Untuk part I, (https://iiumc.com/bermadu/).
Hi! Ini bahagian dua ya. Sebab saya rasa ada beberapa kekeliruan dalam bahagian satu.
Saya baca hampir semua komen. Terima kasih sebab ramai yang positif dalam komen. Bagi yang bagi komen sedikit mengguris, tapi masih nasihat yang positif, juga saya hargai.
Untuk ibu2 yang komen, takkan buat anak menantu terbeban, anda ibu terbaik. Saya harap, anak menantu anda, sentiasa doakan untuk anda.
Saya percaya, tiada ibu dalam dunia yang jahat, termasuk ibu mertua saya. Saya sayang ibu mertua saya, tapi ini apa yang saya rasakan dalam hati. Ini apa yang terjadi bila ‘lidah tergigit’.
Ada beberapa komen yang kata saya tak kerja. Saya bekerja. Purata pendapatan saya 4-6k sebulan, boleh agak bukan berapa gaji suami saya? Cumanya, kerja saya bukan kekal di ofis.
Ada masa saya masuk, jika perlu, jika tidak, saya hanya duduk di rumah, tetapi selalunya, saya akan berjumpa dengan klien. Saya ejen hartanah. Suami yang usulkan kerja ini sebab suami tak izin saya bekerja di tempat lain selain dari tempat dia bekerja. Ya, saya hanya patuh.
Mesti nanti ada yang suruh saya berniaga? Buat delivery? Berdikari? Redha saya pada suami, kan? Jika suami tak izin semua tu, apa lagi saya boleh buat, tapi saya ada buat bisnes dropship senyap2 dulu, bila suami tahu saya berhenti.
Walaupun saya bekerja, orang tetap anggap saya tidak bekerja kerana saya tidak duduk di ofis kerap.
Tentang bercuti, kenapa tetap beritahu ibu, kenapa tak buat alasan? Ibu buat video call setiap kali kami tiada di rumah dan bukan hari kerja. Kadang2 tu memang berada di tempat yang ibu boleh cam.
Kadang2 tengah makan. Saya faham, ibu juga teringin jalan2, saya berjalan, saya tetap beritahu suami, nanti kita bawa lah ibu jalan sini pulak, tapi kadang2 tak sempat bagitahu, dah kena perli dengan ibu dulu.
Macam dulu, ada sekali, kami ajak ibu pergi utara berjalan2, sebab dah dekat dengan kampung, ibu bagi macam2 alasan. Padahal, kami dah beritahu, ibu cuma perlu bawa diri dan bawa baju.
Kami uruskan yang lain, ibu nak shopping juga kami akan sediakan duit sedikit, sebenarnya, kami plan sebb tak nak ibu terasa hati bila kami bercuti berdua. Tapi, bila ibu tolak, kami ingat semuanya okay.
Bila kami pergi berdua, ibu telefon masa perjalanan balik tu, ibu terus kata, kami pergi senyap2 sangat, tak nak bagitau, kalau tak, ibu boleh ikut atau tumpang kirim barang dari kawan ibu.
Tak tahu saya nak gambarkan perasaan saya waktu itu. Tapi, bila ipar yang ke mana-mana berjalan, ibu kata, jangan ganggu mereka, jaga sikit privasi mereka.
Mana gaji saya? Kenapa mengharapkan duit suami dalam confession pertama? Suami kata, kami cuba guna konsep duit sama2. Ya, bincang dan guna sama2 duit yang ada.
Oleh kerana saya ejen hartanah, pendapatan saya adalah based on commission. Semua komisen saya, tertangguh dan dikumpulkan sekaligus. Dibayar 3 atau 4 bulan sekali. Juga atas perbincangan suami dengan bos.
Jangan tanya kenapa syarikat macam ni, mungkin bos rapat dengan suami sebab suami antara pekerja terbaik di ofis. Sebab tu, boleh berbincang dan diterima begitu. Saya ikut sahaja dari awal. Sebb suami memang beri duit poket setiap bulan kn dan semua suami belikan.
Apa yang kami buat dengan komisen? Suami dah plan macam2, beli motor, pergi bercuti tempat jauh, beli rumah dll semua menggunakan komisen saya.
Jadi, perbelanjaan dll semuanya menggunakan gaji suami. Kalau saya ungkit tentang duit saya, suami akan kata saya berkira, sebb suami kata, selama ni, saya guna duit dia untuk beli apa2, suami tak pernah berkira.
Tentang berikan ibu hadiah dan duit poket. Setiap bulan hampir RM400-500 kami berikan pada ibu. Atas cadangan saya. Sebab saya faham, masih ada adik2 yang bersekolah.
Tak cukup? Kadang2 kami tambah. Duit poket saya, saya hanya ambil RM50-100 sebulan. Itu pun, kadang2 saya tak guna, suami tak cukup duit tunai masa nak bayar apa2, dia tarik dahulu duit saya.
Kadang2 dia ganti, kadang2 dia lupa, saya kena mintak atau bagi hint duit saya dah habis. Cumanya, saya nak beli apa2, minta saja lah pada suami, tapi kita segan kan nak minta itu ini walaupun suami sendiri.
Suami memang tak berkira, tapi saya yang tidak biasakan diri untuk terlalu kerap meminta benda yang bukan keperluan. Yang saya kadang2 terasa dengan ibu, bila nampak benda mahal2 untuk adik2 atau anak buah yang kecil, ibu akan kata nanti suruh suami beli.
Kadang2 suami buat tak layan juga, cuma saya sahaja lah, yang rasa bersalah tapi tetap dalam keadaan tak senang hati. Saya tahu, ini salah saya.
Setiap bulan kelahiran ibu, baba dan adik2 yang belum bekerja dan masih bersekolah, kami akan berikan hadiah. Saya akan carikan hadiah lebih dari RM50. Sebab, saya nak berkongsi rezeki kami. Untuk ibu dan baba, biasanya, kami siap belikan kek dan sambut bersama.
Tapi, jika saya nak sambut harijadi keluarga saya, suami ada masanya, merungut, nak balik jauh perlu guna duit banyak, dia sibuk etc. Bukan setiap bulan balik pun.
Kenapa hingga timbul confession macam saya ni kedekut duit dengan ibu?
Sebab saya sangat takut nak belanja apa2 dengan duit suami walaupun dia bagi, sebab saya nak menyimpan. Kami pernah susah, kan? Baju pun dalam setahun, susah saya nak beli yang baharu. Bukan suami kedekut, tapi saya rasa apa yang tak penting, saya boleh letak tepi dahulu.
Tapi, jika saya beli, mestilah saya beli banyak2 atau harga yang berbaloi sebab saya pakai lama (selalunya di sini lah ibu perasan dan nanti akan seperti terasa hati saya ada barang baru).
Ada komen kata jangan tunjuk, kadang2 saya dah cuba tak pakai barang baru dan takkan selamanya tak pakai kan. Kadang2 guna juga alasan ‘hadiah’ dr orang tu jika nak selamat. Tapi kalau yang betubah tu telefon, macam mana nak sorok kan?
Ambil hati ibu? Setiap minggu kami balik, saya cuba belikan ole2 untuk adik2, biarlah suami pot pet pun, saya cuba carikan. Kalau ibu merungut sakit kaki, saya urut kaki ibu, nampak rumah ibu sepah, saya akan bantu kemaskan. Berbual dengan ibu berjam2. Saya cuba.
Jika saya masak yang saya rasakan agak best, saya minta suami hantar beri pada ibu. Nampak makanan kesukaan baba, kami belikan bagi pada baba.
Antara sebab lain kenapa saya terasa sangat dengan suami, sebab saya juga rapat dengan keluarga, tapi setiap kali keluarga saya datang ke rumah saya, setahun kadang2 dua hingga 3 kali, suami kurang suka.
Dia okay seronok keluarga nak datang, tapi nanti mesti gaduh. Saya tak nafikan, adik beradik saya tidak boleh ditegur.
Pernah sekali, anak buah saya rosakkan drone kesayangan suami. Senyap2 masuk ke bilik kami dan ambil senyap2, mungkin dia ingat mainan biasa.
Dah ramai2, saya pun tak sempat nak pantau semua orang. Bila saya tegur kakak, dia kecil hati, terus tidur di hotel. Tapi, nak diceritakan tentang keluarga, bukan selalu keluarga saya datang ke rumah saya. Jauh. Suami pula akan masam sepanjang hari dengan saya.
Tambahan pula, bila keluarga datang, sehingga jam 11 pagi, jika tidak dikejutkan, suami akan tidur lena. Bising pula ahli keluarga saya. Jika saya kejut, suami akan marah2.
Kadang2, waktu keluarga datang lah, dia nak buat rumah ini macam biasa, blend air buah lah, masak best2 lah. Alasan, ini rumah dia. Tapi, buat tuk diri sendiri, anak2 buah saya, saya lah yang perlu bereskan.
Kadang 2 tu saya tiada masa dah melayan tetamu lagi, letih nak rehat lagi. Bila ditegur, suami melenting.
Ibu pula, bila keluarga saya datang, ibu memang baik sangat2. Bukan semua benda ibu buruk, banyak juga kebaikan ibu.
Ibu akan ajak mereka datang rumah, makan sama2, saya tak payah masak kadang2 tu. Kadang2 ibu ajak jalan2. Cuma satu saya kurang berkenan, ibu akan sebut takde duit.
Takkan saya nak lebihkan satu pihak sahaja? Kat sini konflik. Sebab, suami selalu cakap, ibu tu ibu dia. Emak saya? Ayah saya? Saya hanya ada duit dari poket dia sahaja.
Cerita tentang duit, bila saya nak minta duit poket untuk ayah saya, sebab suami tangguhkan semua bayaran untuk duit saya di ofis, suami mesti akan kata, ayah saya membazir.
Ada duit bagi pada dia, tapi ayah sibuk belanja untuk abang saya yang tak kerja, tapi abang dan isteri bukan tak bekerja sepenuhnya, abang berniaga makanan kecil-kecilan dr rumah.
Ayah, bila dia teringin apa2, ayah akan belanja keluarga mereka, sebb abang agak kedekut, dan ayah rasa jika ayah belanja,tidak jadi masalah. Ayah guna duit orang sewa rumahnya di kampung.
Tapi kami beri pada ibu, ibu juga guna duit itu untuk adik2 yang tak bekerja. Ipar saya ada sorang yang dah berkahwin, dan memang duduk dengan ibu dari awal.
Suami isteri tak bekerja sekarang smnjak covid. Suami bagi je duit belanja tanpa persoal apa2. Kecil hati saya. Setiap kali, mesti saya gaduhkan hal yang sama.
Bekerja dan tidak fikir apa2? Saya memang tetap akan fikir. Sebab walau saya di site, kadang2 ibu telefon, suruh balik. Walaupun hari tu, saya letih sangat2.
Ada yang bagi cadangan, tinggal di rumah tak perlu ikut suami kalau ibu panggil suami balik, semua tu saya dah buat, tak jalan.
Ibu akan suruh suami balik untuk jemput saya. Ada sekali tu waktu kenduri, waktu siang suami balik, hari yang saya memang tak sihat, saya nak duduk di rumah,
ibu panggil suruh datang dan rehat di sana. Akhirnya, dalam keadaan tak sihat, tetap perlu bantu apa patut. Takkan saya nak pergi tapi rehat2 pula.
Tapi, bukan semua ibu atau suami buruk, saya faham. Bukan semua saya baik, saya tahu. Tapi, apa saya luah ini adalah apa yang saya rasakan dan saya lalui, saya rasa nak berkongsi tempat mengadu.
Nak bercerita dengan kawan ofis, suami kenal semuanya, mesti akan sampai sedikit sebanyak pada suami. Saya tak berani. Selama ni, saya simpan sahaja dalam hati.
Mungkin ada yang kata, dah bertahun2 kahwin, saya tak boleh mengalah ke? Itu ibu suami, saya juga mengharap sebenarnya, suami juga faham, saya juga ada keluarga. Saya juga mengharapkan suami fikir benda yang sama.
Semua ni saya dah luah pada suami, tapi berakhir dengan pergaduhan. Saya malas nak lalui proses yang sama berulang2. Mental saya bukan kuat sangat. Nanti saya semakin depresi dan muncul pula fikiran bukan2.
Dahulu, suami pernah kata, dia bawa saya pindah ke negeri ini, sebab nak lari dari keluarga saya, sebab saya dapat depresi berpunca dari keluarga saya yang selalu menekan saya.
Baik dari sudut pelajaran hingga kehidupan. Suami janji, akan jaga saya sebaik mungkin. Sebab suami juga faham, dia juga sebelum ini pernah depresi dan memang juga berpunca dari keluarga nya. Dia kata dia faham saya tak suka kehidupan yang diatur.
Saya rasa agak tertekan sebenarnya. Saya harap sesiapa yang baca confession kedua ini faham, saya bukan kata ibu buruk, ibu juga seorang ibu yang sangat baik tapi ada benda yang saya kadang2 rasa kan tidak adil untuk suami dan ibu buat pada saya.
Saya buat perangai, saya memberontak, suami kata saya sengaja cari isu, cari pasal, saya kurang ajar denga keluarga. Saya sungguh2 tertekan sebenarnya.
– Jay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit