Assalamualaikum semua. Sudilah admin siarkan confession ni kalau rasa berbaloi untuk dibaca.
Saya pernah confess kat sini dulu then di komen ramai mintak saya buat lesen kereta, sebab masa tu mungkin saya burnout duk ngadap anak 24 jam kan so anak pon nak sekolah dah tahun depan nak tak nak memang kena amek lesen kereta la.
Berbalik pada isu asal pasal test jpj ni, ikutkan daftar buat lesen awal tahun lagi tapi sebab PKP tertangguh la sampai la tengah bulan Ogos ritu cikgu kata awak dah layak test JPJ.
Tapi 2 3 hari sebelum test tu cikgu ade cakap untuk booking test bayar sekian amount.. Tapi saya offer kat awak je ni kira kawtim la dengan kerani untuk deal dengan pegawai tapi duit kena double la dia kata.
Dalam hati, ‘uish betul ke ade offer gini’.
Ikutkan hati asal memang nak bayar sebab dah lama PJJ dengn suami kan sebab duk kampung buat lesen.
Kalau fail pon at least lesen setel awal tak payah nak repeat2 dah tapi macam ada mai ting dalam kepala dia bagitu, aish tak kan dah menyerah kot, tak test ape lagi dah tak yakin dengan diri sendiri.
Ade orang kata tu kira macam special test la bayar la dalam 200-250 tambahan ko silap sikit pon jpj bagi lulus je.
Tapi hati kecil aku terdetik, berkat ke kalau duk bayar yang special test ni? Ni bukan ke macam rasuah jugak ke? So end up tak terima pon offer cikgu driving tu.
So dengan yakin g litar pagi tu, dapat test jalan raya dulu, rase pemanduan ok dah, tang kuar simpang semua ok cuma adela jpj komen kawalan stereng lemah masa tukar gear.
Yela amek manual kan time nak u turn tu macam kelam kabut sikit la, tapi dia gagalkan saya bila dah sampai, tapi alasan lain la yang dia bagi bukan sebab kes kawalan stereng lemah tu.
Aku dalam hati biar betul JPJ ni, aku ase buat terbaik dah dia kandaskan aku, aku bad mood dengan litar sekali kacau bilau kandas kat Z Course. Sebab fikiran melayang kes di’fail’kan awal tadi.
Dalam hati redho jela takde nangis ke ape mungkin Allah nak bagi mahir kereta dengan betul, sebab tu dia failkan first test, takpa la doakan next test saya lulus 2 2 bahagian ye.
Tapi ade je masa test hari sama tu, tapi boleh agak dah sorang tu dia jelas2 kot keluar kereta masa kat 3 penjuru, tibe2 mai tepuk bahu aku,
“Adik yang tadi tak pass kat litar ye?, takpe cuba lagi ye” . Dia dalam borang lulus dua2. Tepuk dahi la saya dengan orang camni. Sah2 ko fail dah sebenarnya tapi sebab kau bayar “duit special test” tu je kau lepas.
Nampak la ketidakadilan dalam sistem bagi lesen untuk orang bawak kereta ni, kalau betul kau nak offer duit special tu kenapa tak offer dari awal je. Tak payah belajar semua kan, lagi bagus.
Tak hairan la kes kemalangan makin meningkat, sebab kes ‘kasi duit lebih” gini la orang tak layak bawak lagi tapi dah dapat lesen.
Mane nak datang berkat bila nak dapat lesen P pon bagi duit bawah meja. Saya tak dengki pon dengan yang lulus tu sebab saya tahu kalau betul saya fail pon sebab saya silap tapi tang bawak jalan raya tula takleh brain la..
Kesalahan tu rasenya tak sampai pon yang patut fail tapi dia tambah2 lepas berhenti dah. Macam buat2 tambah salah pon ade.
Takpela kalau fail sebab saya salah tak kesah tapi kalau dia buat2 tambah salah tu, JPJ tu jawab la dengan Tuhan nanti dekat akhirat sebab tak amanah nilai orang masa test.
So rasanya buat yang kat luar sana yang belum amek lesen tu, ingat la balik niat asal kita nak belajar tu untuk ape, untuk pandai kereta kan.
Ye betul untuk lulus pon ye tapi dengan kemahiran yang kita ade di tahap terbaik layak la dengan lulus tu, ni tak bayar duit lebih kira setel tu dah tak adil, tak amanah, takde keberkatan.
Rasanya kalau betul nak buat special test ni untuk yang betul2 tak mampu la macam contoh yang dah 5 6 kali fail tak lepas jugak ke, atau atas sebab2 tertentu la, dah kita silap, adat la kena ulangan. Ulang dan ulang sampai pandai.
Kenapa la organisasi besar kerajaan pon masih boleh kautim hal2 camni, nama je negara islam tapi tak amalkan pon cara hidup islam, adat belajar la ade time susah ade time senang, ke tak pernah fail dalam exam kat sekolah?
Ingatlah biasa manusia ni akan jadi lebih pandai bila belajar dari kesilapan ni tau silap kat mane tapi tak betulkan ape2 lulus dah, tak adil untuk orang lain yang struggle belajar tu.
Elakkan lesen terbang @ lesen confirm lulus ni ye.
Dalam ape kita buat pon letak Allah dalam hati kita, insyaAllah urusan seharian kita setenang2 alam.
Nasib tak menyebelahi saya je haritu, ikutkan dah yakin n takde gementar pon dengan JPJ tu tapi sebab dah tersurat saya fail haritu saya redho dan akan usaha untuk lebih cekap memandu.
Doakan saya ye pembaca sekalian, saya nak balik duduk dengan suami saya balik. Kesian dia sorang2 di perantauan.
– Gagal JPJ Test (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit