Salam guys. Nama aku Kim Soo Hyun wannabe sebab aku jeles dengan rupa dia tapi aku masih bersyukur dengan rupa aku seadanya.
Briefly pasal aku, aku seorang medical student di sebuah IPTS. Aku terdetik untuk buat confession ni lepas terbaca sebuah hantaran oleh doktor yang terkenal as Dr. Chaku di FB.
Beliau berkongsi pengalamannya ketika menjadi HO dimana beliau diherdik dan dihina oleh waris pesakit kerana merujuk buku dan telefon pintar untuk merawat anaknya sampaikan beliau dipanggil berjumpa dengan ketua jabatan.
Jujur lepas baca je hantaran tu aku jadi takut pulak dengan masa depan aku kelak masa kerja nanti. Ya memangla semua orang sedia maklum environment kat hospital memang challenging and not to mention at times agak toxic.
As a healthcare worker tak kira doktor ke nurse atau MA memang confirm akan ada pengalaman dengan waris2 tak semenggah macam yang dialami oleh Dr. Chaku tu.
Ni tak kira lagi toxicity yang berpunca dari orang atasan yang lagi tua bajet senior. Yang aku tau ayat keramat diaorang “during my times” hahaha.
So apa tujuan aku nak mention pasal benda2 tu? Aku cuma nak ajak kalian tak kira sesiapa untuk bersama mengakhiri toxicity ni. Hence tajuk confession aku “Be Nice, Be Kind”.
Tak kira siapa pun kita, berbuat baik dan berbudi bahasalah dengan sesiapa pun. Sebagai contoh kalau pergi hospital tu, as long as para doktor nurses tu tak buat hal, hormatilah mereka dan kalau tak puas hati, beritahu elok2.
Jangan terus tengking maki dan rekod nak viral dapat likes silap haribulan kau pulak kena saman haa padan muka. Dan boleh je buat aduan dekat SISPAA so yang terlibat tu boleh diambil tindakan.
Kalau ada doktor atau nurses yang baca confession aku ni, dengan penuh rendah diri dan hina sebagai seorang pelajar yang masih merangkak-rangkak (yep aku sangat mengakui kerdilnya aku).
Aku mohon kalian pun sama berbuat baik dan berbudi bahasalah lagi2 kalian yang memang mengajar medical students di hospital2 universiti.
Tak pun specialists or consultants yang ajar para houseman or tak kisahlah sesiapa pun kat bawah korang. Aku yakin sekarang ni pun sudah ada kesedaran untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan tak toksik.
Beban sebagai petugas kesihatan sudahpun sedia ada berat jadi usahlah ditambah lagi dengan stres lain.
Bukanlah takleh marah langsung tapi lebih baik tegas daripada sekadar garang dan mulut laser. Dan kalau memang student atau houseman itu yang biadap dulu then wajarla.
After all bukankah tak patut sebagai ahli petugas kesihatan untuk berkata-kata kesat?
Tak kira student HO MO specialist mahupun senior consultant yang paling atas. Nak2 depan patient sebab boleh menjatuhkan kredibiliti petugas kesihatan sebagai role model.
Lastly daripada aku, aku bercita-cita untuk menjadi pakar kanak2 satu hari nanti. Sama ada aku berjaya atau tidak, hanya Allah yang tahu.
Cumanya aku nak share salah satu sebabnya ialah saat sesi bersama ibu bapa, aku memang nak sangat menerapkan parenting yang positive kepada mereka (ya walaupun aku bujang lagi).
Apa yang aku maksudkan dengan positive parenting ialah didik anak2 mereka untuk jadi orang yang baik budi pekerti beradab dan menghormati orang lain, bukan sekadar nak cantik atau pandai sahaja.
Seperti yang kita tahu ramai orang bijak pandai sekarang pun belum tentu beradab. Rugi saja kan sedangkan selain agama, adab dan akhlak mengatasi segala-galanya.
Kalau pergi kedai ke mana2 janganla cakap, “belajar elok2 rajin2 jangan jadi macam abang cashier ni”. Cuba kalau abang cashier tu balas “belajar adab banyak2 jangan jadi celupar kurang ajar macam mak ayah awak” haa kan tak ke sakit hati.
Bukankah kanak2 itu ibarat kain putih. Segala corak dan warna pada kain tersebut adalah bergantung kepada ibu bapa mereka. Ya aku tahu bukan mudah tapi bukan juga mustahil.
InshaAllah jika makin ramai kanak2 terdidik dengan baik, mereka juga akan membesar menjadi orang yang baik dan akan tiba satu masa nanti atmosfera yang negatif dan toksik itu akan hilang.
Nak dibandingkan dengan orang dewasa kan ramai ego atau keras kepala. Peribahasa pun dah cakap nak melentur buluh biarlah dari rebungnya ha gitew.
Setakat itu sahajalah karangan keperihalan aku. Aku mohon maaf sekali lagi firstly kepada para doktor atau jururawat kalau terbaca rasa triggered ke sebab aku tak berniat pun.
Sama juga ibu bapa kat luar sana kalau terasa. Ya aku tau aku bujang lagi mungkin tak layak nak bercakap pasal didik budak2 tapi tak salah bagi cadangan kan?
Kerana sejujurnya memang aku impikan suatu dunia yang aman damai harmoni takde stres lebih2 sangat yang berpunca daripada perangai manusia.
At least, persekitaran aku hahaha. Dan segala nasihat apa semua untuk diri aku jugak sebab aku pun manusia tak sempurna.
Lastly, doakan perjalanan aku sbg seorg pelajar perubatan lancar dan dipermudahkan sehingga berjaya jadi pakar kanak2 agar aku dapat merealisasikan impian2 aku.
Aku doakan semoga impian korang para pembaca pun menjadi kenyataan sama. Aamiin…
– Kim Soo Hyun wannabe (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit