Assalamualaikum w.b.t. Okay sebenarnya aku tak nak cerita panjang. Tapi mungkin akan terpanjang. Dan aku perlukan sokongan dan pendapatan dari pembaca semua.
Aku merupakan seorang graduan universiti yang menamatkan pelajaran pada bulan Januari 2020, anak bongsu daripada 3 adik beradik dan berumur 23 tahun.
Along ku merupakan Jurutera IT di sebuah syarikat besar di KL, dan abang keduaku merupakan seorang penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di utara Malaysia.
Ini kisah aku. Aku ditawarkan kerja di sebuah syarikat retail sebagai penolong pengurus cawangan pada bulan Februari 2020.
Mula- mula aku excited sangat sebab aku tak perlu menganggur terlalu lama untuk mencari kerja. Sebelum itu, aku perlu menghadiri training di Klang selama 3 hari berturut2 untuk jawatan tersebut.
Aku masih ingat lagi pengorbanan ayah aku yang sanggup gerak bersama-sama aku dari jam 5 pagi dari rumah, dan sanggup menunggu aku habis training pada jam 6.00 petang. Selama tempuh menunggu aku, beliau berehat di masjid, kadang2 tidur dalam kereta.
Dan rutin tersebut berulang 3 hari lamanya. Waktu tu, aku yang sememangnya baru merasa bekerja, sudah tidak punya hati untuk bekerja lama.
Hal ini kerana, ini merupakan pengalaman pertama aku kerja dan aku rasa tak sanggup dan berat dengan tanggungjawab yang baanyak. Aku rasa tertekan.
Sejak itu, tiap2 hari aku balik kerja, aku menangis pada ibu dan ayah ku, aku bilang aku taknak kerja lagi, kenapa aku susah2 pergi training jauh ke sana sini, tapi ada orang lain terus dapat kerja di pejabat.
Waktu itu, angan-anganku sememangnya kerja pejabat yang mempunyai waktu tetap 8-6. Sangat tidak bersyukur kan aku.
Kemudian, aku ada mendapat tawaran kerja di sebuah kilang yang dekat di rumah ku, sebagai operator kilang.
Waktu tu aku tak pikir panjang, aku terus terima. Walhal, gaji aku ketika bekerja sebagai penolong pengurus hampir 2 ribu lebih. Sedangkan gaji di kilang tidak sampai 1 ribu pun.
Cukup sebulan aku berhenti. Ibu aku tak kata banyak, beliau bilang apa yang aku rasa terbaik, aku buatlah. Sebab aku yang kerja.
Tapi ya, aku salah buat keputusan. Alongku pun kecewa dengan keputusanku dan aku pun tahu mak ayah aku kecewa.
Tapi mereka takkan nak beritahu aku. Aku kuat melawan, memberontak, aku rasa keputusan aku betul padahal sebenarnya mereka yang makan asam garam kehidupan lebih lama dariku tahu bahawa keputusan aku ambil itu salah.
Dan memang betul, aku menyesal sangat berhentii sebagai penolong pengurus cawangan. Tapi aku taknak mengadu pada ibu ayahku. Aku tunjuk aku kuat. Tapi hari2 aku pohon doa moga aku dapat tawaran kerja yang lebih baik.
Hampir 4 bulan aku kerja di kilang, aku terima tawaran temuduga protege di sebuah syarikat besar. Tapi malangnya, aku nervous ketika temuduga dan akhirnya aku gagal.
Ibu ayah aku berharap sangat aku dapat tawaran tersebut, tapi aku kecewakan mereka. Aku isi borang kerja banyak2 pun masih tidak ada yang sudi panggil.
Kerajaan, swasta, semua aku isi. Tapi langsung satu pun tiada yang panggil aku kerja. Aku rasa sedih dan tak berguna langsung. Aku dah cuba doa banyak2, mintak Allah mudahkan semua urusan tapi macam semua sia2.
Aku tak dapat fikir positif. Aku rasa aku tak guna sangat. Abang2 ku kerja semua hebat, aku rasa rendah diri bila berjumpa abang2 ku. Walaupun mereka tidak pernah mempertikaikan kerja aku, aku tetap rasa rendah diri bila berhadapan dengan mereka.
Tidak lama kemudian, aku dapat tawaran kerja di bahagian retail sebagai penolong pengurus cawangan sekali lagi di Perak. Dan perlu menjalani kursus selama seminggu, dan perlu duduk jauh dari keluarga ku.
Dan ini yang ku alami sekarang, aku mula2 mmg taknak dah amik retail sbb aku ada pengalaman kerja di situ dan aku kalau boleh nak elakkan lalui benda yang sama lagi.
Tapi aku pun taknak selamanya duduk kerja di kilang dengan gaji yang tak mencukupi di zaman ekonomi tenat pada masa kini Dan aku nak buat ibu ayahku rasa berbaloi mereka hantar aku belajar jauh2 untuk melihat aku berjaya.
Aku taknak hampakan mereka lagi buat kali kedua. Dan mereka pun beri sokongan supaya aku terima tawaran ini, mereka sanggup bersusah- payah beli barang keperluan ku, hantar aku sehingga ke Perak.
Dan buat pertama kali, aku lihat ibu aku menangis bila lihat aku duduk jauh dari mereka.
Selama aku belajar di Johor, beliau langsung tak pernah menitiskan air mata bila aku balik naik bas, dan itu kali pertama aku lihat beliau menangis. Dan makin buat hatiku luluh.
Tapi apa yang aku rasa sekarang kosong. Hati aku rasa kosong. Dulu aku berkobar-kobar nak kerja jauh, nak perform yang terbaik. Aku tak tau apa hala tuju aku sekarang. Aku memang tak tahu bersyukur kan?
Tuhan dah bagi aku peluang kedua untuk aku banggakan ibu ayah aku, tapi entah aku rasa tak happy, aku tak tau apa yang aku nak.
Aku kerja cuma nak happykan ibu ayahku. Abang2ku sudah berkawin, dan aku sahaja anak perempuan tunggal mereka.
Aku teringin sangat nak belikan mereka macam2, bawa mereka jalan2, dan macam2 aku nak buat untuk mereka.
Aku buntu. Aku tak tahu nak luahkan pada siapa. Aku perlukan sokongan dan pendapat. Apakah pilihan yang perlu aku ambil sebenarnya?
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit