Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-penyewa-dan-ejen-rumah/).
Hai, semua! Ingat lagi tak kisah Rara Si Penyewa? Posting aku pasal drama di lorong rumah sewa aku tu? Aku rasa tak de lah ekstrim mana.
Cuma, kemuncaknya akan aku ceritakan pada posting kali ini. Aku dah janji nak cerita pasal dugaan aku dengan Ejen Rumah serta Tuan Rumah yang aku kena hadap sebelum aku jumpa rumah yang betul-betul okay tu.
Sape nak baca, bacalah. Sapa taknak baca, aku okey je. Aku tak kisah pun korang nak kecam aku, at least, ada sikit pengajaran kat certain orang sebab bukan semua orang bijak pandai macam korang yang kecam tu. Tak semua berpengalaman macam korang.
Okay, masa aku masih sewa kat rumah yang lorongnya banyak drama tu, aku sibuk mencari rumah sewa lain supaya aku dapat keluar dari kawasan yang membuat aku tidur dalam ketakutan tu.
Banyak Ejen Rumah yang aku ‘deal’ tapi yang menarik untuk dikongsikan ada dua orang.
Kisah pertama, seorang Ejen Rumah Lelaki berbangsa Melayu. Mulanya aku okay je nak deal dengan agen ni. Tapi aku start meluat sebab masa aku nak tengok rumah, kami ke rumah tersebut dan rumah tersebut masih ada penyewa yang belum keluar daripada rumah tersebut.
Bayangkan ejen boleh cakap yang tuan rumah cakap okay je kalau kami nak tengok-tengok rumah walau masih ada penyewa sedangkan tuan rumah tersebut macam keberatan nak bagi. Kalau aku jadi penyewa pun aku keberatan orang luar nak masuk tinjau rumah aku. Dah lah tak bagitau awal.
Penyewa tu cakap dia tahu setengah jam yang lepas. Nasib baik suami aku cool jer cakap takpe kami tak masuk. Aku dan suami malas nak ganggu privasi penyewa tersebut. Aku terbayang nanti masa aku tinggal pun tuan rumah dan ejen boleh buat macam tu jugak.
Sebelum kena kat batang hidung aku, baik aku ‘remove’ awal-awal orang macam ni. Lainlah kalau penyewa tu memang ‘willing’ nak bagi kami tengok rumah dan bukan kerana paksaan dari tuan rumah dan agen. Aku memang ‘banned’ terus agen tu. Tak ada sensitiviti langsung.
Kepada ejen rumah dan tuan rumah yang baca posting aku ni, harap korang ada ‘common sense’ dan tak suka hati layan penyewa lama lebih kurang.
Kalau betul pun nak bagi tengok rumah, minta izin elok-elok dan jangan ‘last minute’ buat ‘surprise’ kat penyewa lama. Dia masih ada hak sebab dia belum keluar lagi.
Okay. Pendek tu je kisah pertama. Untuk kisah kedua harap korang tabah nak baca.
Kisah kedua bermula dengan suami aku bawa adik dan anak aku pergi tengok sebuah apartment 3 bilik 2 bilik air dengan harga RM1000 sebulan. Aku tak ikut sebab kerja. Suami dan adik aku memang suka rumah tu. Even masa diorang tunjuk gambar kat aku, aku pun suka.
Cuma RM1000 sebulan agak berat bagi kami. Kalau harga boleh runding ke RM900, memang kami terima rumah tersebut. Kalau tetap harga RM1000, kami akan cari rumah lain.
Tak adalah kami nak paksa tuan rumah suruh bagi RM900 jugak-jugak. Hak tuan rumah lah nak letak harga berapa. Rumah dia kot! Kami pun sedar diri. hahaha..
Di sinilah bermula drama aku dengan ejen rumah (walaupun suami yang tengok rumah, tapi aku yang selalu ‘deal’ dengan ejen tu). Bayangkan ejen tu ‘whatsapp’ aku suruh ‘transfer’ RM500 untuk dia runding dengan tuan rumah untuk dapatkan harga RM900.
Kalau tuan rumah tak setuju dan masih dengan RM1000, duit RM500 itu akan dikembalikan. Nampak adilkan di situ?
Tapi aku ni sejenis cerewet. Aku minta ejen tu runding dan ‘confirm’kan harga terus dengan tuan rumah. Kalau RM1000, aku akan cari rumah lain. Kalau dapat RM900, aku akan ‘transfer’ deposit rumah seperti perjanjian sebab aku sekeluarga memang suka rumah tu.
Ejen tu pulak cuba yakinkan aku, kalau dah bayar deposit RM500, tuan rumah akan lagi senang nak runding sebab penyewa dah bayar deposit. Ejen takut lepas runding dan tuan rumah setuju, kemudian penyewa lari dan tak nak rumah tu dan hanya main-main.
Aku yang ‘paham’ situasi ejen tu dengan bodohnya (in shaa allah, pengajaran buat aku dan aku harap korang jangan jadi bodoh dan acah-acah memahami macam aku) pergi ‘transfer’ RM500 tu sebab aku betul-betul serius nak pindah dan nak rumah tu.
Sebelum aku ‘transfer’ adik aku si Detektif Conan ni dah ‘stalk’ profil ejen tu dan boleh dikatakan dia merupakan ejen yang boleh dipercayai dan ramai yang berterima kasih dan menghargai jasa baik dia. Kira dia ni ‘trusted agent of the world’ lah senang cakap.
Jeng, jeng, jeng.. Malam ni aku ‘transfer’ RM500. Esok tu ejen bagitau yang tuan rumah berkeras nak RM1000 jugak sebulan. Aku pun rasa takda rezeki aku. So aku cakap, tak apa. Nanti saya cari rumah lain. Sebab RM1000 sebulan sangat berat bagi aku.
Sebenarnya tak adalah berat mana, tapi aku rasa kalau rumah teres harga RM1000 aku okay lagi sebab dengan nak dukung anak pagi-pagi nak pergi kerja nanti masa nak hantar anak aku ke taska dan dengan barang-barang lagi. Buatnya tertinggal barang kena ulang patah balik.
Memanglah naik lif tapi ‘messy’ jugak hidup aku. Tak berbaloi RM1000 untuk apartment. Ni cuma pandangan aku je.
Sebenarnya harga tu okay je. Relevan. Cuma aku prefer rumah teres untuk memudahkan aku kalau dengan harga RM1000 tu dari rumah atas awan. hahahaha. So, ejen balas ok kat ‘whatsapp’. Aku pun tunggu je la dia pulangkan duit aku kan.
Kebetulan pulak, sebelum aku jumpa ejen ni, aku ada pergi tengok sebuah rumah teres 4 bilik dengan harga RM950 sebulan.
Yang ni ‘direct onwer’. Cuma aku cari rumah lain sebab deposit dia sewa sebulan + deposit 2 bulan sewa + RM1000 utiliti, kemudian aku kena beli tikar RM400 (2 gulung) dan pasang aircond RM250.
RM4550.. Nak cekau mana duit banyak tu weh?? Previously aku habis dekat RM4000 semasa pindah dari Perlis ke Johor. Nak mati???
So aku ‘cancel’ rumah ni sebab tuan rumah tak nak runding dah.
Nak dijadikan cerita, masa aku cancel apartment tu dan tunggu ejen ‘transfer’ balik RM500 tu, isteri tuan rumah teres tu call aku cakap dia baca ‘whatsapp’ suami dia cerita aku betul-betul berminat dengan rumah teres 4 bilik tu tapi aku tak da duit nak bayar deposit dan urusan masuk rumah.
Tuan rumah ni Cina. Rupanya suami dia tak pandai nak runding dengan aku sebab dia tak berapa faham bahasa Melayu. Jadi masa aku cakap panjang-panjang tu, dia balas K saja. Hahahahhahaha.
Lepas tu, isteri dia fasih bahasa Melayu terus ‘direct’ call aku dan runding untuk minta sewa sebulan + sebulan deposit + RM200 utiliti mengenangkan kesungguhan aku.
Total RM2100. Memandang apartment tu aku dah ‘cancel’, aku pun terima rumah teres 4 bilik ini. Gembiranya hati aku sebab memang aku ‘aim’ rumah ni cuma aku tak mampu bayar deposit je masa tu yang aku cari rumah lain.
Memang berbunga-bunga hati aku. Dengan tuan rumah yang banyak membantu dari segi tolong cuci rumah dan pasangkan tikar yang aku beli tu.
Dalam pada itu, aku tunggu ejen pulangkan duit aku. Dah masuk hari kedua. Tak masuk akaun lagi. Aku tanya ejen. Tiba-tiba, ejen cakap tuan rumah bersetuju untuk sewakan rumah dengan harga RM900. Korang rasa apa perasaan aku masa tu? Ting tong pi ting tong mai.
Selepas 2 hari baru cakap setuju. Itu pun selepas aku tak setuju nak ‘deal’ dengan harga RM1000 dan aku minta ‘refund’ dan si ejen cakap ok.
Aku terus call si ejen ni. Korang tahu dia cakap apa? “It is considered you have agree once you made a booking payment. Owner already agree for RM900. So you should okay! ”
Dalam hati aku, “Ejen ni memang minta maki.”
Tapi sebab aku nak balik RM500 aku, maka elok je aku cakap kat ejen untuk minta balik RM500 dari tuan rumah (kononnya ejen dah kasi tuan rumah).
Kemudian aku cari balik dalam ‘whatsapp’ yang ejen tu cakap yang dia akan runding dengan tuan rumah untuk dapatkan harga RM900. Kalau tuan rumah tak setuju dan masih dengan RM1000, duit RM500 itu akan dikembalikan.
Lepas tu ejen tu ejen tu tak ‘reply’ whatsapp aku berjam jugak. Lama lepas tu dia cakap akan pujuk tuan rumah. Masa tu siang lagi. Malam tu ejen ‘whatsapp’ kata tuan rumah akan transfer RM300, lagi RM200 tuan rumah ambil sebab aku mungkir janji.
Aku call ejen marah-marah. Lepas tu dia buat ayat kesian. Dia kata tuan rumah bagi RM300. Ejen akan bagi RM100 (konon dia susahkan diri untuk tolong aku yang hilang duit dan dia rugi tak apa). Dia cakap nak selesai baik-baik tak nak gaduh dengan aku mahupun tuan rumah.
Kemudian, ejen kata dia pun teraniaya bila aku cakap bab aniaya. Konon tuan rumah yang jahat. Aku pun apa lagi. Dramalah. Aku tak bagi ejen tolong bayarkan RM100. Tapi aku ajak ejen buat laporan polis sebab tuan rumah yang jahat kan?? Ejen tak nak pulak konon tak nak panjang cerita.
Lagi pun, polis takkan buat apa-apa sebab memang salah aku kononnya. Ha. Aku ungkit la. Mana hitam putih?
Aku ada bukti ‘whatsapp’ yang dia janji nak pulangkan duit kalau aku tak setuju harga selain RM900. Lagipun aku takda tanda tangan apa-apa perjanjian. Silap-silap, tuan rumah tak kena, ejen yang kena.
Aku marah lagi. Aku tak peduli. Lantaklah dia nak buat macam mana pun. Aku nak RM500. Tak kisah lah dia nak guna duit siapa asalkan dalam akaun aku cukup duit RM500. Kalau tak, jam 10 malam, aku buat laporan. Aku berani sebab aku ada bukti yang kukuh.
Boleh pulak ejen tu cakap dia akan pulangkan RM500. Masih drama sedih. Tuan rumah hanya bagi RM300. Dia rugi RM200 sebab nak cukupkan RM500. Dan aku?? Aku cakap kat ejen tu. “Do I care? Make sure RM500 will be in my account before 10pm. That’s all.”
Bukan aku tak kesian bagi pihak ejen. Tapi keliru. Tuan rumah ke ejen yang nak makan duit aku tu sebenarnya? Ke sebenarnya ejen tak bagi pun duit kat tuan rumah tapi dia nak caj jugak aku dan dia cakap tuan rumah yang ambil duit aku dengan harapan aku redha.
Disebabkan aku malas nak fikir lebih-lebih, aku hanya nak pastikan aku dapat balik RM500 tu.
Lantak lah siapa yang buat hal, baik ejen baik tuan rumah. Asalkan aku dapat duit aku balik. Kalau tak, aku laporkan ke polis yang aku ‘transfer’ duit ke akaun ejen. So nasib lah ejen tu yang kena hadap.
Dalam jam 9 malam. Aku dapat ‘whatsapp’ resit pindahan wang. RM490. Cis, ejen bedebah ni kebas jugak RM10 dari aku. Dalam kes ni aku rugi RM10. Nasib baik la masuk jugak RM490 tu.
Tapi, dengan hati kering aku marah ejen sebab mungkir janji. Dan aku sumpah-sumpah dia. Aku cakap dia telah menganiaya aku.
Walaupun RM10 tetap duit. Korang bayangkan dia makan RM10 seorang. Kalau 10 orang? Kalau 100 orang? Senang buat duit. Itu pun setelah aku tegakkan hak aku. Kalau ada orang yang jenis kesian jenis terpedaya. Beratus lagi rugi.
Aku kongsikan kisah aku supaya korang tak terkena. Aku tak kata semua ejen rumah ni jahat. Ada je yang baik hati dan betul-betul niat nak tolong. Tapi korang hati-hatilah. Selagi boleh urusan dengan ‘direct owner’, tak payahlah nak berejen bagai.
Tapi kalau terpaksa guna ejen, macam kes aku ‘desperate’ cari rumah sewa dengan kekangan masa, berhati-hatilah. Jangan sesekali ulang kebodohan aku.
Dan, kalau terkena sekali pun, jangan lah setakat biar je. Buat laporan biar ejen-ejen sebegini tak sewenangnya mengambil kesempatan dalam kesempitan kita.
Apapun, aku bersyukur. Tuan rumah aku baik sangat. Siap tolong pasangkan tikar yang aku beli. Siap cuci rumah sampai 3 kali sebelum aku masuk. Siap tolong carikan pengasuh anak aku tapi aku tolak sebab aku nak hantar taska yang berdaftar.
Macam-macam tuan rumah tolong untuk keselesaan aku. Tuan rumah aku ni Cina. Tu aku cakap. Tiada diskriminasi bangsa dalam hal macam ni.
Kita buat baik dengan orang. Orang buat baik dengan kita. Tak kisah lah apa bangsa dan agama.
Sekian. Moga dapat pedoman dari kisah aku.
– Rara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit