Kabel Dalam Kerjaya

Hi. Terima kasih admin sebab approve confession ni. Confession ni sekadar nak berkongsi sudut pandang saya terhadap peranan ‘kabel’ dalam mempengaruhi kerjaya seseorang,

Serta berkongsi pengalaman saya sebagai seorang yang membuat keputusan dalam memilih siapa yang layak untuk menduduki apa2 jawatan dalam syarikat yang saya sedang bekerja.

Saya tertarik dan tidak bersetuju dengan beberapa point yang dibangkitkan oleh confessor (https://iiumc.com/kerja-dan-kabel/) serta ada beberapa perkara yang saya rasa boleh diubah sudut pandangnya kepada lebih positif.

Sebagai contoh, confessor ada menyebut soal rezeki dan menyamakan tindak-tanduk mendapatkan kerja melalui kabel itu adalah seperti mencuri.

Bagi saya, tidak. Sebab dengan menggunakan kabel, boleh juga dikategorikan sebagai ikhtiar terakhir. Iaitu salah satu bentuk usaha.

Kita usahakan supaya hasrat kita untuk menapakkan diri ke dalam sebuah syarikat dan memegang sesuatu jawatan. Analogi yang lebih adil adalah seperti berikut:

Bayangkan anda, seorang pesakit di sebuah hospital kerajaan yang mempunyai masalah gigi tak tersusun. Anda maklum akan pelan yang diberikan oleh kerajaan untuk memasang braces.

Tapi, seperti yang kita sudah maklum, kalau kita nak dapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan akan memakan masa dan memerlukan kita untuk beratur dan menunggu giliran.

Adapun dalam kalangan pesakit yang mempunyai kelebihan (baca: kekurangan).

Ada pesakit yang memerlukan perhatian lebih sedikit kerana keadaan giginya yang lebih teruk dan jika tidak dirawat secepat mungkin, boleh meragut nyawa.

Jadi, pesakit tersebut pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan x-ray dan pendapat kedua sebelum menyampaikan keputusan kepada doktor di hospital kerajaan untuk disemak semula.

Hasil semakan semula, pesakit tersebut dirawat terlebih dahulu berbanding pesakit2 lain.

So, situasi dia sama jugak dengan kabel. It is just a platform. Selebihnya akan dinilai oleh para panelists dan final decision makers.

Adapun sebenarnya calon2 yang menggunakan kabel ni, berdepan dengan stringent requirements jika dibandingkan dengan calon2 yang lain.

Malah, org2 dalam atau kabel yang mengetengahkan calon tersebut tidak lari dari dipandang enteng jika kelayakan calon tersebut tidak menepati syarat minima. Motif dan kredibiliti mereka akan dipersoal dan selalunya akan memberi kesan kepada kerja mereka.

Banyak persoalan akan timbul asbab daripada mengetengahkan calon yang tidak layak.

Senang kata, kalau you tak layak, despite being in close relation with the owner of the company pun, or be it anak Dato’ or Datin, etc., you won’t make it.

Adalah menjadi liability kepada syarikat jika orang yang digajikan itu tak reti buat kerja.

Kau bayangkan position yang dioffer engineering related, tapi ko amik course related to perkeranian. Jauh beza.

Lagi satu, amatlah bodoh dan low class seseorang penemuduga with final say apabila para panelist ini tidak dapat membezakan antara kaca dan permata.

Jadinya, atas sebab2 inilah saya tidak bersetuju dengan confessor. Jangan negatif sangat.

Kepada para graduan, be it fresh or experienced, currently working or not working, teruskan usaha.

Sebab sepanjang saya menjadi ahli panel temuduga dan salah seorang decision maker, belum pernah saya dapat bad review daripada head of departments yang manage mereka2 yang telah saya pilih.

Selalunya diorang memang perform teroks. Apa2 pun, kalau nak kerja, attitude kena betul. Attitude tak betul, kau kerja buat kuih pun takkan dapat pergi jauh.

Last but not least, keep on struggling and polishing dan jangan pernah putus asa.

– Black Pantha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *