kita pergi, kerjaya apa pun, kalau namanya manusia, sudah pasti ada compang-campingnya kelemahan.
– CIKGU SITI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit