Revelenkah Upah Guru Tahfiz RM800?

Assalammualaikum semua. Admin, mohon untuk approve kan confession saya untuk kongsi rasa buntu dan kecewa.

Aku nak berkongsi rasa kecewa, sedih semua ada. Alkisah, tunang aku Guru Tahfiz. Kisahnyaa tunang aku dah 3 tahun bekerja sebagai guru tahfiz. Guru tahfiz ye.

Sebelum tu, tunang aku memang pelajar tahfiz, dan berpendidikan juga dan sedang melanjutkan lagi pengajian sambil bekerja. Tidak merokok dan hafiz AlQuran. Okay. Guru Tahfiz.

Kisah sekolah pertamanya, majikan ni awal tawarkan Guru Tahfiz. Guru Tahfiz atau Warden? Diorang cakap GURU TAHFIZ.

Pagi hingga petang sahaja. Hujung minggu cuti sebab ada warden lain. Tapi tengok bila dah kerja, majikan still akan kacau hujung minggu atau malam juga untuk tengok budak budak dan aktiviti lain. Tapi elaun atau OT tak diberikan. Sedangkan warden pun ada jee. Itu satu hal.

Ada satu hari kemuncak kesabaran bila tunang aku dah balik kampung, boleh pula majikan tu suruh balik untuk tengokkan budak.

Jarak kampung ke sekolah tersebut hampir 2jam/lebih juga. Mudahkan kerah macam tu. Guru tahfiz pun manusia juga tahu erti penat, ada keluarga dan ibu bapa. Baru je sampai ke kampung.

Keputusannya, dia ambil keputusan untuk berhenti sebab majikan tak boleh tolerate langsung padahal waktu cuti juga. Berbeza tawaran kerja asal dan selepas bekerja. Sikap majikan tahfiz begitu ke?

Dan sekarang tunang aku baru saja bertukar kerja berdekatan kampung aku. Gaji yang ditawarkan sehingga 1200-1500. Janji kenaikan gaji lagi.

Tak sampai sebulan bekerja, tanpa teguran kalau ada salah silap, mudir sekolah tu panggil tunang aku. katanya kena potong gaji jadi RM800 saja! RM800 weh. Tanpa kesalahan.

Memang kalau tunang aku kalau ajar budak dia semangat. matlamat dia pun nak banyak lahirkan para huffaz. Alasan mudir turun gaji sebab nak cari warden waktu malam..

Nak bayar gaji pekerja tak cukup.. Katanya sebab tak boleh bagi gaji lebih sebab tunang aku tak jaga murid waktu malam! Padahal waktu sebelum bekerja, hanya cakap kerja sebagai guru tahfiz sahaja pagi hingga asar. malam tak perlu.

Apa punya perangai mudir macam ni. Kalau tak cukup, kenapa janji pada awal tawaran kerjaaa lain? Pada awalnya, mudir tersebut kata bekerja pagi sehingga petang saja.

Malam ada orang jaga dengan gaji sekian sekian. Dah la bekerja ISNIN hingga SABTU. Pagi selepas Subuh sehingga ASAR. Hanya Rm800 sebulan. Dasyat juga kerahan tenaga guru tahfiz.

Yang jadi teraniaya bila janji permulaan lain, tapi bila dah bekerja lain jadinya. Hmm. Sikap majikan/mudir tahfiz beginikah? Mudir tersebut cakap, guru tahfiz atau guru agama mengaji ni kena ikhlas tanpa bayaran.

Ya. memang guru agama sepatutnya tak harapkan balasan. Tapi kita hidup realiti. Bukan alasan ulat dalam batu pun boleh hidup.

Ya Allah. Terkedu aku alasan mudir sekolah tersebut bagitahu. Dah la guru tahfiz ni ajar murid sorang sorang untuk hafalan lagi. Belum lagi yang campur iqra dan sebagainya.

Sedangkan mudir tersebut pergi ceramah sana sini pun still dapat bayaran. Bukan free sajakan. Hmm. Kerja untuk pahala. Semua kerja ibadah.

Tapi jangan lah sampai aniaya orang lain macam ni sekali. Tanpa rasa bersalah. Sedangkan dia tahu pekerjanya ada komitmen, yang nak berkahwin dan sebagainya.

Sisi gelap mudir yang tunang aku luahkan. Dia luahkan sebab dia sangat kecewa. Sedangkan dia semangat je untuk mengajar murid murid.

Tapi, sikap majikan dan mudir yang penting diri buatkan dia down dan buntu nak kerja. Aku turut kecewa juga. Aku pun buntu untuk bantu. Berbalik pada cerita mudir tersebut.

Menurut cerita tunang aku. Mudir tu sentiasa sibuk ke sana ke sini bagi ceramah. Bila bagi ceramah, duit pun masuk juga. Pernah masuk TV juga. Hmm.

Tunang aku pernah dengar bacaan mudir tu. Makraj, bacaan banyak berterabur & salah juga. Yela. Bukan nak cari salah. Tapi kalau orang belajar AlQuran mesti akan perasan kan bacaan tu.

Mudir tu ada kereta mewah, rumah mewah. Mudir tu cakap pada tunang aku, kereta MEWAH *** tu orang bagi.. Tapi lain pula murid murid sekolah tu ceritakan.

Murid ceritakan mudirnya nak jual kereta mewah tersebut untuk beli kereta 4×4. Logiknya kereta orang bagi atau wakaf boleh untuk dibuat jual ke? Oh mungkin hadiah? kena husnuzon ye? Tapi apa mudir cakap pada budak budak, taknak orang ingat ustaz pakai kereta mewah..

Kenapa dia boleh cakap hal macam tu dekat budak sekolah. Logiknya, budak kecil cakap menipu ke? atau mudir takut bayangan sendiri orang berkata kata?

Kedua, mudir itu tunjuk pada murid rapatnya rumahnya 3 tingkat yang dibeli. Apa tujuan mudir tersebut beritahu murid murid tentang hartanya, rumah dan kereta? Mudir beritahu pekerja untuk bekerja ikhlas tanpa gaji? Tapi bercerita pada murid dan budak soal hartanya?

Tapi nak bayar gaji pekerja agak berkira dan tak jujur. Awal janji lain. Ini pun gaji yang terima pun RM700. Bersangka baik, dia tersilap kira. Seakan sambil lewa kebajikan pekerja. Kecewa sikap mudir Tahfiz begitu.

Inikah sikap mudir atau majikan tahfiz?? Ustaz Hamadi cerita NUR itu wujudkah?

Apa yang buat kami kecewa dan agak serabut adalah untuk kumpul duit kahwin dan kehidupan selepas berkahwin dengan keadaan kerja yang tak stabil.

Aku tertanya, kenapaa kerja di sekolah tahfiz tak pernah nak mengangkat darjat guru tahfiz juga? Katanya kerja kena ikhlas, tanpa bayaran.

Realiti hidup. semua bekerja boleh untuk ikhlas kerana Allah. Tapi sekurangnya consider la untuk kehidupan guru guru agama ni. Hmmm.

Jangan lah jadi munafik juga. Nasihat pekerja bawahan untuk ikhlas dan sebagainya tetapi mudir atau majikan sendiri pun hidup MEWAH.

Doakan la rezeki tunang saya dan rezeki kami. Mungkin dugaan bertunang kami sebegini. Kadangkala terasa kejam betul manusia yang menganiaya pekerja sebegini. Kalau rasa tak boleh membantu, tak perlu keluarkan ayat yang menyakitkan.

Terima kasih…

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *