Assalamualaikum semua. First, aku nak berterima kasih kepada page ni sekiranya confession aku ni disiarkan.
Aku seorang penyambut tetamu (bukan hotel) sebuah syarikat swasta dan tahun ni genap 6 tahun aku bekerja di sini. Hubungan kami dalam admin sangat akrab.
Paling best kat sini kami boleh makan-makan sebab ofis admin ni tak kongsi dengan department lain. Istilah ‘patak-patak’ atau share-share tu sudah biasa bagi kami.
Sorang cuci perkakas, sorang tukang beli barang, sorang tukang masak, sorang potong-potong bahan, sorang buat air. Harmoni kan? Itu baru bab makanan, belum part kerja.
Dalam admin ni, sorang je yang selalu spoilkan mood kami. Budak dispatch. Nak kata budak tuuu lebih 5 tahun tua dari aku, ada anak 2 orang tapi akal betul-betul macam budak.
Orangnya jenis tidak bertanggungjawap, sedikit bongkak dan no common sense. Kerja dispatch hantar ambil surat 2x sehari. Pagi dalam jam 10, petang dalam jam 2.
Setiap kali keluar, dia akan mengambil masa 1 jam untuk settle kerja lepas tu masuk semula ofis dan key-in kerja-kerja yang dia dah buat tu lah.
Kalau terlalu banyak dokumen dan urusan, boleh sampai juga 2 jam tapi sangat jarang. Mungkin sebulan sekali macam tu. Selain tugas hakiki, dia juga backup maintenance, backup driver dan kira stok pantry.
Setiap hari masuk ofis jam 8.30 pagi, dia akan main game PUBG atau layan Youtube siap guna earphone lagi.
Selepas balik dari hantar surat, dia akan sambung lagi layan sampai waktu untuk hantar surat sebelah petang. Kemudian balik ofis sambung lagi sampai waktu balik kerja 5.30 petang.
So far korang boleh bayangkan? Ok next. Kira stock pantry cuma asheminggu ashekali~~ Maintenance backup pula kalau maintenance kitorang cuti atau ada kerja lain.
Korang mungkin akan terfikir, ‘ehh, biarlah dia main game. Dah dia takde kerja, free time dia la nak buat apa.’
Betul bosku. Sukati dia la mau buat apa, main game pun takde masalah. Tapi adakah masa korang free time tu, means team korang tak dibenarkan ‘ganggu’ korang untuk minta tolong?
Part ni la kitorang tak suka. Sebab waktu free time dia tu, dia tak pernah offer nak tolong apa-apa pun.
Dah lah tak nak offer pertolongan, bila kitorang minta tolong kat dia, dia buat muka annoyed sebab ganggu dia main game or tengok YT. Taknak kena ganggu, p resign. Duk rumah jaga anak.
Dia paling anti bab tolong menolong ni. Dalam KPI pung pang pung pang dia kata pasal teamwork. Tapi bila kami minta tolong, tunjuk muka kencang.
Dia buat juga apa yang kami minta tolong tu. Tapi dia akan complain dengan budak maintenance yang itu bukan kerja dia so kenapa suruh dia buat.
Memang betul la bukan kerja dia sebab itulah kami kata kami minta tolong, bukan kami suruh dia jadikan sebagai tugas hakiki dia.
Dulu, company ni ada 2 kereta. Khas untuk hantar ambil client ngan staff atas urusan kerja la.
Pernah berlaku dua-dua kereta digunakan dan kebetulan salah 1 kereta tu parking di kawasan tepi jalan selepas salah satu staff guna. Kalau korang rasa hairan kenapa staff tu tak parking terus?
Sebab kawasan ofis kitorang biasanya kena ‘tawwaf’ dalam 1 jam lebih untuk cari parking. Dah staff tu bawa client, takkan nak biar masa client habis macam tu je kan?
Sebab tu staff kitorang biasa parking tepi and budak maintenance yang akan tolong parking kat tempat yang sepatutnya.
Ok sambung. Waktu budak maintenance bawa kereta A untuk parking, kereta B pula parking tepi jalan dekat dengan ofis.
Kebetulan pula penguatkuasa sedang buat rounding dan saman mana-mana kereta yang buat illegal parking ni. Sebagai dispatch backup maintenance & driver lah kan, logik akal korang apa?
Duduk diam je? Kalau korang sependapat dengan dia, mungkin korang adik beradik dengan budak dispatch ni la. Bangang abadi.
Tau tak budak dispatch tu kata apa? ‘Aku tolong tengok je dari ofis ni.’ Terpaksa team lead admin yang jadi driver carikan parking. Dispatch? Duduk dalam admin lerrr. Kau expect apa?
Hobi dia, shadowing budak maintenance. Selain main game, tengok Youtube, dia suka ikut budak maintenance setiap kali budak maintenance buat kerja macam tukar lampu, baiki aircond, baiki pintu.
DIa ikut supaya dia dapat komen (or complaint?) apa yang budak maintenance buat, buat macam sesi tutoring la konon sedangkan budak maintenance tak minta bantuan dia pun. Haa kau tengok permainan dia.
Minta tolong tak boleh, kena dia sendiri yang offer nak tolong. Tapi dia offer kat orang yang tak minta tolong pun. BABAL.
Tapi, bila budak maintenance takde dalam opis atau cuti dan ada masalah pintu ke lampu ke, dia tak buat. Dia tunggu budak maintenance masuk juga.
Pernah staff tanya kat dia, lampu bila nak tukar? Dia jawap takde stok lampu baru. SO? Orderlah kenapa biar pending?
Korang faham tak kenapa kami annoyed sangat dengan mamat ni? Kalau dia lupa buat dan lupa order sebab busy buat kerja, kami faham. Ini dia diam-diam dalam admin main game main youtube. KAU RASA??????
Itu cerita dalam admin je tau, belum habis lagi tu. Tapi aku nak cerita pula perangai dia kat department lain.
Department lain akan letak dokumen dalam 1 tempat untuk dia datang collect. Kebiasaannya dia akan ambil dokumen dalam 5-10minit sebelum waktu keluar untuk dispatch.
Ada sesetengah department juga akan turun hantar ke kaunter, dan kami lah yang pass dokumen tu kat dia. Macam takde isu kan?
Problem start bila staff ada urgent document yang dia perlu keluar sebelum waktu dispatch atau selepas dia settle kerja. Senang cakap, ketika dia tengah busy main game or layan youtube.
Apa istilah urgent bagi korang? Benda yang kita perlu lakukan dengan segera.
Untuk syarikat yang banyak deal dengan client ni, kadang-kadang ada benda yang diluar jangkaan berlaku. Client tiba-tiba nak dokumen cepat lah, nak settle itu ini hari ni juga tapi bagi task kat staff selepas lunch.
Dahlah client minta macam-macam, staff dah ikut. Jumpa pula mamat dispatch bongok yang mempertikaikan istilah URGENT ni. ‘Kalau urgent, kenapa tak send email kelmarin? Kenapa tak send email awal?’
Masalahnya task tu datang mengejut, tiba-tiba. Balik dari lunch ehhh ada task dari manager yang client suruh bla bla bla. Kau tu dispatch, kenapa pertikaikan kerja orang-orang atas?
Kerja kau hantar surat je bukan post mortem kerja orang atasan. Orang atas dah habiskan kerja diorang, kau tinggal hantar je apa nak kecoh sangat?
Kalau korang rasa orang atas tak patut buat macam tu, jadi apa tujuan budak dispatch ni masuk opis? Better dia duduk rumah je, time nak dispatch baru datang ofis ambik doc and then hantar. Takde guna dia duduk dalam ofis tapi tak berfungsi.
Dan kitorang pelik bila takde dokumen nak di hantar atau ambil, dia tetap keluar 1 jam. Pergi mana agaknya mamat ni. Mungkin melepak tenangkan jiwa dia walaupun hakikatnya jiwa kitorang yang dah tahap teruk menghadap perangai dia.
Habit buruk dia yang aku rasa memalukan admin bila dia email orang-orang atas dengan ayat yang biadap. Pasal surat juga.
Bila staff tanya dokumen tu dah sampai kat opis ke belum, dia jawab, ‘aku dah pass dengan kerani. Sebelum tanya aku, pegi check dulu dengan diorang.’ Korang nampak biasa kan?
Tapi tukar ke Bahasa English and then anggap grammar apa semua tunggang langgang dan baca dengan nada bongkak. Nampak kebiadabannya di situ?
Itu permulaan email yang buat diorang berbalas-balas email. Orang tanya pasal kerja, dia jawap dengan gaya sarkastik.
Weiiii kau tu dispatch, email kat orang-orang yang pangkat tinggi sikit. Tau la diorang tu muda sikit je dari kau, tapi ini kerja. Umur dgn pangkat tak main peranan sangat.
Tapi diorang masih boleh email secara sopan, kenapa kau tak boleh? Kita kena juga beradab walaupun adab ke laut sikit. Apa salahnya kalau kau jawap, ‘dah pass kat kerani.’ CUKUP. Jangan nak jadi bangsat menyindir dalam email.
Ok dah cukup aku mengadu. Sekarang cuba korang suggest apa yang patut dibuat dengan manusia macam ni? Meeting? Dah banyak kali meeting.
Siap team lead aku tanya dia, kau ada masalah ke kalau kami minta tolong? Takde katanya. Tapi muka tetap tegang setiap kali minta tolong.
Report manager? Sudahhhhhhhh part ni aku paling benci, sebab aku rasa manager aku ni pun takde fungsi. Manager aku sendiri takut budak dispatch ni.
Diorang pernah terfikir nak buang mamat ni tapi tak sampai hati katanya. Sebab ada dua anak kecil.
Arghhhh tolonglah korang fikir pasal anak dia buat apaaaaaaaa dia tak fikir pun cara dia menyusahkan team dia.
Result KPI dia menurun dan dia takde kenaikan gaji. Itu pun dia makin bodoh nak buat kerja dispatch je dan masih tak puas hati kenapa rating dia turun.
Dia betul-betul rasa apa yang dia buat tu tak salah. Wei aku nak resign, seriously aku nak sangat resign. Tapi kat mana-mana aku hantar resume langsung takde call aku.
Mungkin korang rasa hati aku ni busuk nampak salah dia je. Kalau macam tu hampir semua staff la hati busuk sebab tak suka dengan cara dia bekerja. Aku berharap sangat company buang dia.
Kalau taknak buang dia, buang lah aku. Dapat juga pampasan sikit. Kalau aku ada cable untuk kerja kerajaan, aku tak peduli wei.
Lantak la korang cakap guna cable tu salah ke apa, yang penting aku tau aku mampu buat kerja dan cable tu aku guna untuk keluar dari tempat ni.
Tempat ni ada manusia toxic yang buat aku rasa aku takde hati nak turun kerja. Kbye.
– Aku Nak Resign (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit