Wajarkah Iri Hati Ku?

Assalamualaikum iiumc readers. Nama ku Ummi. Seorang balu dan dah ada 2 orang anak solehah usia setahun dan 3 tahun.

Sejak suami tiada aku hidup berbekalkan duit insuran dengan pencen suami. Walaupun belum lagi ada rezeki untuk bekerja tapi alhamdulillah masih cukup semuanya.

Waktu awal pemergian arwah suami aku dah bahagikan semua harta ikut hukum faraid dengan keluarga sebelah suami.

Keluarga suami tak ada pun yang menolak maka aku bahagikan semuanya ikut hukum agar aku tak akan ditanya nanti.

Tapi seusai pembahagian bapa mertua ku meminta lagi seribu ringgit untuk kos baik pulih keretanya yang rosak.

Masa tu aku tak rasa apa-apa lagi maka aku hulur la dengan rela hati.

Setelah itu ada lagi beberapa kejadian bapa mertua ku menghubungi aku meminta beberapa ribu ringgit untuk dia bawa isteri dan anak-anaknya berjalan jalan katanya.

Masa tu pun aku masih lagi tak rasa apa-apa sebab aku kasihankan mereka yang juga kehilangan anak sulung tercinta maka aku hulurkan juga.

Kenduri arwah di sebelah keluarga mereka juga aku yang tanggung semuanya tapi duit sedekah dan sumbangan orang ramai masa kenduri tu aku tak dibagi walau sedikit pun.

Masa tu aku sudah sedikit terasa. Tapi Allah juga yang Maha Mengetahui segalanya. Duit sedekah tu hilang tiga hari selepas kenduri arwah.

Masa mak mertua aku cerita duit tu dah hilang aku sedikit pun tak terkejut sebab aku rasa duit tu memang bukan hak dorang pun.

Aku sekarang duduk dengan mak ayah aku. Rumah mertua jaraknya lebih kurang 7 jam perjalanan dari rumah mak ayah aku.

Tapi dalam 3 bulan sekali aku mesti bawak anak anak aku jumpa atok dan nenek dorang sebab anak sulung aku ni suka sangat dengan atok sebelah sana tu.

Dan setiap kali balik ke sana macam macam permintaan aku dapat dari adik2 ipar aku dan tak lupa bapak mertua aku sendiri.

Kurang sedarkah mereka yang aku ini tidak bekerja malahan perlu menanggung 2 orang anak pula.

Bawak makan angin, belanja dapur, belanja makan luar, tukar tayar dan karpet kereta mertua pun dia mintak duit aku juga. Salah aku juga sebab aku terlalu berlembut dengan mertua.

Tapi pernah sekali aku fahamkan mertua yang aku tak ada kaitan nak bayarkan kos tukar tayar kereta dia tapi dia tetap nak aku tambah juga duit sedikit sebab dia tak ada duit katanya.

Maka berhuhu je lah aku dalam hati. Aku bukan apa, mak mertua rapat sangat dengan arwah suami jadi lepas suami tak ada ni aku seboleh bolehnya nak gembirakan dia.

Jadi aku tak kisah sangat nak belanja bawa makan angin tu sebab nak tengok dia gembira.

Setakat kejadian yang aku cerita ni tak ada lagi yang menggores hati aku sangat. Tapi selepas adik ipar aku melahirkan anak aku rasa iri hati sangat dengan anak dia.

Masa awal kelahiran tu bapak mertua aku dah belikan baby cot harga 450 ringgit untuk cucu dia yang tu.

Dalam hati aku selalu kata tak ada duit tapi boleh pulak belikan yang tu untuk cucu dia. Yang buat aku ralat sangat bapak mertua aku ni kaki surau.

Takkan la dia tak sedar yang aku ni dengan anak-anak aku nafkah wajib yang dia mesti lunaskan. Aku tulis confession ni penuh dengan air mata.

Aku rasa sedih sangat untuk anak-anak aku. Kalau untuk aku sedikit pun aku tak kisah kalau tak dapat apa-apa.

Yang lagi menyedihkan tadi adik ipar aku yang bongsu cerita yang bapak mertua aku ni tengah cari kereta mainan besar yang boleh sit and drive untuk cucu dia yang satu tu.

Allahu aku terus peluk anak-anak aku lepas dengar cerita tu. Anak-anak aku satu apa pun tak pernah dapat dari atok dorang.

Aku rasa iri hati sangat. Cucu dia yang tu ada lagi ayah dia nak belikan apa-apa untuk anak dia. Dia tak sedar ke anak-anak aku ni dah tak ada ayah? Tapi wajarkah aku rasa iri hati macam ni? Ke aku je yang lebih2.

Tapi alhamdulillah aku ada mak ayah yang sangat sayang dengan cucu dorang ni. Ada kakak-kakak dan abang ipar yang tak berkira sikit pun nak belikan apa-apa untuk anak buah dorang.

Sekarang aku tengah hunting job ni. Korang doakan aku murah rezeki ye supaya dapat bahagiakan anak-anak aku.

– Ummi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *