Respon Pada SSV : Teguran Buat 2D

Saya setuju dengan confessor yang mengutarakan hal ini, (https://iiumc.com/seluk-seluk-vagina-teguran-buat-2d/).

Saya Syarifah, berumur lingkungan 20an dan ingin meluahkan pengalaman saya pula so straight to the point sahaja. Kisah seluk-seluk ni, tak semua ibu ditemukan nurse/ doktor yang baik.

Saya pernah bersalin anak sulung di GH (Government Hospital) sekitar 2018. Di mana? Rahsia. Pengalaman 2 tahun lepas saya kira masih baru, masih segar dalam ingatan.

Hari raya merupakan hari saya bersalin. Punca saya ke hospital pagi tu, disebabkan turun darah. Namun, masih tiada rasa contraction.

Saya memberitahu mak dan mak menyarankan supaya saya bersiap untuk ke hospital dengan kadar segera.

Tepat 7.30 pagi, mak menghantar saya ke hospital. Saya masuk ke kaunter pendaftaran, diambil tekanan darah tinggi, kemudian baring, diambil degupan bunyi jantung bayi.

Dan kemudian diminta menukar baju pink hospital dan berbaring sekali lagi sementara menunggu giliran.

Kemudian datang beberapa doktor pelatih. Saya kira mereka hadir untuk belajar seluk bukaan disebabkan semuanya berkumpul dahulu kemudian masing-masing mencari pesakit sendiri.

Mereka terdiri dari beberapa doktor pelatih perempuan dan lelaki. Tiga doktor pelatih perempuan mengelilingi katil saya. Mula-mula mereka membuat sesi interview bersama saya.

Soalan-soalan mudah yang mereka tanya adalah seperti nama penuh dan umur anda? Adakah anda tahu tanda-tanda bersalin? Adakah mempunyai penyakit ketika hamil?

Apakah anda mempunyai masalah lain ketika hamil? Ini kandungan yang ke berapa? Saya jawab dengan jelas dan mereka dilihat mencatat sesuatu.

Secara tiba-tiba, saya yang berbaring dan langsung tidak diminta izin dari mereka untuk diseluk, tahu-tahu sahaja disuruh angkat kaki, dan proses sakit diseluk tersebut terus berlaku.

Salah seorang yang saya ingat hingga kini ialah doktor pelatih cina (perempuan) menyuruh saya berbaring dan beliau memakai glove, terus menyeluk. Saya memejam dan mengalirkan air mata kerana terlalu sakit.

Kemudian rakannya doktor pelatih india (perempuan) menegurnya dalam bahasa inggeris, “Shouldn’t you put some gel on your finger before you do it??”

Barulah pelatih perempuan cina tersebut mengeluarkan jarinya dan menyeluk kembali. Katanya bukaan masih kecil iaitu 2cm.

Datang seorang lagi rakannya doktor pelatih melayu (perempuan), ingin tahu apa betulkah masih 2cm?

Beliau terlebih awal telah mengenakan glove dan gel lantas terus menyuruh saya menarik nafas dan beliau seluk. Katanya juga seakan 2cm. “But I’m not sure..” Beritahunya kepada doktor pelatih india dan cina tadi.

Saya fikirkan sudah cukup 3x diseluk, sakit sangat. Sangkaan saya meleset.

Datang doktor cina perempuan, lingkungan 40an, bertanya pada ketiga-tiga doktor pelatih situ, sama ada sudah seluk dan lihat bukaan atau belum? Mereka menjawab sekitar 2cm, dan mereka juga kurang pasti.

Doktor cina tersebut meminta izin dengan saya. Katanya minta maaf terpaksa menyeluk lagi sekali berikutan doktor pelatihnya tidak pasti berapa bukaan jalan.

Sedihnya saya sehingga tak terkata namun peribadi dan tutur kata doktor cina perempuan tersebut membuatkan saya memberi keizinan dengan harapan segera lah check.

Setelah itu, beliau berkata, bukaan masih kecil dan jika saya mahu pulang dahulu, beliau izinkan. Beliau minta saya datang ke hospital semula jika merasa seakan contraction sudah mula kerap.

Saya memberitahu bahawa nurse di meja pendaftaran sudah mendaftarkan saya di wad. Dia kemudiannya meminta saya duduk di wad sehingga ada doktor yang akan check bukaan sekali lagi.

Di wad, saya merasa contraction yang kerap. Doktor yang bertugas di wad situ datang dan memeriksa. Beliau mengesahkan bukaan sudah 5cm dan saya diminta untuk membawa baju, diapers bayi dan tukar ke katil beroda untuk ditolak ke labour room.

Setibanya di labour room, saya diminta mengubah ke katil di tepi dinding berikutan labour room penuh dengan pesakit pada waktu itu. Semasa di ruangan labour room, saya di datangi seorang ‘sister’ yang memakai baju biru seakan baju operation.

Beliau bertanya samada air ketuban sudah pecah atau ada apa-apa tanda bersalin? Saya menjawab, pagi tadi turun darah, kini contraction sudah kerap dan bukaan sudah 5cm.

Beliau menyingsing lengan baju birunya (baju kerja hospital, saya tak pasti apa namanya) sehingga menampakkan baju tshirt kolar kuning belah dalam. Kemudian beliau suruh saya kangkang dan terus menyeluk tanpa minta izin.

Popp!! air ketuban pecah dan terus terkena lengan baju kuning beliau. Beliau marahkan saya kerana baju kuning di sebelah dalam itu adalah baju yang beliau pakai untuk pulang kerja nanti.

Sedangkan sepatutnya beliau tak perlu singsing lengan baju biru itu. Adakah salah saya?? Saya mendiamkan diri. Lebih memikirkan sakit menahan contraction dari menadah telinga mendengarnya membebel.

Dia menjerit bertanya samada labour room ada kosong atau tidak. Ada nurse yang menyahut dan saya ditolak ke labour room kosong tersebut.

Saya yang dalam kesakitan diminta mengalih badan ke katil bersalin. Dia kemudian sambung membebel pada nurse yang menguruskan pesakit bersalin dalam bilik itu.

Katanya, “habis lengan baju tshirt aku basah sebab budak ni punya air ketuban lah pecah masa aku check bukaan..adoila..japgi dah nak balik.. aku tak bawa tshirt lebih..

ha ni mana baju dengan pampers baby?”,soalnya pada saya . Saya menjawab, “mungkin tertinggal di katil yang pertama saya baring. Sebabnya tadi banyak kali bertukar katil..”, kata saya sambil menahan contraction.

Nurse yang bersiap untuk menyambut bayi saya menjawab,

“Tak apa, nanti kita carikan ya puan. Sekarang puan bertenang, tarik nafas.”.. Dia kelihatan tidak melayan bebelan wanita berbaju biru tadi dan meminta aku mengawal nafas dan berzikir.

Aku dilayan dengan baik oleh nurse di dalam bilik bersalin itu. Semuanya mudah sehingga saat aku dijahit.

Aku doakan nurse yang menyambut bayi sulungku itu mendapat rezeki melimpah ruah atas sikap baik dan prihatinnya. Hanya Allah yang mampu membalas jasanya.

Pada yang membebel itu, takkan saya lupa. Benar, sakit bersalin itu pasti. Cuma saya berharap kita lebih saling menghormati.

Sebagaimana saya menghormati kamu yang kemungkinan penat seharian bekerja, boleh kah kamu menghormati kami para ibu yang bergelut dengan sakit itu.

– Syarifah Hasanah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *