Assalamualaikum semua. Berat juga hati ni sebenarnya nak bercerita. Tapi aku sekadar inginkan pendapat daripada semua pembaca.
Aku dah kuatkan hati aku untuk terima apa sahaja kritikan dan kecaman daripada semua yang membaca.
Aku namakan aku Lisa (bukan nama sebenar). Aku berkenalan dengan Qaish (bukan nama sebenar) sudah masuk tahun ke 4. Di tempat kerja, Qaish lebih berjawatan daripada aku.
Perkenalan kami menjadi lebih rapat apabila aku dan Qaish selalu bekerjasama di tempat kerja. Aku dah sedia maklum Qaish adalah suami orang.
Mana tidaknya, isteri Qaish adalah Owner Cafe di tempat kerja kami. Aku namakan dia Engku Za (bukan nama sebenar). Jadi memang kami pernah berkenalan. Atas sebab ‘kenal’ aku tak pernah terfikir untuk ada apa-apa hubungan dengan Qaish.
Tapi siapalah kita untuk menafikan perasaan sendiri.
Qaish berusia 45 tahun. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka tidak dikurniakan zuriat. Tapi punya anak saudara yang tinggal bersama mereka setiap hujung minggu. Jadinya, Isnin-Jumaat hidup Qaish adalah kerja, dan isterinya. Begitulah juga isterinya. Kerja dan suami.
Sepanjang aku kenal Qaish, tidak pernah sekali Qaish memburukkan isterinya. Bahkan dia menganggap Engku Za adalah segala-galannya. Sewaktu dia susah, Engku Za yang banyak membantu sehingga Qaish yang hari ni.
Ye. Aku tak nafikan, walaupun usia Qaish sudah 45, tapi tetap segak pada pandangan umum. Bukan aku je yang cakap, staf-staf office semua bercakap yang sama.
Sebab itu lah ramai yang mengusik Qaish untuk kahwin lah lagi. Kot-kot dapat zuriat. Tapi Qaish, tetap katakan dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dua. Dan aku pun selalu menjadi bahan usikan staf-staf lain. Kata mereka, aku pun sesuai jadi madu Engku Za.
Aku yang tidak simpan perasaan pada Qaish (hanya perasaan handsome saje lah. heheh) tak ambil peduli sangat dengan usikan-usikan tu. Yang aku tahu aku gelak je lepas diusik untuk jadi madu Engku Za.
Sehinggalah, apabila aku ditukarkan tempat kerja jauh ke utara. Oh lupa, aku bekerja di Kuala Lumpur. Sebelum aku pindah, Qaish mempelawa aku untuk lunch bersama. Aku ok je lah.
Sebab kalau lunch kat cafe, ada je isterinya. Rupa-rupanya Qaish ajak lunch di biliknya. Dia dah tapaukan makanan. Aku pun. Ok. Mesti ada nak dibincangkan.
Memang urusan kerja pun ye. Cuma lebih banyak berbincang hal perancangan aku setelah berpindah nanti. Dan banyak juga cerita pasal hati dan perasaan.
Sebulan selepas aku pindah, aku dapat mesej wsp dari Qaish. Aku baca dari notification je dulu“ I rindukan you”. Sungguh aku terkejut. Aku berkali-kali baca. Tak berani aku nak bukak mesej.
Sebab aku tak percaya, betul ke mesej tu dari Qaish? Sejam kemudian.. baru aku bukak dan reply “ Are you okay Qaish?”. “You salah hantar wsp dekat wife you ke?”
Mengejutkan Qaish reply “ I miss you Lisa”. Aku terkesima. Tapi tak ada langsung rasa marah atau apa. Yang aku sedar, aku tersenyum bila Qaish mesej.
Dan dari situlah bermula aku berwasap dengan Qaish. Dalam pada hati aku katakan hensemnya Qaish, bagusnya Qaish, baik hati, rupa-rupanya aku simpan perasaan pada Qaish.
Sebab tu walaupun aku tekejut Qaish mesej tu, tapi pada waktu yang sama aku sangat seronok.
Di situlah bibit-bibit percintaan aku dengan Qaish. Dari rindu kepada sayang, dari sayang kepada cinta. Berkali aku kata, “you suami orang, i taknak menaruh harapan”. Dan Qaish selalu yakinkan aku “ I boleh kahwin dua Lisa, i akan jaga you, cuma bagi i masa”.
Dari sebulan ke setahun, sehingga kini 4 tahun aku dan Qaish bercinta tanpa pengetahuan Engku Za. Kadang-kadang dia datang ke tempat aku, dan kalau aku pulang ke KL mestilah akan berjumpa.
Tapi diam-diam la kan. Kadang-kadang aku pun musykil, betul ke Engku Za tak tahu suami dia ada hubungan dengan perempuan lain. Sebab Geng KRT kata, isteri ni ada sixth sense. Ini dah 4 tahun aku dengan Qaish.
Macam Engku Za tak sedar apa-apa. Oh Engku Za ni bukan sahaja owner Cafe di tempat kerja aku dulu, tapi juga ada dua cafe lain di cawangan negeri yang berlainan.
Jadi memang sibuklah. Selalu oustation untuk pantau keadaan cafe dia. Dan aku dengan Qaish ni pulak, hanya mesej waktu kerja je, malam kadang-kadang. Lagipun dua-dua penat, sekadar wish goodnight je. Jadi mungkinlah Engku Za tak syak.
Jadi aku pun minta dengan Qaish, berterus teranglah dengan Engku Za yang you nak kahwin lagi. Tapi Qaish, haa ayat dari awal kenal, “ sabarlah, i perlukan masa”. Bergaduh pasal kahwin ni jangan cakaplah.
Tapi tak sampai sehari kononnya nak berpisah, tapi baik semula. Masing-masing tak boleh nak berjauh sebenarnya, tapi aku tak pasti apa yang menghalang Qaish untuk berterus terang.
Sehingga aku terfikir Qaish ni terlalu terhutang budi dengan Engku Za, atau dia merasakan kejayaan dia hari ni adalah kerana Engku Za, sebab tu dia tak sanggup berterus terang dengan Engku Za.
Walaupun ada benar, tapi aku bukan mengharap harta Qaish. Aku sendiri ada kewangan yang kukuh.
Ada kereta dan ada rumah dah pun. Entahlah ada benda yang Qaish tak berterus terang lagi sebenarnya dengan aku. Kalau dia tak sanggup menduakan Engku Za, kenapa dia selalu yakinkan aku bahawa dia akan jadikan aku isteri?
Dipendekkan cerita, baru 2 hari lepas aku jumpa Qaish, makan sama-sama, berjalan, shopping, tiba-tiba awal pagi tanpa mesej, Qaish terus call.
Sebab biasanya dia akan mesej dulu, tapi ini terus call. Qaish kata “ Engku Za dah tahu semuanya, Engku Za baca mesej wsp kita”.
Masa tu perasaan aku lega sebab hasrat aku untuk Engku Za tahu berjaya, tapi waktu yang sama, aku berdebar dengan apa tindakan Engku Za. Qaish kata bagi dia selesaikan hal ini sehingga dia cari aku. Aku katakan ok. Tak perlu lah aku cerita mesej aku yang Engku Za baca.
Yang pasti bukan mesej rindu sayang. Sebab Qaish memang akan delete mesej-mesej macam tu sebelum sampai rumah.
Dan ye, pastinya Engku Za mesej aku. Dia marah.
Keluarkn kata-kata yang kasar, walau hakikatnya Engku Za seorang yang lemah lembut.
Perasaan aku masa tu, aku layak dimarahi. Marahlah. Sebab memang salah aku bercinta dengan suami dia.
Engku Za call, tapi aku dah awal-awal block nombor dia, sebab kalau call aku betul- betul takut nak reply, mesej ni ada lah jugak ruang berfikir sebelum reply. Last mesej aku pada Engku Za,
“Saya minta maaf Engku”. Tapi Engku Za tak peduli pun. Aku ok. Permohonan maaf aku memang tak layak diterima pun.
Dan sekarang Qaish. Dia minta aku tunggu lagi. Bagi dia ruang untuk selesaikan semua ini. Dan aku sekarang, perasaan aku sungguh bercampur baur. Aku tak sanggup hilang Qaish.
Serius tak sanggup. Dan aku yakin Qaish pun begitu, cuma sekarang kenapa Qaish nak aku tunggu lagi. Berapa lama aku perlu tunggu.
Dia boleh je kahwin. Apa yang menganggu Qaish sekarang. Engku Za marah, dia letakkan syarat macam-macam dekat aku. Aku ok. As long as aku dan Qaish menjadi halal. Tapi Qaish?? Sungguh aku keliru dengan tindakan Qaish.
Dan sekarang aku buntu. Apa perlu aku buat sekarang. Lari pergi jauh dari Qaish & Engku Za? atau terus tunggu Qaish bersedia jadikan aku isteri.
Tapi kalau perlu tunggu, tiba-tiba Qaish bertukar fikiran macam mana?
Aku salahkan diri aku sepenuhnya sebab menaruh harapan pada tak pasti, tapi kalau aku cakap macam tu, Qaish marah. Qaish kata doalah untuk kita disatukan, doa supaya Engku Za terima poligami.
Dan sekarang bila Engku Za dah ok, Qaish pulak. Argh stress juga aku dibuatnya.
Aku tak tahu apa pendapat yang korang akan bagi, tapi serius bantulah aku.
Oh lupa lagi nak bagi tau, family aku dah tahu pasal aku dan Qaish, diorang terima kalau itu pilihan aku, sebab mak aku pun isteri kedua, tapi bahagia sampai sekarang.
Sebab tu mereka ok dengan Qaish. Cuma sekarang, mereka minta aku lupakan Qaish, sebab Qaish sebenarnya berselindung sesuatu dan tak ada kekuatan serta keberanian untuk poligami.
Aku sayang Qaish sepenuhnya. Adakah aku perlu tinggalkan Qaish?
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit